Friday, July 25, 2014

SALAM AIDILFITRI 2014/1435H


Assalamualaikum,

Menjelang munculnya Syawal, Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit (ISKANDARIAN) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli-ahli ISKANDARIAN, bekas penuntut, bekas guru-guru dan kakitangan, guru-guru dan pelajar Sekolah Iskandar Shah, Parit (Menengah & Rendah) yang beragama Islam.  Semoga segala amalan sepanjang Ramadhan yang bakal berakhir diberkati Allah SWT.

Dikesempatan ini saya dengan rasa syukur Alhamdulillah ingin memaklumkan bahawa baru-baru ini ISKANDARIAN telah menganjurkan secara sendiri atau dengan kerjasama pihak lain berberapa majlis serta  menyumbang kepada aktiviti-aktiviti seperti berikut:
  1. Membuat sumbangan kewangan kepada SK Iskandar Shah, Parit bagi menampung sebahagian kos perjalanan Kumpulan Kombo Cili Padi  yang mengambil bahagian di International Music Festival, Istanbul, Turki pada bulan April 2014,
  2. Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Iskandar Shah yang diadakan pada 30 April 2014 di Dewan Serbaguna SMK Iskandar Shah,
  3. Majlis Makan Malam “Thank You Teachers” –Jasa Mu Dihargai di bawah naungan YBhg Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz Shamsuddin bagi meraikan guru-guru SMK Iskandar Shah dan SK Iskandar Shah sempena sambutan Hari Guru yang diadakan pada 27 Jun 2014 bertempat di D’Hotel, Seri Iskandar.  Majlis turut disertai oleh sekumpulan bekas guru-guru SMK dan SK serta bekas-bekas pelajar Iskandar Shah,
  4. Majlis Penyampaian Biasiswa, Zakat dan Sumbangan Aidilfitri Yayasan Tun Hamdan kepada Pelajar-Pelajar dan Anak-Anak Yatim Negeri Perak 2014 yang diadakan pada 17 Julai 2014 di Dewan Serbaguna SM Iskandar Shah Parit
  5. Majlis Berbuka Puasa serta penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada Penghuni Bait Al-Amin, Parit pada malam 17 Julai 2014.

Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa juga sedang merancang satu Majlis Makan Malam 2014 di sebuah hotel di Ipoh pada satu tarikh yang akan diumumkan sedikit masa lagi.  Majlis ini nanti dijangka akan menjadi suatu perhimpunan terbesar bekas pelajar-pelajar sekolah kita.  Diharap semua bekas pelajar bersama-sama memberi sokongan dan menghadiri majlis itu nanti.

Memandangkan kesuntukan sumber dan tenaga kerja, Jawatankuasa telah memutuskan untuk tidak mengadakan majlis Jamuan Aidilfitri untuk tahun ini.  Saya berharap kemeriahan Aidilfitri dapat terus diraikan oleh batch-batch Iskandarian  dalam majlis-majlis sambutan masing-masing.  Inshaa Allah jika ada kelapangan dan pelawaan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Iskandarian akan turut bersama.

Sebelum mengakhiri, saya bagi pihak seluruh Jawatankuasa Iskandarian memohon ribuan ampun dan maaf jika ada salah dan silap serta apa-apa kekurangan di dalam pentadbiran urusan persatuan kita.  Kepada yang memandu pulang berhari raya, pastikan kenderaan berada di dalam keadaan baik dan selamat dan sentiasalah berhati-hati di jalanraya.

Selamat Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin

DATO IR HJ AZIZUDDIN BIN MEOR HAMZAH
Presiden ISKANDARIAN




Wednesday, June 4, 2014

MAJLIS MAKAN MALAM "THANK U TEACHERS" 27 JUNE 2014

DIMAKLUMKAN BAHAWA ISKANDARIAN AKAN MENGANJURKAN

Majlis Makan Malam

THANK U TEACHERS
Jasa Mu Sentiasa Dihargai
di bawah naungan
Y Bhg Tan Sri Dato’ Seri Hj. Abdul Aziz bin Shamsuddin,
Penaung ISKANDARIAN
pada 27hb Jun 2014  jam 8.00 malam
di D’Hotel Seri Iskandar, Seri Iskandar Bota, Perak


Anjuran  ISKANDARIAN

OBJEKTIF:
1.      Menghargai warga pendidik Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Iskandar Shah yang menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan warga Parit.

2.      Merapatkan silaturahim diantara Guru Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Iskandar Shah dengan Ahli Jawatankuasa ISKANDARIAN.

3.      Mendapat kesepakatan dan merapatkan kerjasama diantara guru dan ahli jawatankuasa ISKANDARIAN, PIBG Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah dalam usahasama membantu dalam pembangunan pembelajaran dan pendidikan kedua-dua sekolah

NAUNGAN:                Y. Bhg Tan Sri Dato’ Seri Hj. Abdul Aziz bin Shamsuddin, Penaung ISKANDARIAN  akan turut meraikan  Majlis Makan Malam  ini.

JEMPUTAN KHAS:   
1.      YB Ahli Parlimen Parit, YB Ahli Dewan Undangan Belanja dan Bota

2.      Bekas guru-guru yang pernah berkhidmat di Iskandar Shah, antaranya:
Cikgu Adilah Meor Ahmad, Cikgu Abdul Aziz Chu, Cikgu Ahmad Uda, Cikgu Sharifah Zainab, Cikgu Rashidah, Cikgu Halim, Cikgu Nik, Cikgu Yusof Hj. Nuar, Cikgu Appalasamy, Cikgu Ooi Soi Tai.

Sesiapa yang ada maklumat perhubungan bekas guru-guru Iskandar Shah di atas serta yang lain sila maklumkan kepada AJK di bawah untuk kami menjemput mereka.

Ahli-ahli ISKANDARAN dan bekas pelajar yang ingin turut serta meraikan guru-guru dan bekas guru Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah boleh berbuat demikian dengan sumbangan RM50.00 seorang.

JK Penganjur mengalu-alukan sebarang penajaan meja atau cenderhati untuk majlis tersebut daripada ISKANDARIAN atau badan-badan lain.

Sila hubungi Tn. Hj. Ishak Yahya tel. 019 529 6449,   En. Mohar Zainal Abidin Tel. 012 271 9566    e-mel: moharza@gmail.com, En. Jamaaddin 012 516 1464  atau  En. Ruslan Zainal Abidin 019 2778688 e-mel: rzabotafc@gmail.com

Thursday, October 31, 2013

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI ISKANDARIAN PARIT BERHAD (Dalam Penubuhan)

Ahli-ahli ISKANDARIAN

YBhg Dato’/Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI ISKANDARIAN PARIT BERHAD (Dalam Penubuhan)

 Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa ISKANDARIAN telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak untuk menubuhkan KOPERASI ISKANDARIAN PARIT BERHAD pada 18hb September 2013 yang lalu dengan syarat satu mesyuarat agung permulaan koperasi hendaklah diadakan yang mesti dihadiri oleh sekurang-kurangnya 50 orang ahli.
               
2.             Bagi membolehkan  Koperasi  ini diidaftarkan, saya bagi pihak Jawatankuasa ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi ISKANDARIAN Parit Berhad akan di adakan seperti ketetapan berikut :-
 
                Tarikh                    : 10hb.  November  2013 ( AHAD )

   Tempat                  : Bilik Gerakan SMK Iskandar Shah, Parit

                Masa                      : 3.00 petang

                Agenda                  : ATURCARA

1. Ucapan Alu-aluan.

2. Ucapan Pengerusi Penaja Koperasi

3. Ucapan Perasmian

4. Agenda Mesyuarat Agung Permulaan:-

(1)                Pelantikan Pengerusi Mesyuarat;

(2)                Persetujuan Menubuhkan Koperasi;

(3)                Permohonan Bagi Didaftarkan Sebagai Koperasi;

(4)                Penerimaan Undang-undang Kecil Koperasi;

