Sukacita dimaklumkan bahawa notis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 23 telah diedarkan kepada ahli-ahli ISKANDARIAN baru-baru ini. Mesyuarat akan di adakan pada waktu dan tempat berikut:
Tarikh: Sabtu, 18 Oktober 2014
Waktu: Mulai jam 2.45 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, Tingkat Bawah, Bangunan Baru
Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit , Perak
Semua ahli-ahli ISKANDARIAN diseru hadir untuk menjayakan mesyuarat tersebut dan memberikan input dan pandangan bagi kemajuan Persatuan. Bekas-bekas pelajar yang lain juga dijemput hadir untuk mengetahui perkembangan Persatuan selain dari mengambil peluang ini untuk mengeratkan silaturrahim antara kita.
Jika ada ahli-ahli yang tidak menerima notis atas sebab-sebab tertentu/tidak dapat dielakkan, sila rujuk salinan notis dibawah:
Sunday, October 12, 2014
Friday, July 25, 2014
SALAM AIDILFITRI 2014/1435H
Assalamualaikum,
Menjelang munculnya Syawal, Jawatankuasa
Eksekutif Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit (ISKANDARIAN)
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli-ahli ISKANDARIAN, bekas
penuntut, bekas guru-guru dan kakitangan, guru-guru dan pelajar Sekolah
Iskandar Shah, Parit (Menengah & Rendah) yang beragama Islam. Semoga segala amalan sepanjang Ramadhan yang
bakal berakhir diberkati Allah SWT.
Dikesempatan ini saya dengan rasa
syukur Alhamdulillah ingin memaklumkan bahawa baru-baru ini ISKANDARIAN telah
menganjurkan secara sendiri atau dengan kerjasama pihak lain berberapa majlis
serta menyumbang kepada
aktiviti-aktiviti seperti berikut:
- Membuat sumbangan kewangan kepada SK Iskandar Shah, Parit bagi menampung sebahagian kos perjalanan Kumpulan Kombo Cili Padi yang mengambil bahagian di International Music Festival, Istanbul, Turki pada bulan April 2014,
- Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Iskandar Shah yang diadakan pada 30 April 2014 di Dewan Serbaguna SMK Iskandar Shah,
- Majlis Makan Malam “Thank You Teachers” –Jasa Mu Dihargai di bawah naungan YBhg Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz Shamsuddin bagi meraikan guru-guru SMK Iskandar Shah dan SK Iskandar Shah sempena sambutan Hari Guru yang diadakan pada 27 Jun 2014 bertempat di D’Hotel, Seri Iskandar. Majlis turut disertai oleh sekumpulan bekas guru-guru SMK dan SK serta bekas-bekas pelajar Iskandar Shah,
- Majlis Penyampaian Biasiswa, Zakat dan Sumbangan Aidilfitri Yayasan Tun Hamdan kepada Pelajar-Pelajar dan Anak-Anak Yatim Negeri Perak 2014 yang diadakan pada 17 Julai 2014 di Dewan Serbaguna SM Iskandar Shah Parit
- Majlis Berbuka Puasa serta penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada Penghuni Bait Al-Amin, Parit pada malam 17 Julai 2014.
Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa
juga sedang merancang satu Majlis Makan
Malam 2014 di sebuah hotel di Ipoh pada satu tarikh yang akan diumumkan
sedikit masa lagi. Majlis ini nanti dijangka
akan menjadi suatu perhimpunan terbesar bekas pelajar-pelajar sekolah kita. Diharap semua bekas pelajar bersama-sama
memberi sokongan dan menghadiri majlis itu nanti.
Memandangkan kesuntukan sumber dan
tenaga kerja, Jawatankuasa telah memutuskan untuk tidak mengadakan majlis
Jamuan Aidilfitri untuk tahun ini. Saya
berharap kemeriahan Aidilfitri dapat terus diraikan oleh batch-batch Iskandarian
dalam majlis-majlis sambutan masing-masing. Inshaa Allah jika ada kelapangan dan pelawaan,
Ahli-Ahli Jawatankuasa Iskandarian akan turut bersama.
Sebelum mengakhiri, saya bagi
pihak seluruh Jawatankuasa Iskandarian memohon ribuan ampun dan maaf jika ada
salah dan silap serta apa-apa kekurangan di dalam pentadbiran urusan persatuan
kita. Kepada yang memandu pulang berhari
raya, pastikan kenderaan berada di dalam keadaan baik dan selamat dan sentiasalah
berhati-hati di jalanraya.
Selamat Aidilfitri. Maaf Zahir
& Batin
DATO IR HJ AZIZUDDIN BIN MEOR
HAMZAH
Presiden ISKANDARIAN
Wednesday, June 4, 2014
MAJLIS MAKAN MALAM "THANK U TEACHERS" 27 JUNE 2014
DIMAKLUMKAN BAHAWA ISKANDARIAN AKAN MENGANJURKAN
Majlis
Makan Malam
THANK U TEACHERS
Jasa Mu Sentiasa
Dihargai
di
bawah naungan
Y
Bhg Tan Sri Dato’ Seri Hj. Abdul Aziz bin Shamsuddin,
Penaung
ISKANDARIAN
pada
27hb Jun 2014 jam 8.00 malam
di
D’Hotel Seri Iskandar, Seri Iskandar Bota, Perak
Anjuran
ISKANDARIAN
OBJEKTIF:
1.
Menghargai
warga pendidik Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Iskandar Shah yang menjadi
pemangkin kepada pembangunan pendidikan warga Parit.
2.
Merapatkan
silaturahim diantara Guru Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Iskandar Shah
dengan Ahli Jawatankuasa ISKANDARIAN.
3.
Mendapat
kesepakatan dan merapatkan kerjasama diantara guru dan ahli jawatankuasa
ISKANDARIAN, PIBG Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah dalam usahasama membantu
dalam pembangunan pembelajaran dan pendidikan kedua-dua sekolah
NAUNGAN: Y. Bhg Tan Sri Dato’ Seri Hj.
Abdul Aziz bin Shamsuddin, Penaung ISKANDARIAN
akan turut meraikan Majlis Makan
Malam ini.
JEMPUTAN
KHAS:
1.
YB
Ahli Parlimen Parit, YB Ahli Dewan Undangan Belanja dan Bota
2.
Bekas
guru-guru yang pernah berkhidmat di Iskandar Shah, antaranya:
Cikgu Adilah Meor
Ahmad, Cikgu Abdul Aziz Chu, Cikgu Ahmad Uda, Cikgu Sharifah Zainab, Cikgu
Rashidah, Cikgu Halim, Cikgu Nik, Cikgu Yusof Hj. Nuar, Cikgu Appalasamy, Cikgu
Ooi Soi Tai.
Sesiapa
yang ada maklumat perhubungan bekas guru-guru Iskandar Shah di atas serta yang
lain sila maklumkan kepada AJK di bawah untuk kami menjemput mereka.
Ahli-ahli
ISKANDARAN dan bekas pelajar yang ingin turut serta meraikan guru-guru dan bekas
guru Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah boleh berbuat demikian dengan
sumbangan RM50.00 seorang.
JK Penganjur mengalu-alukan sebarang penajaan meja atau cenderhati untuk majlis tersebut daripada ISKANDARIAN atau badan-badan lain.
JK Penganjur mengalu-alukan sebarang penajaan meja atau cenderhati untuk majlis tersebut daripada ISKANDARIAN atau badan-badan lain.
Sila
hubungi Tn. Hj. Ishak Yahya tel. 019 529 6449, En. Mohar Zainal Abidin Tel. 012 271 9566 e-mel: moharza@gmail.com, En. Jamaaddin 012 516 1464 atau En. Ruslan Zainal Abidin 019 2778688 e-mel: rzabotafc@gmail.com
Thursday, October 31, 2013
MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI ISKANDARIAN PARIT BERHAD (Dalam Penubuhan)
Ahli-ahli
ISKANDARIAN
Dengan segala hormatnya dimaklumkan
bahawa ISKANDARIAN telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Negeri Perak untuk menubuhkan KOPERASI
ISKANDARIAN PARIT BERHAD pada 18hb September 2013 yang lalu dengan syarat
satu mesyuarat agung permulaan koperasi hendaklah diadakan yang mesti dihadiri
oleh sekurang-kurangnya 50 orang ahli.
Sekian. Wassalam.
