Pada 22 Ogos lalu dalam perjalanan balek dari Bota Kanan ke Petaling Jaya, saya sempat singgah ke SMK Iskandar Shah, Parit untuk menunjukkan kepada anak lelaki tunggal saya, Faiz Imran (7 tahun) tempat di mana saya mendapat pendidikan menengah dan asrama tempat tinggal saya selama 4 tahun dari tahun 1975 hingga 1979. Banyak yang dah berubah, tapi banyak juga yang masih kekal seperti dulu.
Kenangan lama datang semula seolah-olah ia masih baru berlalu. Banyak jasa sekolah ini kepada saya terutama kemudahan Asrama Putera (semasa itu) yang menjadi tempat tinggal saya yang yatim paitu semasa itu. Bila lalu di hadapan rumah Warden Asrama (masa itu Arwah Cikgu Ahmad Yaakob) teringatkan beliau yang nampak garang tetapi lembut orangnya. Kalau bebudak curi tengok siaran bolasepak di tv, lepas habis game baru dia datang mengendap itu pun siap bagi isyarat dengan berdehem. Tapi selalunya bau asap rokok dia dibawa angin dahulu sebelum dia sampai ke blok asrama. Lagi satu, kalau budak asrama curi keluar malam, kalau dia ronda dan jumpa di Restoran Tawakal tengah makan dia buat selamba lalu dari depan ke belakang melintasi meja bawah tangga favorite kami di pintu koboi belakang restoran tanpa sepatah kata. Selalunya dia tak ambil tindakan kalau makan. Tapi kalau buat jahat hisap rokok ke siap le kena rotan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan juga semua guru-guru yang sudah kembali ke Rahmatullah. Kepada yang masih hidup, terima kasih tak terhingga atas jasa cikgu-cikgu mendidik kami tanpa jemu.
Sambil melawat tu sempat juga kami mengambil gambar untuk kenangan. Gambar-gambar tersebut ada saya poskan di laman FB Kumpulan Bekas Pelajar SMK Iskandar Shah Parit.. sila KLIK di sini untuk melihatnya.
Mohar Zainal Abidin
1969-1971, 1975-1979 (5Sc1)
Prefer the school to be whitewashed or in more subtle matching color tones
ReplyDeleteSlm ziarah, teruskan usaha blogging utk sekolah kita
ReplyDeleteRespect and I have a swell proposal: How Much Renovate House house renovation quotation
ReplyDelete