Ahli Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN mengucapkan takziah kepada Dato Ir Hj Azizuddin Meor Hamzah, Presiden ISKANDARIAN seisi keluarga kerana pemergian kekanda beliau ke pangkuan Illahi awal malam tadi (Rabu, 7 April 2010). Tuan Hj Anwar Meor Hamzah K.M.N., A.M.P., P.P.N., P.J.K., JP. , merupakan bekas Ketua Kampung Manjoi, Ipoh dan bergiat cergas dalam pertubuhan kebajikan seperti BAKIP dan rumah-rumah anak yatim. Jenazah beliau akan dikebumikan esok di Kampung Manjoi. Marilah kita mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment