Sunday, November 30, 2014
KEMBALINYA KE RAHMATULLAH MANTAN PRESIDEN DAN PENASIHAT ISKANDARIAN TUAN HJ AHMAD ZAHARI BIN BASRI
Innalilla hiwainna ilaihirojiun. Dengan rasa sedihnya dimaklumkan bahawa Tuan Hj Ahmad Zahari Bin Basri, Mantan Presiden (1986-2009) dan Penasihat Iskandarian telah kembali ke Rahmatullah pada jam 6.30 petang 30 November 2014 di Hospital Putrajaya. Presiden dan AJK Iskandarian mewakili semua ahli Iskandarian dan warga Iskandar Shah mengucapkan takziah kepada isteri dan ahli keluarga beliau di atas pemergian orang yang tersayang. Semoga tabah menghadapinya. Iskandarian pastinya kehilangan seorang tokoh ulung yang telah memimpin dan sejak sekian lamanya mendokong semangat kecintaan dan kesatuan para bekas pelajar Iskandar Shah Parit. Semoga roh beliau dirahmati Allah SWT dan mendapat tempat di kalangan para solihin. Al Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment