Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Saturday, July 2, 2016

LOGO BARU ISKANDARIAN

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Eksekutif ISKANDARIAN baru-baru ini telah meluluskan satu logo baru untuk digunapakai oleh Persatuan.  Berikut adalah logo tersebut dan juga syit penerangan konsep dan maksud logo untuk makluman semua ahli-ahli dan bekas pelajar dan kakitangan Iskandar Shah.





Tuesday, February 3, 2015

JEMPUTAN KE MALAM MEGA REUNION ISKANDARIAN 2015

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Mega Reunion ISKANDARIAN 2015 is now official!  Berikut adalah salinan surat makluman dan jemputan ke acara tersebut.  Ahli-ahli berdaftar serta bekas pelajar yang ada di dalam database Persatuan akan menerima satu salinan surat jemputan ini melalui pos dalam beberapa hari ini.  Saudara dan saudari boleh juga memuat turun salinan surat dan borang tempahan meja/tiket individu dan tempahan iklan buku program majis dengan menekan pautan yang tertera di bawah.

Pada malam Mega Reunion itu para hadirin akan dijamu dengan 8-course Halal Chinese Dinner, persembahan muzik dan nyanyian oleh kumpulan kugiran dan juga artis jemputan serta berpeluang memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah yang menarik. Harga meja biasa ialah RM1000 (RM100/ticket) dan meja-meja premium adalah RM1,500, RM2,000 dan RM3,500 semeja.

Harapan kami ialah supaya rakan-rakan bekas pelajar Iskandar Shah Parit dapat beramai-ramai memberi sokongan dan membantu menjayakan majlis ini. Semoga perjumpaan kali ini dapat menyatukan bekas pelajar daripada berbagai peringkat dan tahun dan dari setiap pelusuk negara.  Tahun ini kami berharap dapat bertemu semula dengan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak yang pernah suatu masa dulu sama-sama duduk sebumbung dengan rakan-rakan di Semenanjung belajar di Iskandar Shah, Parit. 

Untuk menjayakan majlis ini kami memerlukan pertolongan saudara/saudari.  Saudari/saudari boleh membantu dengan cara berikut:
  • merancang untuk meluangkan masa hadir ke Mega Reunion kita ini.  21 Februari 2015 bukan lama sangat lagi. So, block that date in your calendar
  • berusaha berpakat dengan rakan-rakan satu batch untuk datang hadir beramai-ramai. Let's challenge each other.. batch mana yang paling ramai penyertaannya?!
  • menempah meja, terutamanya meja-meja premium, bersama-sama rakan sebatch dan bukan membuat tempahan individu. Ini dapat memastikan saudara/saudari duduk bersama-sama old classmates/buddies dan memudahkan urusan penganjur menyelaras tempat duduk
  • jika saudara/saudari menjalankan perniagaan, tempahlah ruang iklan dalam buku program yang akan diedarkan kepada para hadirin dan para penaja-penaja lain. 
  • memanjangkan jemputan ini kepada rakan-rakan saudara/saudari bekas pelajar atau kakitangan Iskandar Shah yang lain
Sumbangan anda samada dalam bentuk kewangan, idea atau tenaga sentiasa dihargai demi meneruskan kegiatan-kegiatan Persatuan dari tahun ke tahun.

Sebarang  pertanyaan dan tempahan boleh dibuat melalui:
En. Ismail Kamaruddin 012- 3835150
Tuan Hj. Ishak Yahaya 019-5296449,
En. Mohar Zainal Abidin 012-2719566
En. Ruslan Zainal Abidin  019-2778688
En. Nurul Azman Abu Bakar 019-5723445.

Sekian, terima kasih.  See you at the Mega Reunion ISKANDARIAN 2015 at Amanjaya Convention , Casuarina@Meru, Ipoh!

Salam hormat,
Hj Zainuddin Ahmad
Pengerusi, Jawatankuasa Pengelola Mega Reunion ISKANDARIAN 2015


TEKAN UNTUK CETAK BORANG


'

Tekan Untuk Cetak Peta


Sunday, December 7, 2014

HOT NEWS!! MEGA REUNION ISKANDARIAN 2015

Assalam and Greetings All.
 
It has been a while since our last big gathering.  So, here it is.. first hand info on what is probably the most ambitious and biggest gathering of all. 
 
Yes! a MEGA REUNION of ISKANDARIANs.  We want to bring you together under one roof at the best venue in town to enjoy and relive old memories with your school mates. We hope to fill the Amanjaya Convention Centre (max capacity 1500 pax)....that will be the greatest manifestation of the burning unified spirit of camaraderie of old Iskandar Shah Parit old boys and girls.   So, block that calendar of yours now for ...



More information on this event soon.

In the meantime, we the Organizing Committee need your help to get things ready for the big nite.  We want you to gather your batch (class of x year) members and send a representative to contact us to discuss how we can make this event a success.  Year Representatives, please contact Mohar at 012-2719566 (call/sms/whatapp) or email moharza@gmail.com immediately.

Sunday, November 30, 2014

KEMBALINYA KE RAHMATULLAH MANTAN PRESIDEN DAN PENASIHAT ISKANDARIAN TUAN HJ AHMAD ZAHARI BIN BASRI

Innalilla hiwainna ilaihirojiun. Dengan rasa sedihnya dimaklumkan bahawa Tuan Hj Ahmad Zahari Bin Basri, Mantan Presiden (1986-2009) dan Penasihat Iskandarian telah kembali ke Rahmatullah pada jam 6.30 petang 30 November 2014 di Hospital Putrajaya. Presiden  dan AJK Iskandarian mewakili semua ahli Iskandarian dan warga Iskandar Shah mengucapkan takziah kepada isteri dan ahli keluarga beliau di atas pemergian orang yang tersayang. Semoga tabah menghadapinya. Iskandarian pastinya kehilangan seorang tokoh ulung yang telah memimpin dan sejak sekian lamanya mendokong semangat kecintaan dan kesatuan para bekas pelajar Iskandar Shah Parit. Semoga roh beliau dirahmati Allah SWT dan mendapat tempat di kalangan para solihin. Al Fatihah.

Friday, July 19, 2013

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2013

Jawatankuasa Eksekutif ISKANDARIAN telah menetapkan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan seperti berikut:

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 22
Tarikh:  27 Julai 2013
Waktu:  4.45 petang
Tempat: Bilik Gerakan, SMK Iskandar Shah, Parit

Semua ahli-ahli berdaftar dijemput hadir untuk melaksanakan tanggungjawab memilih Jawatankuasa Eksekutif yang baru bagi tempoh 2013/2015 dan lain-lain urusan Persatuan. Mesyuarat akan disusuli dengan majlis berbuka puasa dengan anak-anak penghuni Bait al Amin, Kg Tengah, Parit. Notis rasmi telah diedarkan kepada ahli-ahli.

ATURCARA

4.45 ptg: Ketibaan Para Ahli Iskandarian
Pendaftaran
5.00 ptg: Majlis dimulakan
Doa Selamat
Ucapan Aluan oleh Presiden Iskandarian
Ucapan Perasmian Pembukaan oleh YB Drs Mohd Nizar Bin Zakaria
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak/ADUN Blanja
5.30 ptg: Mesyuarat Agung Tahunan Ke 22 Bermula
6.30 ptg: Mesyuarat Agung Tahunan Ke 22 Tamat
7.00 mlm: Majlis Berbuka Puasa Serta Pemberian Baju dan Duit Raya Bersama Anak-anak Yatim Bait Al-Amin, Parit







Wednesday, July 3, 2013

PERLEMBAGAAN PERSATUAN DALAM BAHASA MALAYSIA TELAH TERBIT

Jawatankuasa Eksekutif ISKANDARIAN Sessi 2011/2013 dengan sukacitanya mengumumkan bahawa perlembagaan Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit yang asalnya di dalam Bahasa Inggeris telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia untuk kegunaan ahli-ahli.  Sila klik "Lihat Perlembagaan"  atau tekan butang di bawah untuk memuat-turun dokumen tersebut.


Semoga dengan adanya versi Bahasa Malaysia ini dapat memenuhi permintaan sebahagian ahli-ahli dan dapat menjelaskan lagi matlamat dan peraturan-peraturan yang menjadi panduan persatuan.

Tuesday, August 9, 2011

MAJLIS MESRA RAYA ISKANDARIAN SEMPENA AIDIL-FITRI 2011

Presiden & Ahli Jawatankuasa ISKANDARIAN menjemput semua ahli-ahli ISKANDARIAN dan bekas penuntut, guru-guru & kakitangan Iskandar Shah ke:


MAJLIS MESRA RAYA ISKANDARIAN
SEMPENA AIDIL-FITRI 2011

TEMPAT:   DEWAN MDPT, PARIT
TARIKH:   KHAMIS, 1 SEPTEMBER 2011
MASA:       MULA 11.00  PAGI HINGGA 5.00 PETANG

ATURCARA MAJLIS

11.00 pagi
Ketibaan dan Pendaftaran Tetamu

Kata-kata aluan oleh Jurumajlis

Bacaan Doa

Ucapan aluan Pengerusi Penganjur

Ucapan Presiden

Menjamu Selera

Cabutan Bertuah

Bergambar kumpulan
Hiburan
5.00 petang
Bersurai

Ahli Jawatankuasa Penganjur
Dato’ Azhar Abu Bakar
Mohar Zainal Abidin
Hj Ishak Yahya
Wan Shamsul Kamar
Jamaaddin Kamaluddin
Nur Hurairah Taha
Ruslan Zainal Abidin
Mohd Isa Mohd Jamil


Myspace Blinking Comments - http://www.blinktextmaker.com

rate my photos

Sunday, July 24, 2011

SENARAI JAWATANKUASA PENTADBIR ISKANDARIAN 2011/2013

Berikut adalah senarai penuh barisan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN bagi sessi 2011/2013 yang dipilih semasa Mesyuarat Agung Tahunan ISKANDARIAN Kali Ke-20 yang diadakan pada 30 April 2011 di Rumah Rehat Cempakasari, Parit dan juga ahli-ahli telah dilantik semasa mesyuarat Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN yang bersidang pada 29 Mei 2011:

Penaung -Tan Sri Dato' Seri Hj Abdul Aziz Bin Shamsuddin
Penasihat/Mantan - Presiden Tuan Hj Ahmad Zahari Bin Basri
Penasihat/Pengetua SMK Iskandar Shah - Tuan Hj Hussain Bin Puteh
Penasihat/Guru Besar, SRK Iskandar Shah - Encik Hamdan Mohd Noh

Jawatankuasa
1. Presiden - Dato’ Ir. Hj. Azizuddin Bin Meor Hamzah
2. Timbalan Presiden/Pengerusi J/Kuasa Khas Rumah Kelab ISKANDARIAN - Dato’ Zainal Karib Bin Abd Rahim
3. Naib Presiden/Pengerusi, Biro Keahlian & Publisiti - Encik Mohar Bin Zainal Abidin
4. Naib Presiden/Pengerusi, Biro Pelajaran - Encik Mokhtar Bin Mat Dris
5. Bendahari - Tuan Hj Ishak Bin Yahya
6. Setiausaha - Encik Mohd Isa Bin Mohd Jamil
7. Penolong Setiausaha - Encik Muhamad Nor bin Kartor
8. Pengerusi, Biro Kebajikan & Sosial - Dato' Azhar bin Abu Bakar
9.  Pengerusi, Biro Kewangan & Ekonomi - Encik Ismail Bin Kamaruddin
10. Pengerusi, Biro Sukan & Rekreasi - Kolonel Sofian Bin Kamaruddin
11. Pengerusi, Biro Wanita - Puan Wan Shamsul Kamar Bt Wan Mahmud
12. AJK - Cik Nor Hurairah Bt Taha
13. AJK - Encik Ruslan Bin Zainal Abidin
14. AJK - Encik Jamaadin Bin Kamaluddin
15. AJK - Puan Salmi Nazlina Mohd Salim
16. AJK - Encik Mior Hazrin Bin Mior Hamzah
17. AJK - Puan Ruslina Bt Ali Johor
18. Juruodit - Puan Noor Asma Bt Yusof
19. Juruodit - Tuan Hj Ahmad Bakri Bin Abdul Ghaffar



Sidang pengarang blog berharap dengan adanya gabungan orang lama dan yang baru dapat meneruskan usaha-usaha penambahbaikan kegiatan-kegiatan persatuan ke tahap yang lebih baik untuk manfaat khususnya bagi ahli-ahli persatuan dan warga Iskandar Shah amnya. Tahniah dan semoga berusaha dengan jaya!

Sila lihat "sidebar" kiri blog untuk maklumat perhubungan AJK.

Tuesday, August 24, 2010

MAJLIS RUMAH TERBUKA ISKANDARIAN (TERKINI)

Mohd Isa Mohd Jamil August 25 at 2:09pm

Satu Majlis Rumah Terbuka ISKANDARIAN sempena Hari Raya Eid il-Fitri 1431H akan diadakan pada Hair Raya Ke3 spt berikut:


Tarikh: Hari Raya ke3 (Jangkaan Ahad, 12/09/10)
Masa: 12.00 tengahari hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan MDPT Perak Tengah, Jalan Nordin, Parit

Hubungi AJK untuk maklumat lanjut:
Dato’ Zainal Karib 012-2987920
Pn. Wan Shamsul Kamar 016-2128187
En. Ruslan Zainal Abidin 019-2778688
Tuan Hj. Ishak Yahaya 019-5296449
En. Jamaaddin Kamaluddin 012-5161464
En. Mohar Zainal Abidin 012-2719566
Pn. Rohana Hamzah 019-3852538
Mohd Isa Jamil 019-3235252

Untuk menampung perbelanjaan majlis, kita berkongsi membiayainya dengan sumbangan RM 20.00 seorang dewasa dan RM 10.00 kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Bayaran boleh dibuat pada hari tersebut atau masukkan ke akaun Maybank 562393 003550 atas nama BENJAMIL SERVICES  Jawatankuasa ISKANDARIAN memutuskan majlis ini diadakan PERCUMA untuk warga Iskandar Shah

Jawapan penyertaan melalui tel atau sms, sila nyatakan nama, bilangan orang yang akan hadir dan tahun Form/Tingkatan 5 atau bersamaan Tingkatan 5 supaya kita dapat daftar mengikut batch tahun begini. Anda boleh menjawap melalui Facebook ini tetapi mestilah menyatakan nama sebenar serta lain-lain butir yang diperlukan.


Mohd Isa Mohd Jamil
S/U ISKANDARIAN

Saturday, July 24, 2010

SEWA KERETA DAN SUMBANG KEPADA DANA PERSATUAN

Salam semua. Sebagai salah satu usaha menambah sumber dana Persatuan, kami telah mendaftar Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit dalam program affilate Hawk Rent A Car.  Melalui program ini Persatuan akan mendapat komisyen  bagi sewaan kereta yang dibuat secara online melalui link yang dipaparkan dipanel sebelah kiri laman blog kita.  Oleh itu sekiranya anda hendak menyewa kereta untuk kegunaan rasmi atau persendirian terutamanya menjelang musim-musim perayaan nanti, silalah menyewa secara online melalui link di blog kita ini. Have A Fun Ride Knowing You Have Contributed To A Good Cause!

Salam hormat,
Mohar

Monday, July 12, 2010

JEMPUTAN MAJLIS MAKAN MALAM ISKANDARIAN 2010

SEMUA WARGA ISKANDAR SHAH, PARIT
DIJEMPUT HADIR
__________________________________

PERSATUAN BEKAS PENUNTUT SEKOLAH
ISKANDAR SHAH, PARIT, PERAK D.R
(ISKANDARIAN)
(NO. PENDAFTARAN : 772)
ALAMAT SURAT-MENYURAT : NO. 7A, JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH F9/F, SEKSYEN 9, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR D.E.
TEL : 03-58910478/79/80 FAX : 03-58910481 E-MAIL : runding.dwi@gmail.com
__________________________________________________________________
Rujukan : IS/BKS/09-11(01)

