Sunday, October 8, 2017

Selamat Menjalani Peperiksaan PT3 2017


GOODBYE MR KARTAR SINGH SIR!

Presiden dan AJK Iskandarian mengucapkan takziah kepada Puan Inderjit Kaur, anak-anak dan ahli keluarga yang lain di atas pemergian Encik Kartar Singh A/L Udham Singh,  mantan Penolong Kanan SM Iskandar Shah, Parit petang semalam 7 Oktober 2017 di Taiping. Jenazah beliau akan di bawa ke rumahnya di 27, Cecil Rae Avenue, Canning Garden, Ipoh. Jenazah akan di bawa untuk penyempurnaan pada jam 3 petang 9 Oktober 2017.  Kepada mantan guru yg pernah menyantun hati sekian ramai anak-anak murid SM Iskandar Shah dalam tahun 60an/70an...Selamat Jalan and Goodbye Sir!

Thursday, September 7, 2017

PEMBERITAHUAN: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 26, 30 Sep 2017, 2.45ptg, Bilik Orkid, D'Hotel, Seri Iskandar


Jemputan ke Pertandingan Bowling Iskandarian 2017, 30 September 2017, 9.30pg Ampang SuperBowl, D'Mall Seri Iskandar


Terbuka kepada semua bekas pelajar & guru-guru sekolah menengah & rendah Iskandar Shah, Parit sahaja.  ahli keluarga rapat bukan pelajar boleh dipertimbangkan tertakluk kepada kekosongan tempat.

Sila hubungi:
En. Rus Bakar (019-5705121), En. Termizi Salleh (012-5152678),  En. Ahmad Tajudin Razali (012-5150101), En. Nurul Azman (019-5903445)

Thursday, August 17, 2017

JEMPUTAN: Majlis Makan Malam ISKANDARIAN 2017






Selain daripada menjadi platform mengumpulkan bekas pelajar Sekolah Iskandar Shah (menengah & rendah) dari berbagai batch untuk mengeratkan silaturrahim, majlis ini juga bertujuan untuk mengumpul dana membiayai aktiviti-aktiviti tahunan persatuan termasuk program-program kebajikan, sosial dan kesukanan untuk ahli-ahli. Di samping itu dana juga diperlukan untuk program pembangunan pembelajaran dan siasah pelajar-pelajar Sekolah Iskandar Shah (menengah & rendah) seperti pemberian hadiah motivasi tahunan Anugerah Pelajar Cemerlang peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM serta sumbangan kepada anak-anak yatim.


Sumbangan penyertaan adalah RM100 seorang atau RM1000 satu meja. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi:


Hj Zalkornain Jaafar: 019-2264240 (zalkornain@yahoo.com)
En. Ismail Kamaruddin: 012-3835150
En. Mohar Zainal Abidin: 012-2719566 (moharza@gmail.com)
En. Nurul Azman Abu Bakar: 019-5723445

Atau mana-mana AJK Iskandarian.

Tempahan mestilah dengan pembayaran penuh dan bayaran boleh di buat di atas nama Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit dan depositkan ke akaun CIMB no 08090002572056. Sila majukan sesalinan slip deposit mesin tunai atau maklumat on-line bank melalui whatsapp ke salah satu nombor telefon tertera di atas atau email kepada moharza@gmail.com untuk pengesahan.

Tempahan adalah atas dasar siapa cepat dia dapat. Jadi sila buat tempahan segera.

Sokongan dan kehadiran semua ahli-ahli, bekas pelajar dan kakitangan Iskandar Shah amat dialu-alukan dan dihargai.

Aturcara (Tentatif)
7.00-8.00mlm: Ketibaan Ahli2 Iskandarian & Pendaftaran
8.05mlm: Ketibaan Penaung Iskandarian
8.10mlm: Ketibaan Tetamu Kehormat
8.15mlm:
- Alu-aluan Pengacara Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Presiden Iskandarian
- Ucapan Tetamu Kehormat dan Perasmian
- Tayangan Multimedia Jasamu Dikenang Untuk arwah Bendahari Kehormat
- Jamuan dimulakan
- Selingan muzik dan lagu serta Cabutan Bertuah
11.30mlm: Bersurai


Thursday, February 16, 2017

KEMBALI KE RAHMATULLAH: TUAN HJ ISHAK BIN YAHYA

Innalilla hiwainna ilaihirojiun.Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Hj/Cikgu Ishak Yahya dari Kg Padang Tenggala,Bendahari Kehormat Iskandarian telah kembali ke Rahmatullah di Petra, Jordan pada 17 Februari 2017, jam 5 pagi waktu Malaysia. Presiden dan AJK Iskandarian mewakili semua ahli Iskandarian dan warga Iskandar Shah mengucapkan takziah kepada Cikgu Huda, isteri beliau dan ahli keluarga yang lain di atas pemergian orang yang tersayang. Semoga tabah menghadapinya. Iskandarian kehilangan tokoh yang telah menjadi salah seorang nadi pengerak persatuan sejak sekian lamanya. Hj Ishak seorang tokoh yang dihormati dan disayangi oleh rakan-rakan, bekas penuntut dan masyarakat Parit. Semoga roh beliau cucuri rahmat Allah SWT dan mendapat tempat di kalangan para solihin. Al Fatihah.

Sunday, January 1, 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH CABUTAN BERTUAH SEMPENA KEMPEN AHLI SEUMUR HIDUP 2016

Sabtu, 31 Disember 2016, Bandar Seri Iskandar - Y.Bhg Dato Hj Ir Azizuddin Meor Hamzah serta beberapa AJK Iskandarian yang lain telah meraikan pemenang cabutan bertuah sempena Kempen Ahli Seumur Hidup 2016 di satu majlis ringkas di Chegu Cafe, Bandar Seri Iskandar.



Hadiah cabutan khas berupa Samsung Galaxy Tab S2 9.7" bernilai RM1999.00 telah dimenangi oleh Ahli Seumur Hidup baru No. ASH 546, Puan Nur Rumaizah binti Mohammad Zalkornain, bekas penuntut tahun 2001.




Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan di majlis tersebut:

Dato Presiden menyampaikan hadiah Samsung Galaxy Tab S2 kepada Puan Nur Rumaizah.  Turut hadir dua dari kanan  Tuan Hj Mohammad Zalkornain Jaafar (Naib Presiden Iskandarian), En Ruslan Zainal Abidin (Timbalan Presiden Iskandarian), Tuan Hj Ishak Yahya (Bendahari kehormat), dan kanan sekali Tuan Hj Baharudin Hj Abdol Rahman (AJK Iskandarian). Belakang kamera tiada dalam gambo seperti biasa teman le Admin :)

Tahniah & syabas! :)

Pemenang, Puan Nur Rumaizah bersama ahli keluarga yang turut hadir meraikan kemenangan.

KEPUTUSAN KEMPEN AHLI SEUMUR HIDUP 2016 (1 Jun 2016-30 Nov 2016

Y.Bhg Presiden, Dato Hj Ir Azizuddin Meor Hamzah dan seluruh JK Pentadbir Iskandarian Sesi 2015/2017 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua bekas penuntut Iskandar Shah yang telah menyambut seruan supaya menjadi Ahli Seumur Hidup Iskandarian.  Dalam tempoh kempen, seramai 33 orang telah berdaftar menjadi Ahli Seumur Hidup dan 41 orang telah mendaftar menjadi Ahli Biasa seperti berikut:



Sehingga 31 Disember 2016, jumlah keseluruhan ahli berdaftar Iskandarian adalah 497 orang yang terdiri daripada 3 kategori ahli seperti berikut:

Diharap dengan adanya penyertaan baru ini Iskandarian akan terus mendapat sokongan, penyertaan dan sumbangan para ahli untuk berganding bahu menjalankan aktiviti-aktiviti yang akan memberi manfaat kepada ahli-ahli, Sekolah dan masyarakat amnya.

Seperti yang dijanjikan Ahli Seumur Hidup baru yang berdaftar sepanjang tempoh kempen telah layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah khas berupa sebuah Samsung Galaxy Tab S2 9.7" LTE bernilai RM1,999.00. Berikut adalah senarai ahli-ahli yang layak menyertai cabutan bertuah yang telah diadakan pada hari Sabtu,12 November 2016 di Chegu Cafe, Seri Iskandar:


Cabutan telah dilakukan oleh Timbalan Presiden Iskandarian, Encik Ruslan Zainal Abidin dengan disaksikan oleh Tuan Hj Jamaaddin Kamaluddin (Setiausaha Kehormat), Tuan Hj Ishak Yahya (Bendahari Kehormat), En, Mohar Zainal Abidin (Pengerusi, Biro Keahlian & Publisiti), Cik Nor Hurairah Taha (Pengerusi, Biro Wanita). Turut hadir menyaksikan ialah ahli Iskandarian En. Muhammad Sharifuddin Bin Mior Hashim.

Jawatankuasa Pentadbir Iskandarian mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli Seumur Hidup  No. ASH 546, Puan Nur Rumaizah Binti Mohammad Zalkornain (bekas penuntut tahun 2001) yang telah berjaya memenangi cabutan bertuah yang dijalankan.

Lepas periksa senarai nama, kertas undi bubuh dalam balang.......lepas itu tengok le video di bawah tu

                                    

Lepas tungging punya tungging balang, ini le nama yang keluar....Timbalan Presiden nunjuk nama yang bertuah
                                    
Disahkan oleh yang hadir.....kemah audit deme  :)