Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts
Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts

Sunday, November 30, 2014

KEMBALINYA KE RAHMATULLAH MANTAN PRESIDEN DAN PENASIHAT ISKANDARIAN TUAN HJ AHMAD ZAHARI BIN BASRI

Innalilla hiwainna ilaihirojiun. Dengan rasa sedihnya dimaklumkan bahawa Tuan Hj Ahmad Zahari Bin Basri, Mantan Presiden (1986-2009) dan Penasihat Iskandarian telah kembali ke Rahmatullah pada jam 6.30 petang 30 November 2014 di Hospital Putrajaya. Presiden  dan AJK Iskandarian mewakili semua ahli Iskandarian dan warga Iskandar Shah mengucapkan takziah kepada isteri dan ahli keluarga beliau di atas pemergian orang yang tersayang. Semoga tabah menghadapinya. Iskandarian pastinya kehilangan seorang tokoh ulung yang telah memimpin dan sejak sekian lamanya mendokong semangat kecintaan dan kesatuan para bekas pelajar Iskandar Shah Parit. Semoga roh beliau dirahmati Allah SWT dan mendapat tempat di kalangan para solihin. Al Fatihah.

Friday, September 17, 2010

AL-FATIHAH: HALIMATUN SAADIAH BT SHAHARUDDIN (FORM 5SC1, 1979)

ISKANDARIAN mengucapkan tazkiah kepada keluarga Halimatun Saadiah Bt Shaharuddin, bekas penuntut SMIS, kelas Form 5Sc1, 1979 atas pemergian beliau 7.50 pagi, 18 September 2010 tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan semoga ahli keluarga beliau terutama suami dan anak-anak tabah menghadapi ketentuan Allah ini.

Wednesday, April 7, 2010

AL-FATIHAH: TAKZIAH KEPADA DATO PRESIDEN ATAS PEMERGIAN KEKANDA BELIAU

Ahli Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN mengucapkan takziah kepada Dato Ir Hj Azizuddin Meor Hamzah, Presiden ISKANDARIAN seisi keluarga kerana pemergian kekanda beliau ke pangkuan Illahi awal malam tadi (Rabu, 7 April 2010).  Tuan Hj Anwar Meor Hamzah K.M.N., A.M.P., P.P.N., P.J.K., JP. , merupakan bekas Ketua Kampung Manjoi, Ipoh dan bergiat cergas dalam pertubuhan kebajikan seperti BAKIP dan rumah-rumah anak yatim.  Jenazah beliau akan dikebumikan esok di Kampung Manjoi. Marilah kita mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT.  Al-Fatihah

Saturday, February 27, 2010

AL-FATIHAH: PUAN ZAIDAH BT ISMAIL (AHLI No. 273) KEMBALI 17/11/2009

Jawatankuasa ISKANDARIAN baru dimaklumkan bahawa Puan Zaidah bt Ismail, bekas penuntut tahun 1973 yang merupakan ahli no. 273 telah kembali keRahmatullah pada tanggal 17 November 2009.  Kami merakamkan takziah kepada keluarga beliau dan mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah SWT. (Gambar: Zaidah & anak lelaki beliau)

Monday, December 28, 2009

Takziah Kepada Tuan Hj Mohd Fauzy Hj Abdul Halim Atas Pemergian Isteri Tersayang

Pagi tadi kami menerima berita bahawa Puan Mashitah, isteri kepada ahli ISKANDARIAN,Tuan Hj Mohd Fauzy Abdul Halim (Ahli Seumur Hidup No. 7), telah kembali ke rahmatullah di Shah Alam.  AJK ISKANDARIAN dan warga ISKANDARIAN yang lain mengucapkan takziah kepada Tuan Hj Mohd Fauzy, yang merupakan bekas AJK dan penyokong kuat persatuan, atas pemergian isteri tersayang beliau.  Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah..semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat.

Kemaskini: Pada 24 Januari 2010, ISKANDARIAN telah menganjurkan majlis doa dan tahlil bagi arwah Allahyarhamah Hjh Mashitah dan Allahyarham Pak Meor Ahmad (terkenal dengan Pak Meor Green Transport yang juga kembali kerahmatullah pada bulan Disember 2009) di rumah Tuan Hj Fauzy dihadiri oleh Penaung ISKANDARIAN, Dato Seri Abdul Aziz Shamsuddin dan Datin Seri, Dato' Presiden & Isteri, AJK dan juga ahli-ahli ISKANDARIAN yang berada sekitar Shah Alam.  Anakanda Pak Meor, Puan Adilah turut serta mewakili keluarga beliau. Tuan Hj Fauzy dan Puan Adilah mengucapkan ribuan terima kasih di atas ingatan dan doa hadirin kepada arwah ahli keluarga masing-masing.  Semoga roh mereka di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.

Friday, November 27, 2009

Al-Fatihah - Zaleha Bt Shaari (Form 5Sc2, 1979)

Petang kelmarin, 26 November 2009, kami mendapat berita bahawa seorang bekas penuntut SMIS, Zaleha Bt Shaari (dikenali juga sebagai Intan), kelas 5Sc2, 1979 kembali kerahmatullah di Hospital Selayang, Kuala Lumpur.  Jenazah beliau telah dikebumikan di Parit.  Marilah kita bersama-sama sedekahkan fatihah kepada roh Allahyarhamah dan kepada keluarganya ucapan takziah diucapkan. Innalillah.