(5)                Perlantikan anngota Lembaga mengikut bilangan yang ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil, dan pemilihan anggota yang akan turut sama menandatangani Permohonan Pendaftaran  

(6)                 Menimbang Dan Meluluskan Belanjawan Tahunan Koperasi;

(7)                 Meluluskan elaun yang diberikan kepada anggota Lembaga;

(8)                 Meluluskan pelantikan suatu panel yang tidak kurang daripada dua orang Juruaudit, yang merupakan Juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya atau pegawai Suruhanjaya, untuk mengaudit akaun koperasi;

(9)                 Menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan yang dibiayai oleh  kumpulan wang lebihan koperasi;

(10)             Menentukan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi.
 
3.                   Mesyuarat ini memerlukan kehadiran sekurang-kurangnya 50 orang ahli, maka kerjasama  Yg Bhg. Dato’/ Tuan / Puan/Sdra/Sdri , Ahli-ahli  ISKANDARIAN  hadir dimesyuarat ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Wassalam.

 Yang menurut perintah,

KOPERASI ISKANDARIAN PARIT BERHAD (dalam penubuhan)

RUSLAN ZAINAL ABIDIN
b.p Jawatankuasa Penaja
 

sk. YBhg Dato’ Ir. Azizuddin Meor Hamzah – Presiden ISKANDARIAN

SEMAK SENARAI AHLI ISKANDARIAN

Senarai ahli-ahli ISKANDARIAN telah dikemaskinikan sehingga 20 Oktober 2013 dan boleh disemak dengan menekan ikon di bawah. Sila berhubung dengan Pengerusi, Biro Keahlian & Publisiti  (Mohar 012-2719566, moharza@gmail.com) jika anda fikir ada sebarang kesilapan atau nama yang tertinggal atau ingin menghubungi mana-mana ahli. Maaf maklumat penuh ahli-ahli tidak dapat kami paparkan di sini.

Friday, July 19, 2013

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2013

Jawatankuasa Eksekutif ISKANDARIAN telah menetapkan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan seperti berikut:

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 22
Tarikh:  27 Julai 2013
Waktu:  4.45 petang
Tempat: Bilik Gerakan, SMK Iskandar Shah, Parit

Semua ahli-ahli berdaftar dijemput hadir untuk melaksanakan tanggungjawab memilih Jawatankuasa Eksekutif yang baru bagi tempoh 2013/2015 dan lain-lain urusan Persatuan. Mesyuarat akan disusuli dengan majlis berbuka puasa dengan anak-anak penghuni Bait al Amin, Kg Tengah, Parit. Notis rasmi telah diedarkan kepada ahli-ahli.

ATURCARA

4.45 ptg: Ketibaan Para Ahli Iskandarian
Pendaftaran
5.00 ptg: Majlis dimulakan
Doa Selamat
Ucapan Aluan oleh Presiden Iskandarian
Ucapan Perasmian Pembukaan oleh YB Drs Mohd Nizar Bin Zakaria
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak/ADUN Blanja
5.30 ptg: Mesyuarat Agung Tahunan Ke 22 Bermula
6.30 ptg: Mesyuarat Agung Tahunan Ke 22 Tamat
7.00 mlm: Majlis Berbuka Puasa Serta Pemberian Baju dan Duit Raya Bersama Anak-anak Yatim Bait Al-Amin, Parit







Wednesday, July 3, 2013

PERLEMBAGAAN PERSATUAN DALAM BAHASA MALAYSIA TELAH TERBIT

Jawatankuasa Eksekutif ISKANDARIAN Sessi 2011/2013 dengan sukacitanya mengumumkan bahawa perlembagaan Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit yang asalnya di dalam Bahasa Inggeris telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia untuk kegunaan ahli-ahli.  Sila klik "Lihat Perlembagaan"  atau tekan butang di bawah untuk memuat-turun dokumen tersebut.


Semoga dengan adanya versi Bahasa Malaysia ini dapat memenuhi permintaan sebahagian ahli-ahli dan dapat menjelaskan lagi matlamat dan peraturan-peraturan yang menjadi panduan persatuan.