Yang menurut perintah,
YBhg
Dato’/Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERMULAAN
KOPERASI ISKANDARIAN PARIT BERHAD (Dalam Penubuhan)
2. Bagi membolehkan
Koperasi ini diidaftarkan, saya
bagi pihak Jawatankuasa ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Permulaan
Koperasi ISKANDARIAN Parit Berhad akan di adakan seperti ketetapan berikut :-
Tarikh :
10hb. November 2013 ( AHAD )
Tempat :
Bilik Gerakan SMK Iskandar Shah, Parit
Masa :
3.00 petang
Agenda :
ATURCARA
1. Ucapan
Alu-aluan.
2. Ucapan
Pengerusi Penaja Koperasi
3. Ucapan
Perasmian
4. Agenda
Mesyuarat Agung Permulaan:-
(1)
Pelantikan Pengerusi Mesyuarat;
(2)
Persetujuan Menubuhkan Koperasi;
(3)
Permohonan Bagi Didaftarkan Sebagai Koperasi;
(4)
Penerimaan Undang-undang Kecil
Koperasi;
(5)
Perlantikan anngota Lembaga
mengikut bilangan yang ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil, dan pemilihan
anggota yang akan turut sama menandatangani Permohonan Pendaftaran
(6)
Menimbang Dan Meluluskan Belanjawan Tahunan
Koperasi;
(7)
Meluluskan elaun yang diberikan kepada anggota
Lembaga;
(8)
Meluluskan pelantikan suatu panel yang
tidak kurang daripada dua orang Juruaudit, yang merupakan Juruaudit yang
diluluskan oleh Suruhanjaya atau pegawai Suruhanjaya, untuk mengaudit akaun
koperasi;
(9)
Menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had
pelaburan yang dibiayai oleh kumpulan wang lebihan koperasi;
(10)
Menentukan Had
Maksimum Keterhutangan Koperasi.
3.
Mesyuarat
ini memerlukan kehadiran sekurang-kurangnya 50 orang ahli, maka kerjasama Yg Bhg. Dato’/ Tuan / Puan/Sdra/Sdri ,
Ahli-ahli ISKANDARIAN hadir dimesyuarat ini amat dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Wassalam.
KOPERASI
ISKANDARIAN PARIT BERHAD (dalam penubuhan)
RUSLAN
ZAINAL ABIDIN
b.p
Jawatankuasa Penaja
sk. YBhg Dato’ Ir. Azizuddin
Meor Hamzah – Presiden ISKANDARIAN
SEMAK SENARAI AHLI ISKANDARIAN
Senarai ahli-ahli ISKANDARIAN telah dikemaskinikan sehingga 20 Oktober 2013 dan boleh disemak dengan menekan ikon di bawah. Sila berhubung dengan Pengerusi, Biro Keahlian & Publisiti (Mohar 012-2719566, moharza@gmail.com) jika anda fikir ada sebarang kesilapan atau nama yang tertinggal atau ingin menghubungi mana-mana ahli. Maaf maklumat penuh ahli-ahli tidak dapat kami paparkan di sini.
Friday, July 19, 2013
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2013
Jawatankuasa Eksekutif ISKANDARIAN telah menetapkan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan seperti berikut:
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 22
Tarikh: 27 Julai 2013
Waktu: 4.45 petang
Waktu: 4.45 petang
Tempat: Bilik Gerakan, SMK Iskandar Shah, Parit
Semua ahli-ahli berdaftar dijemput hadir untuk melaksanakan tanggungjawab memilih Jawatankuasa Eksekutif yang baru bagi tempoh 2013/2015 dan lain-lain urusan Persatuan. Mesyuarat akan disusuli dengan majlis berbuka puasa dengan anak-anak penghuni Bait al Amin, Kg Tengah, Parit. Notis rasmi telah diedarkan kepada ahli-ahli.
ATURCARA
4.45 ptg: Ketibaan Para Ahli Iskandarian
Pendaftaran
5.00 ptg: Majlis dimulakan
Doa Selamat
Ucapan Aluan oleh Presiden Iskandarian
Ucapan Perasmian Pembukaan oleh YB Drs Mohd Nizar Bin Zakaria
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak/ADUN Blanja
5.30 ptg: Mesyuarat Agung Tahunan Ke 22 Bermula
6.30 ptg: Mesyuarat Agung Tahunan Ke 22 Tamat
7.00 mlm: Majlis Berbuka Puasa Serta Pemberian Baju dan Duit Raya Bersama Anak-anak Yatim Bait Al-Amin, Parit
Friday, July 5, 2013
TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2013/1434-1435 H BAGI MALAYSIA
Subscribe to:
Posts (Atom)