Friday, December 18, 2015

AlFatihah: Dato Zainal Karib, 18 Disember 2015

Presiden dan AJK Iskandarian mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato Zainal Karib, mantan Timbalan Presiden Iskandarian, yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 9 malam 18 Disember 2015. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. AlFatihah.

Saturday, December 12, 2015

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 24 ISKANDARIAN

Sukacita dimaklumkan bahawa notis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 24 telah diedarkan kepada ahli-ahli ISKANDARIAN baru-baru ini.  Mesyuarat akan diadakan pada waktu dan tempat berikut:

Tarikh:   Jumaat, 25 Disember 2015
Waktu:   Mulai jam 2.45 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, Tingkat Bawah, Bangunan Baru
               SMK Iskandar Shah, Parit , Perak

Semua ahli-ahli ISKANDARIAN diseru hadir untuk menjayakan mesyuarat tersebut dan memberikan input dan pandangan bagi kemajuan Persatuan. Salah satu agenda utama Mesyuarat Agung Tahunan Ke 24 ini adalah pemilihan Jawatankuasa Eksekutif ISKANDARIAN bagi sesi 2015/2017. Ahli-ahli ISKANDARIAN yang ingin berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa diminta hadir untuk menawarkan diri dalam pemilihan. Semoga ISKANDARIAN mendapat suntikan tenaga baru bagi meningkatkan prestasi Persatuan bagi manfaat ahli-ahlli.

Bekas-bekas pelajar yang lain juga dijemput hadir untuk mengetahui perkembangan Persatuan selain dari mengambil peluang ini untuk mengeratkan silaturrahim antara kita.

Jika ada ahli-ahli yang tidak menerima notis atas sebab-sebab tertentu/tidak dapat dielakkan, sila rujuk salinan notis di bawah: