Thursday, August 17, 2017

JEMPUTAN: Majlis Makan Malam ISKANDARIAN 2017






Selain daripada menjadi platform mengumpulkan bekas pelajar Sekolah Iskandar Shah (menengah & rendah) dari berbagai batch untuk mengeratkan silaturrahim, majlis ini juga bertujuan untuk mengumpul dana membiayai aktiviti-aktiviti tahunan persatuan termasuk program-program kebajikan, sosial dan kesukanan untuk ahli-ahli. Di samping itu dana juga diperlukan untuk program pembangunan pembelajaran dan siasah pelajar-pelajar Sekolah Iskandar Shah (menengah & rendah) seperti pemberian hadiah motivasi tahunan Anugerah Pelajar Cemerlang peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM serta sumbangan kepada anak-anak yatim.


Sumbangan penyertaan adalah RM100 seorang atau RM1000 satu meja. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi:


Hj Zalkornain Jaafar: 019-2264240 (zalkornain@yahoo.com)
En. Ismail Kamaruddin: 012-3835150
En. Mohar Zainal Abidin: 012-2719566 (moharza@gmail.com)
En. Nurul Azman Abu Bakar: 019-5723445

Atau mana-mana AJK Iskandarian.

Tempahan mestilah dengan pembayaran penuh dan bayaran boleh di buat di atas nama Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit dan depositkan ke akaun CIMB no 08090002572056. Sila majukan sesalinan slip deposit mesin tunai atau maklumat on-line bank melalui whatsapp ke salah satu nombor telefon tertera di atas atau email kepada moharza@gmail.com untuk pengesahan.

Tempahan adalah atas dasar siapa cepat dia dapat. Jadi sila buat tempahan segera.

Sokongan dan kehadiran semua ahli-ahli, bekas pelajar dan kakitangan Iskandar Shah amat dialu-alukan dan dihargai.

Aturcara (Tentatif)
7.00-8.00mlm: Ketibaan Ahli2 Iskandarian & Pendaftaran
8.05mlm: Ketibaan Penaung Iskandarian
8.10mlm: Ketibaan Tetamu Kehormat
8.15mlm:
- Alu-aluan Pengacara Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Presiden Iskandarian
- Ucapan Tetamu Kehormat dan Perasmian
- Tayangan Multimedia Jasamu Dikenang Untuk arwah Bendahari Kehormat
- Jamuan dimulakan
- Selingan muzik dan lagu serta Cabutan Bertuah
11.30mlm: Bersurai


No comments:

Post a Comment