Showing posts with label Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Show all posts

Thursday, April 6, 2023

JEMPUTAN KE MAJLIS MESRA AIDILFITRI 2023

 

Assalamualaikum & salam sejahtera

Majlis Mesra Aidilfitri Iskandarian 2023

Dengan penuh takzimnya, Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah (Iskandarian) menjemput semua alumni untuk hadir ke Majlis Mesra Aidilfitri seperti ketetapan berikut:

Tarikh_           :           24 April 2023 (lsnin)

Masa               :           10 pagi hingga 2 petang

Tempat           :           Dewan Serbaguna, SMK Iskandar Shah, Parit

 

Pelbagai juadah hebat seperti kambing bakar, rendang, lemang, ketupat dan bihun sup menanti anda. Bagí yang berhajat untuk membawa juadah, Iskandarian sangat mengalu-alukannya.

Jangan lepaskan peluang untuk hadir dengan rakan-rakan sekolah dan ahli keluarga bagi memeríahkan majlis sambil mengeratkan ukhuwah antara kita.

 

MAJLIS DIRAI, UKHUWAH DIPATERI, KENANGAN DIABADI

Sunday, June 10, 2018

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI ISKANDARIAN 2018


YB Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Menjelang munculnya 1 Syawal 1439H, Saya & barisan Jawatankuasa Pentadbir Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit (ISKANDARIAN) sesi 2017/2019 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli-ahli ISKANDARIAN, bekas penuntut, guru-guru serta kakitangaan SMK dan SK Iskandar Shah, Parit yang beragama Islam dan selamat bercuti kepada yang lain.  Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadhan yang bakal berakhir diberkati Allah SWT.

Sukacita juga saya memaklumkan dan menjemput YB Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan ke Majlis Sambutan Aidilfitri 1439H/2018M di Dewan Serbaguna SMK Iskandar Shah, Parit yang akan diadakan pada 3 Syawal 1439H bersamaan hari Ahad, 17 Jun 2018 dari jam 10 pagi hingga 2 petang.


  
Majlis sambutan tahunan ini adalah salah satu usaha Persatuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara rakan-rakan sepersekolahan yang sebaya dan juga dari berbagai “batch” serta guru-guru dan kakitangan Iskandar Shah. Kehadiran YB Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan sekelian amat dialu-alukan dan pastinya menyerikan lagi majlis itu nanti.


Saya bagi pihak seluruh Jawatankuasa Pentadbir Iskandarian memohon ribuan ampun dan maaf jika ada salah dan silap serta apa-apa kekurangan di dalam pentadbiran urusan persatuan kita
 
Selamat Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
DATUK ISMAIL HJ KAMARUDDIN
Presiden ISKANDARIAN

Sunday, June 26, 2016

Warkah Daripada Dato' Presiden Sempena Aidilfitri 1437H/2016M


 
25 Jun 2016

YB Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Menjelang munculnya 1 Syawal 1437H, Jawatankuasa Pentadbir Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit (ISKANDARIAN) sessi 2015/2017 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli-ahli ISKANDARIAN, bekas pelajar & guru-guru yang beragama Islam dan selamat bercuti kepada yang lain.  Semoga segala amalan sepanjang Ramadhan yang bakal berakhir diberkati Allah SWT.

Saya dengan rasa syukur Alhamdulillah ingin memaklumkan bahawa baru-baru ini ISKANDARIAN telah menganjurkan secara sendiri atau dengan kerjasama pihak lain berberapa majlis serta  menyumbang kepada aktiviti-aktiviti seperti berikut:

  1. Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Iskandar Shah yang diadakan pada 21 April 2016 di Dewan Serbaguna SMK Iskandar Shah.
  2. Majlis Berbuka Puasa dengan Pelajar Maahad Tahfiz Kg Chopin Kanan pada 11 Jun 2016.
  3. Majlis Penyampaian Biasiswa & Zakat Yayasan Tun Hamdan kepada Pelajar-Pelajar dan Anak-Anak Yatim yang diadakan di SM Tuanku Abdul Rahman, Ipoh pada 15 Jun 2016.
  4. Program Wakaf Telekung bagi kegunaan pelajar & penghuni asrama SMK Iskandar Shah dari 26 Mei 2016 hingga 20 Jun 2016.
  5. Majlis Berbuka Puasa serta penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada Penghuni Bait Al-Amin, Parit pada malam 25 Jun 2016.
  6. Kempen Ahli Seumur Hidup ISKANDARIAN daripada 1 Jun 2016 hingga 30 November 2016 sedang berjalan. Maklumat dilampirkan di sini.
Sukacita juga saya memaklumkan dan menjemput YB Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan ke Majlis Sambutan Aidilfitri 1437H/2016M di Dewan Serbaguna SMK Iskandar Shah, Parit yang akan diadakan pada hari Sabtu, 9 Julai 2016 dari jam 10 pagi hingga 2 petang. Kehadiran semua amat dialu-alukan.

Sebagai mengakhiri, saya bagi pihak seluruh Jawatankuasa Pentadbir Iskandarian memohon ribuan ampun dan maaf jika ada salah dan silap serta apa-apa kekurangan di dalam pentadbiran urusan persatuan kita.  Kepada yang memandu pulang berhari raya, pastikan kenderaan berada di dalam keadaan baik dan selamat dan sentiasalah berhati-hati di jalanraya.
 
Selamat Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin

 
DATO IR HJ AZIZUDDIN BIN MEOR HAMZAH
Presiden ISKANDARIAN