Sunday, April 10, 2011

BERITA BAIK TENTANG KEAHLIAN ISKANDARIAN-YURAN AHLI SEUMUR HIDUP DI TURUNKAN DARI RM200 KEPADA RM100!!

TERBARU:  Lanjutan daripada usul yang dikemukakan di dalam Mesyuarat Agong Kali Ke 19 yang di adakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 31 Julai 2010 yang lalu, Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan untuk meminda Fasal 6 Perlembagaan ISKANDARIAN berkenaan YURAN MASUK & YURAN TAHUNAN berkuatkuasa 11 Januari 2011 seperti berikut:
  • Yuran masuk Ahli Biasa ialah RM5.00 dan yuran tahunan ialah RM10.00
  • Yuran masuk Ahli Bersekutu ialah RM5.00 dan yuran tahunan ialah RM15.00
  • Yuran masuk Ahli Seumur hidup ialah RM5.00 dan yuran sekaligus ialah RM100.00
  • Ahli Biasa yang ingin menaiktaraf keahlian mereka hendaklah membuat pembayaran RM100.00 sekaligus sebelum mereka boleh diterima sebagai Ahli Seumur Hidup
Nota:  Di atas adalah terjemahan daripada Bahasa Inggeris, jika ada perchanggahan sila rujuk salinan asal Perlembagaan ISKANDARIAN Pindaan 31 Julai 2010.

No comments:

Post a Comment