Tarikh : 7hb. Julai 2010

Y Bhg.Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan

MAJLIS MAKAN MALAM ISKANDARIAN 2010

Dengan segala hormat dan takzimnya sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bekas Penuntut Iskandar Shah, Parit (ISKANDARIAN) sekali lagi akan menganjurkan majlis makan malam saperti berikut:

Tarikh:   Sabtu, 31hb Julai 2010
Masa:     jam 8.00 malam
Tempat: Dewan Seroja
                Kelab Golf Perkhidmatan Awam
                Bukit Kiara, Off Jalan Damansara, Kuala Lumpur. (KLIK DI SINI UNTUK PETA)

Majlis ini bertujuan untuk mempertemukan bekas-bekas penuntut dan merapatkan silaturahim di antara kita. Disamping itu, ia juga membuka ruang untuk bekas penuntut mendapatkan maklumat tentang kegiatan Persatuan dan menyalurkan sumbangan dan bakti terhadap sekolah yang telah membentuk sahsiah diri kita.

Saya bagi pihak jawatankuasa penganjur dengan segala hormatnya memohon jasa baik Y Bhg. Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan sudi kiranya bersama-sama menjayakan majlis makan malam ini nanti.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat melalui:-

Dato’ Zainal Karib Abdul Rahim 012-2987920    Dato’ Azhar Abu Bakar 013-3374266
Puan Wan Shamsul Kamar 016-2128187                 En. Ruslan Zainal Abidin 019-2778688
Tuan Hj. Ishak Yahaya 019 5296449                        En. Jamaaddin Kamaluddin 012-5161464

Bersama-sama ini dilampirkan borang tempahan meja dan tempat duduk yang mesti dipulangkan kepada pihak penganjur selewat-lewatnya pada 26hb Julai 2010. (KLIK DI SINI UNTUK BORANG TEMPAHAN)

Kerjasama YBhg Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan menjayakan majlis makan malam ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Wasalam.

Yang benar
Mohd Isa bin Mohd Jamil
Setiausaha
ISKANDARIAN

Wednesday, April 7, 2010

AL-FATIHAH: TAKZIAH KEPADA DATO PRESIDEN ATAS PEMERGIAN KEKANDA BELIAU

Ahli Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN mengucapkan takziah kepada Dato Ir Hj Azizuddin Meor Hamzah, Presiden ISKANDARIAN seisi keluarga kerana pemergian kekanda beliau ke pangkuan Illahi awal malam tadi (Rabu, 7 April 2010).  Tuan Hj Anwar Meor Hamzah K.M.N., A.M.P., P.P.N., P.J.K., JP. , merupakan bekas Ketua Kampung Manjoi, Ipoh dan bergiat cergas dalam pertubuhan kebajikan seperti BAKIP dan rumah-rumah anak yatim.  Jenazah beliau akan dikebumikan esok di Kampung Manjoi. Marilah kita mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT.  Al-Fatihah

Wednesday, March 24, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM TUN HAMDAN 2010

PERSATUAN BEKAS PENUNTUT SEKOLAH ISKANDAR SHAH, PARIT, PERAK D.R.
(ISKANDARIAN)
(NO. PENDAFTARAN : 772)
ALAMAT SURAT-MENYURAT : NO. 7A, JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH F9/F, SEKSYEN 9, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR.
TEL : 03-58910478/79/80 FAX : 03-58910481 E-MAIL : runding.dwi@gmail.com

Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

MAJLIS MAKAN MALAM YAYASAN TUN HAMDAN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tun Hamdan, dengan kerjasama persatuan-persatuan bekas penuntut Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Ipoh, Sekolah Menengah Iskandar Shah Parit dan Sekolah Menengah Clifford Kuala Kangsar, akan mengadakan satu Majlis Makan Malam bagi meraikan bekas-bekas guru yang pernah bertugas sebagai guru bersama dengan Allahyarham Tun Hamdan Sheikh Tahir, Penaung pertama ISKANDARIAN, sekitar tahun 50an dan awal 60an. Mereka ini telah banyak berkorban tenaga, masa dan wang ringgit demi pembangunan pendidikan di Negeri Perak di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Hamdan.

