Saturday, February 27, 2010

AL-FATIHAH: PUAN ZAIDAH BT ISMAIL (AHLI No. 273) KEMBALI 17/11/2009

Jawatankuasa ISKANDARIAN baru dimaklumkan bahawa Puan Zaidah bt Ismail, bekas penuntut tahun 1973 yang merupakan ahli no. 273 telah kembali keRahmatullah pada tanggal 17 November 2009.  Kami merakamkan takziah kepada keluarga beliau dan mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah SWT. (Gambar: Zaidah & anak lelaki beliau)

TEMASYA SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK ISKANDAR SHAH, PARIT KALI KE59

Sukacita dimaklumkan bahawa Temasya Sukan Olahraga Tahunan SMK Iskandar Shah, Parit akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 6 Mac 2010 (Sabtu)

Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Padang MDPT Parit
Perasmi: YB.Dato' Haji Zaim b. Abu Hassan (ADUN Blanja)
Penutupan Rasmi: YB Drs Nizar bin Zakaria (Ahli Parlimen Parit)

Pihak pentadbiran sekolah menjemput semua ISKANDARIAN hadir untuk memeriahkan lagi temasya tersebut

ISKANDARIAN mengucapkan semoga temasya ini berlangsung dengan jayanya dengan semangat juang dan kesukanan yang tinggi.

Tuesday, February 23, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PMR & STPM, CERAMAH MOTIVASI DAN PERASMIAN PAPAN KENYATAAN ISKANDARIAN

Assalamulaikum dan Salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan ISKANDARIAN dengan kerjasama SMK Iskandar Shah, Parit akan mengadakan majlis seperti berikut:

Aturcara:
  1. Ceramah Motivasi oleh Profesor Dr. Mohd Khanif Yusof, Profesor Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (klik untuk profile) di Gelanggang Perhimpunan, SMKIS
  2. Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Pelajar PMR & STPM oleh Penaung ISKANDARIAN, Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin di Gelanggang Perhimpunan, SMKIS
  3. Perasmian Papan Kenyataan ISKANDARIAN di ruang legar Blok Utama SMKIS.
Tarikh: Isnin, 1 Mac 2010

Waktu: Bermula jam 8 pagi mengikut susunatur acara.

Warga Iskandar Shah dijemput bersama-sama AJK ISKANDARIAN untuk memeriahkan lagi majlis tersebut di atas bagi menyemarakkan lagi semangat anak-anak dan adik-adik kita di SMK Iskandar Shah.

Terima kasih.

Hormat dari saya,
Hj Ishak Yahya
Pengerusi, Biro Pelajaran ISKANDARIAN
019-5296449

Wednesday, January 6, 2010

GAMBAR HOSTELITES 1979 & PELAJAR-PELAJAR TAJAAN YAYASAN SABAH

Bekas pelajar tajaan Yayasan Sabah, Shim Kee Tsung menulis:

"dear webmaster,

saya bekas pelajar SMIS tahun 1979-1983 dari Sabah. budak asrama jugak. inilah sumbangan dr saya utk tatapan semua. gambar ni semua dari tahun 1979 semasa saya tingkatan satu dan juga group photo budak hostel dr tahun yg sama. tq

shimkt"




Di sini juga kami paparkan gambar pelajar-pelajar Yayasan Sabah bersama-sama Cikgu Ahmad Yaakob (Allahyarham) dan Cikgu Kamaruzaman (kalau tak silap) dari koleksi Facebook Rusdeh Ariffin:

Tuesday, January 5, 2010

FACEBOOK KUMPULAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH ISKANDAR SHAH, PARIT

Sila mampir ke Facebook Kumpulan Bekas Pelajar Sekolah Iskandar Shah Parit di mana ramai bekas pelajar terutama generasi muda berkumpul menyambung silaturahim.  Mungkin rakan sedarjah anda ada di sana! Klik Di Sini

Monday, December 28, 2009

Takziah Kepada Tuan Hj Mohd Fauzy Hj Abdul Halim Atas Pemergian Isteri Tersayang

Pagi tadi kami menerima berita bahawa Puan Mashitah, isteri kepada ahli ISKANDARIAN,Tuan Hj Mohd Fauzy Abdul Halim (Ahli Seumur Hidup No. 7), telah kembali ke rahmatullah di Shah Alam.  AJK ISKANDARIAN dan warga ISKANDARIAN yang lain mengucapkan takziah kepada Tuan Hj Mohd Fauzy, yang merupakan bekas AJK dan penyokong kuat persatuan, atas pemergian isteri tersayang beliau.  Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah..semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat.

Kemaskini: Pada 24 Januari 2010, ISKANDARIAN telah menganjurkan majlis doa dan tahlil bagi arwah Allahyarhamah Hjh Mashitah dan Allahyarham Pak Meor Ahmad (terkenal dengan Pak Meor Green Transport yang juga kembali kerahmatullah pada bulan Disember 2009) di rumah Tuan Hj Fauzy dihadiri oleh Penaung ISKANDARIAN, Dato Seri Abdul Aziz Shamsuddin dan Datin Seri, Dato' Presiden & Isteri, AJK dan juga ahli-ahli ISKANDARIAN yang berada sekitar Shah Alam.  Anakanda Pak Meor, Puan Adilah turut serta mewakili keluarga beliau. Tuan Hj Fauzy dan Puan Adilah mengucapkan ribuan terima kasih di atas ingatan dan doa hadirin kepada arwah ahli keluarga masing-masing.  Semoga roh mereka di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.