Sunday, May 29, 2016

KEMPEN AHLI SEUMUR HIDUP ISKANDARIAN (1 JUN 2016 HINGGA 30 NOV 2016)

 
 Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
ISKANDARIAN sedang berusaha untuk mengukuhkan asas keahlian Persatuan dengan menarik minat lebih ramai bekas pelajar Sekolah Iskandar Shah Parit, terutamanya generasi muda, untuk mendaftar sebagai ahli. Diharapkan dengan penyertaan dan sokongan seramai mungkin bekas pelajar, ISKANDARIAN sebagai alumni berdaftar Iskandar Shah Parit akan terus kukuh, aktif dan bergerak maju dalam mejalankan kegiatan-kegiatan yang memberi manfaat kepada ahli, sekolah dan masyarakat amnya.
 
Bagi memudahkan pentadbiran hal ehwal keahlian, pendaftaran ahli-ahli baru dan penaiktrafan Ahli Biasa sebagai Ahli Seumur Hidup amat digalakkan dan diharapkan.  Dengan hanya membayar yuran sebanyak RM105 [Yuran Masuk RM5 (dikecualikan bagi Ahli Biasa sediada) dan Yuran Ahli Seumur Hidup RM100] seseorang bekas pelajar boleh mendaftar dan sekali gus kekal menjadi ahli tanpa membayar sebarang yuran lagi.  Oleh yang demikian, ISKANDARIAN akan menjalankan KEMPEN AHLI SEUMUR HIDUP dari 1 Jun 2016 hingga 30 November 2016. Rebuti peluang untuk memenangi hadiah Samsung Galaxi Tab S2 dalam cabutan bertuah yang akan diadakan dipenghujung kempen.

​Tuan/Puan boleh mendaftar dengan mengisi memuat turun borang yang di kepilkan atau mendaftar atas talian (online) melalui patuan berikut https://docs.google.com/forms/d/1XBDgw_HZ4qklh5Plv4oZpyRZ6qi51uXgQKxK17Ttp5Q/viewform?usp=send_form
 
Sila mendaftar sekarang dan sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan Iskandarian yang lain.
 
Sokongan Tuan/Puan amat kami hargai.

Yang benar,
Dato Ir Hj Azizuddin Meor Hamzah
Presiden
 Mohon segera dengan mengisi borong permohonan di pautan di bawah:
 

Thursday, May 26, 2016

PROGRAM WAKAF TELEKUNG (26 Mei 2016 hingga 20 Jun 2016)




Program Wakaf Telekung ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para Ahli ISKANDARIAN, bekas pelajar dan guru-guru serta orang awam merwakafkan telekung kepada surau sekolah yang diperlukan oleh pelajar-pelajar sekolah dan penghuni asrama SMK Iskandar Shah, Parit. InshaAllah, mana-mana wakaf yang diterima awal akan diserahkan kepada sekolah secara berperingkat supaya boleh dimanfaatkan dalam bulan Ramadhan ini. 

Untuk mewakaf atau keterangan lanjut sila hubungi Biro Wanita ISKANDARIAN
Cik Nor Hurairah (Putrajaya) 016-561 5113
Puan Ruslina (Taiping) 012-511 0770 
Cik Nurul Izzah (Parit) 019-472 4260

Friday, May 6, 2016

APPLY FOR MEMBERSHIP OR UPDATE YOUR PERSONAL & CONTACT INFORMATION NOW

Apply for membership or update your personal and contact information now.  
Click the button below to download the updated form.




https://drive.google.com/file/d/0B2j9-1E2y8ycekFEMHFzWmV0Y0k/view?usp=sharing