Sunday, January 1, 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH CABUTAN BERTUAH SEMPENA KEMPEN AHLI SEUMUR HIDUP 2016

Sabtu, 31 Disember 2016, Bandar Seri Iskandar - Y.Bhg Dato Hj Ir Azizuddin Meor Hamzah serta beberapa AJK Iskandarian yang lain telah meraikan pemenang cabutan bertuah sempena Kempen Ahli Seumur Hidup 2016 di satu majlis ringkas di Chegu Cafe, Bandar Seri Iskandar.



Hadiah cabutan khas berupa Samsung Galaxy Tab S2 9.7" bernilai RM1999.00 telah dimenangi oleh Ahli Seumur Hidup baru No. ASH 546, Puan Nur Rumaizah binti Mohammad Zalkornain, bekas penuntut tahun 2001.




Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan di majlis tersebut:

Dato Presiden menyampaikan hadiah Samsung Galaxy Tab S2 kepada Puan Nur Rumaizah.  Turut hadir dua dari kanan  Tuan Hj Mohammad Zalkornain Jaafar (Naib Presiden Iskandarian), En Ruslan Zainal Abidin (Timbalan Presiden Iskandarian), Tuan Hj Ishak Yahya (Bendahari kehormat), dan kanan sekali Tuan Hj Baharudin Hj Abdol Rahman (AJK Iskandarian). Belakang kamera tiada dalam gambo seperti biasa teman le Admin :)

Tahniah & syabas! :)

Pemenang, Puan Nur Rumaizah bersama ahli keluarga yang turut hadir meraikan kemenangan.

KEPUTUSAN KEMPEN AHLI SEUMUR HIDUP 2016 (1 Jun 2016-30 Nov 2016

Y.Bhg Presiden, Dato Hj Ir Azizuddin Meor Hamzah dan seluruh JK Pentadbir Iskandarian Sesi 2015/2017 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua bekas penuntut Iskandar Shah yang telah menyambut seruan supaya menjadi Ahli Seumur Hidup Iskandarian.  Dalam tempoh kempen, seramai 33 orang telah berdaftar menjadi Ahli Seumur Hidup dan 41 orang telah mendaftar menjadi Ahli Biasa seperti berikut:



Sehingga 31 Disember 2016, jumlah keseluruhan ahli berdaftar Iskandarian adalah 497 orang yang terdiri daripada 3 kategori ahli seperti berikut:

Diharap dengan adanya penyertaan baru ini Iskandarian akan terus mendapat sokongan, penyertaan dan sumbangan para ahli untuk berganding bahu menjalankan aktiviti-aktiviti yang akan memberi manfaat kepada ahli-ahli, Sekolah dan masyarakat amnya.

Seperti yang dijanjikan Ahli Seumur Hidup baru yang berdaftar sepanjang tempoh kempen telah layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah khas berupa sebuah Samsung Galaxy Tab S2 9.7" LTE bernilai RM1,999.00. Berikut adalah senarai ahli-ahli yang layak menyertai cabutan bertuah yang telah diadakan pada hari Sabtu,12 November 2016 di Chegu Cafe, Seri Iskandar:


Cabutan telah dilakukan oleh Timbalan Presiden Iskandarian, Encik Ruslan Zainal Abidin dengan disaksikan oleh Tuan Hj Jamaaddin Kamaluddin (Setiausaha Kehormat), Tuan Hj Ishak Yahya (Bendahari Kehormat), En, Mohar Zainal Abidin (Pengerusi, Biro Keahlian & Publisiti), Cik Nor Hurairah Taha (Pengerusi, Biro Wanita). Turut hadir menyaksikan ialah ahli Iskandarian En. Muhammad Sharifuddin Bin Mior Hashim.

Jawatankuasa Pentadbir Iskandarian mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli Seumur Hidup  No. ASH 546, Puan Nur Rumaizah Binti Mohammad Zalkornain (bekas penuntut tahun 2001) yang telah berjaya memenangi cabutan bertuah yang dijalankan.

Lepas periksa senarai nama, kertas undi bubuh dalam balang.......lepas itu tengok le video di bawah tu

                                    

Lepas tungging punya tungging balang, ini le nama yang keluar....Timbalan Presiden nunjuk nama yang bertuah
                                    
Disahkan oleh yang hadir.....kemah audit deme  :)