Wednesday, March 24, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM TUN HAMDAN 2010

PERSATUAN BEKAS PENUNTUT SEKOLAH ISKANDAR SHAH, PARIT, PERAK D.R.
(ISKANDARIAN)
(NO. PENDAFTARAN : 772)
ALAMAT SURAT-MENYURAT : NO. 7A, JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH F9/F, SEKSYEN 9, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR.
TEL : 03-58910478/79/80 FAX : 03-58910481 E-MAIL : runding.dwi@gmail.com

Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

MAJLIS MAKAN MALAM YAYASAN TUN HAMDAN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tun Hamdan, dengan kerjasama persatuan-persatuan bekas penuntut Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Ipoh, Sekolah Menengah Iskandar Shah Parit dan Sekolah Menengah Clifford Kuala Kangsar, akan mengadakan satu Majlis Makan Malam bagi meraikan bekas-bekas guru yang pernah bertugas sebagai guru bersama dengan Allahyarham Tun Hamdan Sheikh Tahir, Penaung pertama ISKANDARIAN, sekitar tahun 50an dan awal 60an. Mereka ini telah banyak berkorban tenaga, masa dan wang ringgit demi pembangunan pendidikan di Negeri Perak di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Hamdan.

Majlis ini juga bertujuan untuk mengumpul dana Yayasan bagi menyokong kemajuan serta kecemerlangan pendidikan termasuk pemberian biasiswa dan anugerah kecemerlangan kepada pelajar-pelajar miskin selaras dengan objektif penubuhan Yayasan. Wang yang dikumpulkan kelak akan disalurkan kepada kegiatan yang boleh dimanfaatkan oleh tiga (3) buah sekolah yang tersebut di atas seperti yang diamanatkan oleh Allahyarham Tun Hamdan. Sekolah-sekolah ini adalah tempat di mana Allahyarham Tun pernah berkhidmat sebagai Guru Besar dan Guru.

Sayugia dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Shah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun telah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: Ahad, 25 April 2010
Waktu: 7.45 malam
Tempat: Dewan Jubilee, Kelab Golf DiRaja Perak, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh
Pakaian: Batik Lengan Panjang (Lelaki) & Pakaian Sopan (Perempuan)

Sukacita dimaklumkan juga pihak Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN 2009-2011 telah memilih Encik Kartar Singh dan Tuan Hj Abdullah Rais sebagai penerima anugerah tokoh guru Iskandar Shah di majlis itu nanti. Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN dengan berbesar hati menjemput Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan serta seluruh warga ISKANDARIAN untuk turut sama meraikan penerima-penerima anugerah kita dan menjayakan majlis ini dengan menempah meja atau penyertaan perseorangan. Harga meja dan penyertaan perseorangan adalah seperti berikut:

Harga Meja Untuk 10 Orang : RM500, RM1,000 & RM2,000
Harga Penyertaan Perseorangan: RM50


Nota:

1. Bilangan meja adalah terhad. Sila tempah awal.
2. Selain tempahan meja, sumbangan derma terus kepada Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit bagi menambah dana Tabung Pelajaran persatuan amat dialu-alukan.

Oleh kerana dijangkakan majlis ini akan mendapat sambutan hangat dari bekas penuntut ketiga-tiga sekolah tersebut, Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan disarankan membuat tempahan awal. Sila hubungi Ahli Jawatankuasa yang berikut untuk membuat tempahan:

1. Encik Mohar Zainal Abidin, 012-3935917, mohar@iktibarmewah.com
2. Puan Wan Shamsul Kamar, 016-2128817, dawinaz@tm.net.my
3. Encik Mohd Isa Jamil, 019-3235252, myisakl@yahoo.com

Sokongan dan sumbangan Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

Salam Hormat,
PERSATUAN BEKAS PENUNTUT SEKOLAH ISKANDAR SHAH PARIT

Ditandatangani
Dato’ Ir. Hj. Azizuddin Meor Hamzah
Presiden

S.k.:
1. Penaung – Y.Bhg Dato’ Seri Hj Abdul Aziz Shamsuddin
2. Penasihat-Penasihat:
        Tuan Hj Ahmad Zahari Bin Basri, Mantan Presiden ISKANDARIAN 1986-2009
        Encik Hussain Bin Puteh, Guru Besar SMK Iskandar Shah, Parit
        Encik Hamdan Mohd Noh, Guru Besar, SK Iskandar Shah, Parit
3. Ahli-Ahli Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN