Sunday, April 17, 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011 SMK ISKANDAR SHAH


Sabtu, 9 April 2011:   Majlis Hari Anugerah Cemerlang kali ini yang diadakan di Rumah Rehat Cempaka Sari terasa lebih rasmi dari biasa dengan perbarisan hormat oleh anggota-anggota pasukan beruniform dari kalangan warga Iskandar Shah menyambut ketibaan tetamu khas Y. Bhg Dato' Dr Asariah Bt Mior Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Kementerian Pelajaran Malaysia.  Selain Pengetua, Tuan Hj  Hussain bin Puteh, yang menjadi tuan rumah bersama-sama tenaga pengajar Iskandar Shah, turut hadir adalah Pegawai Pelajaran Daerah Perak Tengah, Encik Kamal Bin Mansor yang juga mewakili Pengarah Pelajaran Perak; Presiden Iskandarian, Y. Bhg Dato' Ir.Hj Azizuddin Meor Hamzah; YDP PIBG SMK Iskandar Shah, Y. Berusaha Hj Mohamed Idris Bin Ismail; Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt.Mohamad Fakri Bin Che Sulaiman; Pengerusi Biro Pelajaran ISKANDARIAN, Tuan Haji Ishak Bin Yahya dan ahli-ahli Jawatankuasa ISKANDARIAN yang lain. 

Suasana Dewan Rumah Rehat pula terasa seperti dewan besar institusi pengajian tinggi yang sedang mengadakan majlis konvokesyen kerana para penerima-penerima hadiah cemerlang peperiksaan awam (PMR, SPM dan STPM) masing-masing segak dan ceria memakai jubah ala graduan. Keceriaan juga terpancar di muka para penerima hadiah-hadiah bagi peperiksaan dalaman dan hadiah motivasi setiap tingkatan.  Bagi meneruskan usaha meningkatkan kecemerlangan akademik warga Iskandar Shah, tahun ini Jawatankuasa ISKANDARIAN telah dengan sukacitanya meluluskan pemberian hadiah wang kepada pelajar-pelajar yang berjaya.  Yang istimewanya kali ini ialah, majlis ini telah dirasmikan dan hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Y. Bhg Dato' Dr Asariah yang merupakan salah seorang daripada ramai bekas pelajar Iskandar Shah yang berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing. 

Berikut adalah senarai penuh penerima hadiah cemerlang bagi peperiksaan awam.  Penerima hadiah ISKANDARIAN ditandai dengan tulisan kasar:

Penilaian Menengah Rendah - Penerima Anugerah Presiden
  1. Adiba Husna Binti Lokman Hakim (8A) - RM250
  2. Megat ahmad Haziiq Bin Megat Sa'dan (8A) - RM250
  3. Muhamad Zulfakhri Adli Bin Sharul Faizal (8A) - RM250
  4. Nazurah Binti  Mustafa (8A) - RM 250
  5. Noor Hazwana Binti Noor Hazani (8A) - RM250
  6. Nor Atiqah Binti Fadzil Shah (8A) - RM250
  7. Shaikh Muhammad Mubin Bin Shaik Ahmad Fadzil (8A) -RM250
  8. Haravind Sharma A/L Morgan (7A) - RM150
  9. Saravin A/L Vadivelu (7A) - RM150
  10. Fatin Natazya Bt Suhaimi (7A, 1B) - RM150
  11. Muhammad Fadli B Mohd Sepian (7A, 1B) -RM150
  12. Norazlin Nafisah Bt Suhaimi (7A, 1B) - RM150
  13. Nur Illia Shuhadah Idza Bt Idris (7A, 1B) - RM 150
  14. Nur Shahirah Bt Emran Rusli (7A, 1B) - RM150
Sijil Pelajaran Malaysia- Anugerah Shaidali
  1. Chong Yi Xuan (9A, 1B) - RM300
  2. Nivetha A/P Kanappan (6A, 4B) - RM200
  3. Kavitha A/P See Raman (6A, 4B) - RM100
  4. Ng Jia Bao (5A, 4B. 1D)
  5. Syahrul Fahimi Bin Ashaari (5A, 1C, 2D, 1E)
  6. Barathy A/P Chandrasegaran (5A, 3B, 1C)
  7. Muhammad Firdaus bin Hamdan (4A, 5B)
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia-Anugerah Tun Hamdan
  1. Azzira Shakilla Bt Zubir (Kem.: 3.34; 5P) - RM350
  2. Nur Zafirah Bt Che Halim (Kem.: 3.25, 5P) - RM250
  3. Nurul Husna Nabila Bt Shamsudin (Kem.: 3.17, 5P) - RM150
  4. Fatin 'Aqilah Bt Anas (Kem.: 3.17, 5P)
  5. Noor Afiq B. Abd Majid (Kem.: 3.17, 5P)
  6. Norhidayah Bt Zainal Abidin (Kem.: 3.17, 4P)
  7. Fairus Fadhilah Bt M.Hamidi (Kem.: 3.09, 4P)
  8. Masatirah Bt Nazmi (Kem.; 3.0, 4P)
  9. Muhammad Tamliqa B Norazman (Sains: 2.5, 4P)
ISKANDARIAN mengucapkan SYABAS dan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada semua penerima anugerah.  Semoga kejayaan ini dapat menyemarakkan semangat anda dan juga warga Iskandar Shah lain untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih besar lagi di masa hadapan seperti yang disarankan oleh Y. Bhg Dato' Dr Asariah.  Terima kasih Y. Bhg Dato' Asariah kerana sudi menerima jemputan kami untuk menjayakan program yang penuh bermakna ini.  Kepada tenaga pengajar Iskandar Shah, terima kasih atas segala jasa dan bimbingan untuk memastikan anak bangsa kita sentiasa berusaha untuk menjayakan diri mereka. Kepada mereka yang menjayakan majlis tersebut, termasuk pelajar-pelajar yang telah membuat persembahan nyanyian dan tarian yang menyerikan lagi menghiburkan hati hadirin, syabas dan terima kasih!

Salam Hormat,
Tuan Hj Ishak Yahya
Pengerusi, Biro Pelajaran ISKANDARIAN

No comments:

Post a Comment