Majlis ini juga bertujuan untuk mengumpul dana Yayasan bagi menyokong kemajuan serta kecemerlangan pendidikan termasuk pemberian biasiswa dan anugerah kecemerlangan kepada pelajar-pelajar miskin selaras dengan objektif penubuhan Yayasan. Wang yang dikumpulkan kelak akan disalurkan kepada kegiatan yang boleh dimanfaatkan oleh tiga (3) buah sekolah yang tersebut di atas seperti yang diamanatkan oleh Allahyarham Tun Hamdan. Sekolah-sekolah ini adalah tempat di mana Allahyarham Tun pernah berkhidmat sebagai Guru Besar dan Guru.

Sayugia dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Shah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun telah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: Ahad, 25 April 2010
Waktu: 7.45 malam
Tempat: Dewan Jubilee, Kelab Golf DiRaja Perak, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh
Pakaian: Batik Lengan Panjang (Lelaki) & Pakaian Sopan (Perempuan)

Sukacita dimaklumkan juga pihak Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN 2009-2011 telah memilih Encik Kartar Singh dan Tuan Hj Abdullah Rais sebagai penerima anugerah tokoh guru Iskandar Shah di majlis itu nanti. Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN dengan berbesar hati menjemput Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan serta seluruh warga ISKANDARIAN untuk turut sama meraikan penerima-penerima anugerah kita dan menjayakan majlis ini dengan menempah meja atau penyertaan perseorangan. Harga meja dan penyertaan perseorangan adalah seperti berikut:

Harga Meja Untuk 10 Orang : RM500, RM1,000 & RM2,000
Harga Penyertaan Perseorangan: RM50


Nota:

1. Bilangan meja adalah terhad. Sila tempah awal.
2. Selain tempahan meja, sumbangan derma terus kepada Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit bagi menambah dana Tabung Pelajaran persatuan amat dialu-alukan.

Oleh kerana dijangkakan majlis ini akan mendapat sambutan hangat dari bekas penuntut ketiga-tiga sekolah tersebut, Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan disarankan membuat tempahan awal. Sila hubungi Ahli Jawatankuasa yang berikut untuk membuat tempahan:

1. Encik Mohar Zainal Abidin, 012-3935917, mohar@iktibarmewah.com
2. Puan Wan Shamsul Kamar, 016-2128817, dawinaz@tm.net.my
3. Encik Mohd Isa Jamil, 019-3235252, myisakl@yahoo.com

Sokongan dan sumbangan Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

Salam Hormat,
PERSATUAN BEKAS PENUNTUT SEKOLAH ISKANDAR SHAH PARIT

Ditandatangani
Dato’ Ir. Hj. Azizuddin Meor Hamzah
Presiden

S.k.:
1. Penaung – Y.Bhg Dato’ Seri Hj Abdul Aziz Shamsuddin
2. Penasihat-Penasihat:
        Tuan Hj Ahmad Zahari Bin Basri, Mantan Presiden ISKANDARIAN 1986-2009
        Encik Hussain Bin Puteh, Guru Besar SMK Iskandar Shah, Parit
        Encik Hamdan Mohd Noh, Guru Besar, SK Iskandar Shah, Parit
3. Ahli-Ahli Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN

Saturday, February 27, 2010

TEMASYA SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK ISKANDAR SHAH, PARIT KALI KE59

Sukacita dimaklumkan bahawa Temasya Sukan Olahraga Tahunan SMK Iskandar Shah, Parit akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 6 Mac 2010 (Sabtu)

Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Padang MDPT Parit
Perasmi: YB.Dato' Haji Zaim b. Abu Hassan (ADUN Blanja)
Penutupan Rasmi: YB Drs Nizar bin Zakaria (Ahli Parlimen Parit)

Pihak pentadbiran sekolah menjemput semua ISKANDARIAN hadir untuk memeriahkan lagi temasya tersebut

ISKANDARIAN mengucapkan semoga temasya ini berlangsung dengan jayanya dengan semangat juang dan kesukanan yang tinggi.

Tuesday, February 23, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PMR & STPM, CERAMAH MOTIVASI DAN PERASMIAN PAPAN KENYATAAN ISKANDARIAN

Assalamulaikum dan Salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan ISKANDARIAN dengan kerjasama SMK Iskandar Shah, Parit akan mengadakan majlis seperti berikut:

Aturcara:
  1. Ceramah Motivasi oleh Profesor Dr. Mohd Khanif Yusof, Profesor Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (klik untuk profile) di Gelanggang Perhimpunan, SMKIS
  2. Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Pelajar PMR & STPM oleh Penaung ISKANDARIAN, Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin di Gelanggang Perhimpunan, SMKIS
  3. Perasmian Papan Kenyataan ISKANDARIAN di ruang legar Blok Utama SMKIS.
Tarikh: Isnin, 1 Mac 2010

Waktu: Bermula jam 8 pagi mengikut susunatur acara.

Warga Iskandar Shah dijemput bersama-sama AJK ISKANDARIAN untuk memeriahkan lagi majlis tersebut di atas bagi menyemarakkan lagi semangat anak-anak dan adik-adik kita di SMK Iskandar Shah.

Terima kasih.

Hormat dari saya,
Hj Ishak Yahya
Pengerusi, Biro Pelajaran ISKANDARIAN
019-5296449

Saturday, November 21, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM & STPM

AJK dan ahli-ahli ISKANDARIAN mengucapkan selamat menduduki peperiksaan STPM dan SPM kepada penuntut-penuntut Tingkatan 6 Atas dan Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah.  Semoga anda memduduki peperiksaan dengan tenang dan yakin dan beroleh keputusan yang cemerlang nanti.  Sedikit nasihat..pastikan anda menjaga pemakanan dan dapatkan rehat (tidur) yang cukup sepanjang musim peperiksaan ini supaya badan sentiasa bertenaga dan cergas.  Doa kami bersama anda semua..SEMOGA BERJAYA!

Sunday, November 15, 2009

Usaha Mengumpul Buku-Buku Tahunan Sekolah

ISKANDARIAN mendapati bahawa koleksi buku-buku tahunan/majalah sekolah yang disimpan di Pusat Sumber SMK Iskandar Shah adalah tidak lengkap.  Oleh kerana buku tahunan adalah merupakan rekod sekolah dan menjadi sumber penting sejarah alma mater yang kita sayangi, maka Biro Keahlian & Publisiti, ISKANDARIAN sedang berusaha untuk mengumpulkan buku-buku tahunan daripada ahli-ahli dan bekas penuntut sekolah kita. 

Dengan itu kami menyeru kepada semua bekas penuntut sekolah Iskandar Shah, daripada lepasan tahun 1949 hingga sekarang (iaitu dari zaman Government English School, Iskandar Shah School hingga kini) supaya dapat meminjamkan buku tahunan yang masih ada dalam simpanan untuk kami salin.  Jika anda berhajat untuk mendermakan buku-buku tahunan yang ada dalam simpanan anda, kami akan berusaha untuk menempatkanya salinan asal di Pusat Sumber sekolah. 

Apa yang anda perlu buat ialah memaklumkan kepada kami melalui "Hubungi Kami" atau menghantar sms kepada Mohar 012-3935917 [sila hantar (1) nama anda (2) tahun buku tahunan yang ada], atau e-mel kepada mailto:moharza@streamyx.com, atau menulis kepada Biro Keahlian & Publisiti, d/a 31, Jalan TR2/3, Tropicana Golf & Country Resort, 47410 Petaling Jaya dan beritahu kami buku-buku tahunan tahun mana yang ada dalam simpanan anda.  Kami akan menghubungi anda kemudian sekiranya kami memerlukan buku tahunan yang ada pada anda. 

Kami harap usaha ini dapat sokongan padu dari semua warga Iskandar Shah.  Terima kasih.

Pengerusi, Biro Keahlian & Publisiti 2009-2011