Thursday, February 16, 2017

KEMBALI KE RAHMATULLAH: TUAN HJ ISHAK BIN YAHYA

Innalilla hiwainna ilaihirojiun.Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Hj/Cikgu Ishak Yahya dari Kg Padang Tenggala,Bendahari Kehormat Iskandarian telah kembali ke Rahmatullah di Petra, Jordan pada 17 Februari 2017, jam 5 pagi waktu Malaysia. Presiden dan AJK Iskandarian mewakili semua ahli Iskandarian dan warga Iskandar Shah mengucapkan takziah kepada Cikgu Huda, isteri beliau dan ahli keluarga yang lain di atas pemergian orang yang tersayang. Semoga tabah menghadapinya. Iskandarian kehilangan tokoh yang telah menjadi salah seorang nadi pengerak persatuan sejak sekian lamanya. Hj Ishak seorang tokoh yang dihormati dan disayangi oleh rakan-rakan, bekas penuntut dan masyarakat Parit. Semoga roh beliau cucuri rahmat Allah SWT dan mendapat tempat di kalangan para solihin. Al Fatihah.

Sunday, January 1, 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH CABUTAN BERTUAH SEMPENA KEMPEN AHLI SEUMUR HIDUP 2016

Sabtu, 31 Disember 2016, Bandar Seri Iskandar - Y.Bhg Dato Hj Ir Azizuddin Meor Hamzah serta beberapa AJK Iskandarian yang lain telah meraikan pemenang cabutan bertuah sempena Kempen Ahli Seumur Hidup 2016 di satu majlis ringkas di Chegu Cafe, Bandar Seri Iskandar.



Hadiah cabutan khas berupa Samsung Galaxy Tab S2 9.7" bernilai RM1999.00 telah dimenangi oleh Ahli Seumur Hidup baru No. ASH 546, Puan Nur Rumaizah binti Mohammad Zalkornain, bekas penuntut tahun 2001.




Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan di majlis tersebut:

Dato Presiden menyampaikan hadiah Samsung Galaxy Tab S2 kepada Puan Nur Rumaizah.  Turut hadir dua dari kanan  Tuan Hj Mohammad Zalkornain Jaafar (Naib Presiden Iskandarian), En Ruslan Zainal Abidin (Timbalan Presiden Iskandarian), Tuan Hj Ishak Yahya (Bendahari kehormat), dan kanan sekali Tuan Hj Baharudin Hj Abdol Rahman (AJK Iskandarian). Belakang kamera tiada dalam gambo seperti biasa teman le Admin :)

Tahniah & syabas! :)

Pemenang, Puan Nur Rumaizah bersama ahli keluarga yang turut hadir meraikan kemenangan.

KEPUTUSAN KEMPEN AHLI SEUMUR HIDUP 2016 (1 Jun 2016-30 Nov 2016

Y.Bhg Presiden, Dato Hj Ir Azizuddin Meor Hamzah dan seluruh JK Pentadbir Iskandarian Sesi 2015/2017 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua bekas penuntut Iskandar Shah yang telah menyambut seruan supaya menjadi Ahli Seumur Hidup Iskandarian.  Dalam tempoh kempen, seramai 33 orang telah berdaftar menjadi Ahli Seumur Hidup dan 41 orang telah mendaftar menjadi Ahli Biasa seperti berikut:



Sehingga 31 Disember 2016, jumlah keseluruhan ahli berdaftar Iskandarian adalah 497 orang yang terdiri daripada 3 kategori ahli seperti berikut:

Diharap dengan adanya penyertaan baru ini Iskandarian akan terus mendapat sokongan, penyertaan dan sumbangan para ahli untuk berganding bahu menjalankan aktiviti-aktiviti yang akan memberi manfaat kepada ahli-ahli, Sekolah dan masyarakat amnya.

Seperti yang dijanjikan Ahli Seumur Hidup baru yang berdaftar sepanjang tempoh kempen telah layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah khas berupa sebuah Samsung Galaxy Tab S2 9.7" LTE bernilai RM1,999.00. Berikut adalah senarai ahli-ahli yang layak menyertai cabutan bertuah yang telah diadakan pada hari Sabtu,12 November 2016 di Chegu Cafe, Seri Iskandar:


Cabutan telah dilakukan oleh Timbalan Presiden Iskandarian, Encik Ruslan Zainal Abidin dengan disaksikan oleh Tuan Hj Jamaaddin Kamaluddin (Setiausaha Kehormat), Tuan Hj Ishak Yahya (Bendahari Kehormat), En, Mohar Zainal Abidin (Pengerusi, Biro Keahlian & Publisiti), Cik Nor Hurairah Taha (Pengerusi, Biro Wanita). Turut hadir menyaksikan ialah ahli Iskandarian En. Muhammad Sharifuddin Bin Mior Hashim.

Jawatankuasa Pentadbir Iskandarian mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli Seumur Hidup  No. ASH 546, Puan Nur Rumaizah Binti Mohammad Zalkornain (bekas penuntut tahun 2001) yang telah berjaya memenangi cabutan bertuah yang dijalankan.

Lepas periksa senarai nama, kertas undi bubuh dalam balang.......lepas itu tengok le video di bawah tu

                                     video

Lepas tungging punya tungging balang, ini le nama yang keluar....Timbalan Presiden nunjuk nama yang bertuah
                                    
Disahkan oleh yang hadir.....kemah audit deme  :)








Friday, November 18, 2016

Program Kepenggunaan Anjuran Biro Ekonomi ISKANDARIAN

Biro Ekonomi ISKANDARIAN dengan kerjasama KPDNKK dan SMK Iskandar Shah akan mengadakan program kepenggunaan yang dijangka akan disertai oleh 300 pelajar & guru-guru SMK Iskandar Shah. Program bertajuk Hak & Tanggungjawab Kita Sebagai Pengguna akan diadakan pada jam 10pagi-1ptg, Selasa, 22 November 2016 di Dewan Serbaguna, SMK Iskandar Shah, Parit.



MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL & DOA SELAMAT SEMPENA 30 TAHUN ISKANDARIAN

ISKANDARIAN akan mengadakan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat sempena 30 tahun penubuhan Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit (ISKANDARIAN). Semua ahli-ahli, bekas pelajar, warga Iskandar Shah dan Parit dijemput hadir bersama-sama di majlis tersebut yang akan diadakan pada Khamis, 24 November 2016 selepas Maghrib di Masjid Radiathul Mardiah, Pekan Parit, Perak.

Sunday, November 6, 2016

PERINGATAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 25

Assalamualaikum,

Ahli-ahli Iskandarian diperingatkan supaya dapat meluangkan masa untuk hadir menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 25, Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit yang akan diadakan seperti berikut:

  1. Tarikh: Sabtu, 12 November 2016
  2. Waktu: 10 pagi
  3. Tempat: Bilik Mesyuarat Bangunan Baru SMK Iskandar Shah, Parit
YB Dato Nasarudin Hashim, ADUN Bota dijadualkan merasmikan mesyuarat ini.

Mesyuarat akan membentangkan laporan aktiviti-aktiviti dan laporan kewangan persatuan untuk tahun berakhir 31 Disember 2015.

Semua ahli-ahli diseru hadir. Bekas penuntut yang belum menjadi ahli boleh hadir sebagai pemerhati untuk mengetahui perkembangan persatuan. Kaunter keahlian akan dibuka untuk pendaftaran ahli baru.

Thursday, August 4, 2016

JEMPUTAN KE MAJLIS HI-TEA SEMPENA 30 TAHUN ISKANDARIAN PADA SABTU, 3 SEPTEMBER 2016




Hi-Tea ini diadakan untuk memperingati penubuhan Iskandarian, sekitar tahun 1986, kira2 30 tahun lalu. Majlis santai ini akan cuba mengumpulkan semula kumpulan pengasas Iskandarian yang kebanyakannya tinggal di sekitar Lembah Kelang. Oleh itu semua bekas murid ISS/SMIS/SMKIS, sama ada ahli atau bukan ahli Iskandarian dijemput hadir. 

Untuk menempah kerusi hubungi: Hj Mohd Zalkornain 019-2264240, En Mohar 012-2719566 atau mana-mana AJK Iskandarian


Bayaran penyertaan: RM30 (sila masukkan ke akaun bank Iskandarian dan whatsapp resit kepada Hj Mohd Zalkornain atau En Mohar, atau email iskandarianparit@gmail.com)

Akaun Bank: CIMB 08090002572056 (Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit)