Friday, December 18, 2015

AlFatihah: Dato Zainal Karib, 18 Disember 2015

Presiden dan AJK Iskandarian mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato Zainal Karib, mantan Timbalan Presiden Iskandarian, yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 9 malam 18 Disember 2015. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. AlFatihah.

Saturday, December 12, 2015

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 24 ISKANDARIAN

Sukacita dimaklumkan bahawa notis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 24 telah diedarkan kepada ahli-ahli ISKANDARIAN baru-baru ini.  Mesyuarat akan diadakan pada waktu dan tempat berikut:

Tarikh:   Jumaat, 25 Disember 2015
Waktu:   Mulai jam 2.45 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, Tingkat Bawah, Bangunan Baru
               SMK Iskandar Shah, Parit , Perak

Semua ahli-ahli ISKANDARIAN diseru hadir untuk menjayakan mesyuarat tersebut dan memberikan input dan pandangan bagi kemajuan Persatuan. Salah satu agenda utama Mesyuarat Agung Tahunan Ke 24 ini adalah pemilihan Jawatankuasa Eksekutif ISKANDARIAN bagi sesi 2015/2017. Ahli-ahli ISKANDARIAN yang ingin berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa diminta hadir untuk menawarkan diri dalam pemilihan. Semoga ISKANDARIAN mendapat suntikan tenaga baru bagi meningkatkan prestasi Persatuan bagi manfaat ahli-ahlli.

Bekas-bekas pelajar yang lain juga dijemput hadir untuk mengetahui perkembangan Persatuan selain dari mengambil peluang ini untuk mengeratkan silaturrahim antara kita.

Jika ada ahli-ahli yang tidak menerima notis atas sebab-sebab tertentu/tidak dapat dielakkan, sila rujuk salinan notis di bawah:

Tuesday, February 3, 2015

JEMPUTAN KE MALAM MEGA REUNION ISKANDARIAN 2015

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Mega Reunion ISKANDARIAN 2015 is now official!  Berikut adalah salinan surat makluman dan jemputan ke acara tersebut.  Ahli-ahli berdaftar serta bekas pelajar yang ada di dalam database Persatuan akan menerima satu salinan surat jemputan ini melalui pos dalam beberapa hari ini.  Saudara dan saudari boleh juga memuat turun salinan surat dan borang tempahan meja/tiket individu dan tempahan iklan buku program majis dengan menekan pautan yang tertera di bawah.

Pada malam Mega Reunion itu para hadirin akan dijamu dengan 8-course Halal Chinese Dinner, persembahan muzik dan nyanyian oleh kumpulan kugiran dan juga artis jemputan serta berpeluang memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah yang menarik. Harga meja biasa ialah RM1000 (RM100/ticket) dan meja-meja premium adalah RM1,500, RM2,000 dan RM3,500 semeja.

Harapan kami ialah supaya rakan-rakan bekas pelajar Iskandar Shah Parit dapat beramai-ramai memberi sokongan dan membantu menjayakan majlis ini. Semoga perjumpaan kali ini dapat menyatukan bekas pelajar daripada berbagai peringkat dan tahun dan dari setiap pelusuk negara.  Tahun ini kami berharap dapat bertemu semula dengan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak yang pernah suatu masa dulu sama-sama duduk sebumbung dengan rakan-rakan di Semenanjung belajar di Iskandar Shah, Parit. 

Untuk menjayakan majlis ini kami memerlukan pertolongan saudara/saudari.  Saudari/saudari boleh membantu dengan cara berikut:
  • merancang untuk meluangkan masa hadir ke Mega Reunion kita ini.  21 Februari 2015 bukan lama sangat lagi. So, block that date in your calendar
  • berusaha berpakat dengan rakan-rakan satu batch untuk datang hadir beramai-ramai. Let's challenge each other.. batch mana yang paling ramai penyertaannya?!
  • menempah meja, terutamanya meja-meja premium, bersama-sama rakan sebatch dan bukan membuat tempahan individu. Ini dapat memastikan saudara/saudari duduk bersama-sama old classmates/buddies dan memudahkan urusan penganjur menyelaras tempat duduk
  • jika saudara/saudari menjalankan perniagaan, tempahlah ruang iklan dalam buku program yang akan diedarkan kepada para hadirin dan para penaja-penaja lain. 
  • memanjangkan jemputan ini kepada rakan-rakan saudara/saudari bekas pelajar atau kakitangan Iskandar Shah yang lain
Sumbangan anda samada dalam bentuk kewangan, idea atau tenaga sentiasa dihargai demi meneruskan kegiatan-kegiatan Persatuan dari tahun ke tahun.

Sebarang  pertanyaan dan tempahan boleh dibuat melalui:
En. Ismail Kamaruddin 012- 3835150
Tuan Hj. Ishak Yahaya 019-5296449,
En. Mohar Zainal Abidin 012-2719566
En. Ruslan Zainal Abidin  019-2778688
En. Nurul Azman Abu Bakar 019-5723445.

Sekian, terima kasih.  See you at the Mega Reunion ISKANDARIAN 2015 at Amanjaya Convention , Casuarina@Meru, Ipoh!

Salam hormat,
Hj Zainuddin Ahmad
Pengerusi, Jawatankuasa Pengelola Mega Reunion ISKANDARIAN 2015


TEKAN UNTUK CETAK BORANG


'

Tekan Untuk Cetak Peta


Monday, January 26, 2015

INFO RINGKAS HARGA-HARGA TEMPAHAN MEGA REUNION ISKANDARIAN 2015


TEMPAHAN MEJA/TIKET

Jenis Meja
Harga Meja/Tiket
 (RM)
Meja Premium 1
3,500.00
Meja Premium 2
2,000.00
Meja Premium 3
1,500.00
Meja Biasa
1000.00
Tiket Individu
100.00

TEMPAHAN IKLAN BUKU PROGRAM (Saiz B5) - subject to availability
Kedudukan
Warna/BW
Harga (RM)

Kulit Belakang Muka Luar
Warna
1,200.00

Kulit Hadapan Muka Dalam
Warna
1,000.00

Kulit Belakang Muka Dalam
Warna
1,000.00

Muka Dalam 1 Muka
Warna
850.00

Muka Dalam 1 Muka
BW
700.00

Muka Dalam ½ Muka
Warna
500.00

Muka Dalam ½ Muka
BW
350.00

Sunday, January 11, 2015

40 Hari Lagi ke Mega Reunion ISKANDARIAN 2015


40 hari lagi ke Mega Reunion ISKANDARIAN 2015. Tempah tempat/meja anda segera.  Ajak rakan satu batch sama-sama berkumpul dan beramah mesra dengan rakan Iskandarian yang lain termasuk bekas pelajar dari Sabah/Sarawak. Selain menjamu selera dan bersantai ambil peluang untuk menyertai Koperasi ISKANDARIAN Parit Berhad yang akan dilancarkan malam itu.

Kepada para Usahawan di kalangan ISKANDARIAN di seru menyumbang dengan mengiklankan produk dan perkhidmatan masing-masing di dalam buku program/cenderahati majlis ini.

Jika anda belum menempah tiket/meja untuk Mega Reunion ISKANDARIAN 2015 sila hubungi melalui telefon/whatsapp/emel nama-nama berikut:

1. En. Ismail Kamaruddin  012-3835150 , maelhjdin@ymail.com
2. Tuan Hj Ishak Yahya 019-5296449
3. Encik Nurul Azman Abu Bakar 019-5903445 nurulazmanabakar5271@gmail.com
4. En. Mohar Zainal Abidin 012-2719566 moharza@gmail.com
5. En. Ruslan Zainal Abidin 019-2778688 rzabotafc@gmail.com

atau mana-mana Ahli Jawatankuasa ISKANDARIAN yg lain.

Sila muat turun BORANG TEMPAHAN MEGA REUNION ISKANDARIAN 2015 dengan menekan butang ini