Showing posts with label Program ISKANDARIAN. Show all posts
Showing posts with label Program ISKANDARIAN. Show all posts

Friday, November 18, 2016

MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL & DOA SELAMAT SEMPENA 30 TAHUN ISKANDARIAN

ISKANDARIAN akan mengadakan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat sempena 30 tahun penubuhan Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit (ISKANDARIAN). Semua ahli-ahli, bekas pelajar, warga Iskandar Shah dan Parit dijemput hadir bersama-sama di majlis tersebut yang akan diadakan pada Khamis, 24 November 2016 selepas Maghrib di Masjid Radiathul Mardiah, Pekan Parit, Perak.

Sunday, June 26, 2016

Warkah Daripada Dato' Presiden Sempena Aidilfitri 1437H/2016M


 
25 Jun 2016

YB Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Menjelang munculnya 1 Syawal 1437H, Jawatankuasa Pentadbir Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit (ISKANDARIAN) sessi 2015/2017 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli-ahli ISKANDARIAN, bekas pelajar & guru-guru yang beragama Islam dan selamat bercuti kepada yang lain.  Semoga segala amalan sepanjang Ramadhan yang bakal berakhir diberkati Allah SWT.

Saya dengan rasa syukur Alhamdulillah ingin memaklumkan bahawa baru-baru ini ISKANDARIAN telah menganjurkan secara sendiri atau dengan kerjasama pihak lain berberapa majlis serta  menyumbang kepada aktiviti-aktiviti seperti berikut:

  1. Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Iskandar Shah yang diadakan pada 21 April 2016 di Dewan Serbaguna SMK Iskandar Shah.
  2. Majlis Berbuka Puasa dengan Pelajar Maahad Tahfiz Kg Chopin Kanan pada 11 Jun 2016.
  3. Majlis Penyampaian Biasiswa & Zakat Yayasan Tun Hamdan kepada Pelajar-Pelajar dan Anak-Anak Yatim yang diadakan di SM Tuanku Abdul Rahman, Ipoh pada 15 Jun 2016.
  4. Program Wakaf Telekung bagi kegunaan pelajar & penghuni asrama SMK Iskandar Shah dari 26 Mei 2016 hingga 20 Jun 2016.
  5. Majlis Berbuka Puasa serta penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada Penghuni Bait Al-Amin, Parit pada malam 25 Jun 2016.
  6. Kempen Ahli Seumur Hidup ISKANDARIAN daripada 1 Jun 2016 hingga 30 November 2016 sedang berjalan. Maklumat dilampirkan di sini.
Sukacita juga saya memaklumkan dan menjemput YB Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan ke Majlis Sambutan Aidilfitri 1437H/2016M di Dewan Serbaguna SMK Iskandar Shah, Parit yang akan diadakan pada hari Sabtu, 9 Julai 2016 dari jam 10 pagi hingga 2 petang. Kehadiran semua amat dialu-alukan.

Sebagai mengakhiri, saya bagi pihak seluruh Jawatankuasa Pentadbir Iskandarian memohon ribuan ampun dan maaf jika ada salah dan silap serta apa-apa kekurangan di dalam pentadbiran urusan persatuan kita.  Kepada yang memandu pulang berhari raya, pastikan kenderaan berada di dalam keadaan baik dan selamat dan sentiasalah berhati-hati di jalanraya.
 
Selamat Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin

 
DATO IR HJ AZIZUDDIN BIN MEOR HAMZAH
Presiden ISKANDARIAN





Thursday, May 26, 2016

PROGRAM WAKAF TELEKUNG (26 Mei 2016 hingga 20 Jun 2016)




Program Wakaf Telekung ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para Ahli ISKANDARIAN, bekas pelajar dan guru-guru serta orang awam merwakafkan telekung kepada surau sekolah yang diperlukan oleh pelajar-pelajar sekolah dan penghuni asrama SMK Iskandar Shah, Parit. InshaAllah, mana-mana wakaf yang diterima awal akan diserahkan kepada sekolah secara berperingkat supaya boleh dimanfaatkan dalam bulan Ramadhan ini. 

Untuk mewakaf atau keterangan lanjut sila hubungi Biro Wanita ISKANDARIAN
Cik Nor Hurairah (Putrajaya) 016-561 5113
Puan Ruslina (Taiping) 012-511 0770 
Cik Nurul Izzah (Parit) 019-472 4260

Friday, July 19, 2013

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2013

Jawatankuasa Eksekutif ISKANDARIAN telah menetapkan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan seperti berikut:

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 22
Tarikh:  27 Julai 2013
Waktu:  4.45 petang
Tempat: Bilik Gerakan, SMK Iskandar Shah, Parit

Semua ahli-ahli berdaftar dijemput hadir untuk melaksanakan tanggungjawab memilih Jawatankuasa Eksekutif yang baru bagi tempoh 2013/2015 dan lain-lain urusan Persatuan. Mesyuarat akan disusuli dengan majlis berbuka puasa dengan anak-anak penghuni Bait al Amin, Kg Tengah, Parit. Notis rasmi telah diedarkan kepada ahli-ahli.

ATURCARA

4.45 ptg: Ketibaan Para Ahli Iskandarian
Pendaftaran
5.00 ptg: Majlis dimulakan
Doa Selamat
Ucapan Aluan oleh Presiden Iskandarian
Ucapan Perasmian Pembukaan oleh YB Drs Mohd Nizar Bin Zakaria
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak/ADUN Blanja
5.30 ptg: Mesyuarat Agung Tahunan Ke 22 Bermula
6.30 ptg: Mesyuarat Agung Tahunan Ke 22 Tamat
7.00 mlm: Majlis Berbuka Puasa Serta Pemberian Baju dan Duit Raya Bersama Anak-anak Yatim Bait Al-Amin, Parit







Saturday, July 24, 2010

SEWA KERETA DAN SUMBANG KEPADA DANA PERSATUAN

Salam semua. Sebagai salah satu usaha menambah sumber dana Persatuan, kami telah mendaftar Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit dalam program affilate Hawk Rent A Car.  Melalui program ini Persatuan akan mendapat komisyen  bagi sewaan kereta yang dibuat secara online melalui link yang dipaparkan dipanel sebelah kiri laman blog kita.  Oleh itu sekiranya anda hendak menyewa kereta untuk kegunaan rasmi atau persendirian terutamanya menjelang musim-musim perayaan nanti, silalah menyewa secara online melalui link di blog kita ini. Have A Fun Ride Knowing You Have Contributed To A Good Cause!

Salam hormat,
Mohar

Monday, July 12, 2010

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE19

SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR.  BEKAS PELAJAR YANG BELUM AHLI DIALU-ALUKAN HADIR UNTUK MENGIKUTI PERKEMBANGAN PERSATUAN.
___________________________________________

PERSATUAN BEKAS PENUNTUT SEKOLAH
ISKANDAR SHAH, PARIT, PERAK D.R.
(ISKANDARIAN)
(NO. PENDAFTARAN : 772)
ALAMAT SURAT-MENYURAT : NO. 7A, JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH F9/F, SEKSYEN 9, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR D.E.
TEL : 03-58910478/79/80 FAX : 03-58910481 E-MAIL : runding.dwi@gmail.com
__________________________________________________________________
Rujukan: IS/MAT/09-11(01)

Tarikh : 1hb. Jul 2010

YBhg Tan Sri/Dato' Seri/Dato’/Tuan/Puan

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE19

Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit (ISKANDARIAN) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2010 saperti berikut:-

Hari/Tarikh : 31 Julai 2010 (SABTU)
Masa : 3.30 petang
Tempat : Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, Off Jalan Damansara, Kuala Lumpur

AGENDA
1. Ucapan Alu-aluan oleh Dato’ Presiden
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2009
3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan 2009
4. Membentang, menerima dan meluluskan Laporan Kewangan bagi tahun berakhir pada Disember 2009
5. Melantik dua (2) orang Juru Odit
6. Membentang dan membahaskan Usul-usul (jika ada)
7. Hal-hal lain

Jika ada usul-usul yang hendak dikemukakan, sila majukan secara bertulis pada atau sebelum 24 Julai 2010 kepada Setiausaha di No 7A, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F9/F, Seksyen 9, 40100 Shah Alam.

Dengan yang demikian, YBhg Tan Sri/Dato' Seri/Dato'/Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke mesyuarat ini dengan harapan tidak diuzurkan. Terima kasih.

MOHD ISA MOHD JAMIL
Setiausaha

JEMPUTAN MAJLIS MAKAN MALAM ISKANDARIAN 2010

SEMUA WARGA ISKANDAR SHAH, PARIT
DIJEMPUT HADIR
__________________________________

PERSATUAN BEKAS PENUNTUT SEKOLAH
ISKANDAR SHAH, PARIT, PERAK D.R
(ISKANDARIAN)
(NO. PENDAFTARAN : 772)
ALAMAT SURAT-MENYURAT : NO. 7A, JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH F9/F, SEKSYEN 9, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR D.E.
TEL : 03-58910478/79/80 FAX : 03-58910481 E-MAIL : runding.dwi@gmail.com
__________________________________________________________________
Rujukan : IS/BKS/09-11(01)

Tarikh : 7hb. Julai 2010

Y Bhg.Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan

MAJLIS MAKAN MALAM ISKANDARIAN 2010

Dengan segala hormat dan takzimnya sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bekas Penuntut Iskandar Shah, Parit (ISKANDARIAN) sekali lagi akan menganjurkan majlis makan malam saperti berikut:

Tarikh:   Sabtu, 31hb Julai 2010
Masa:     jam 8.00 malam
Tempat: Dewan Seroja
                Kelab Golf Perkhidmatan Awam
                Bukit Kiara, Off Jalan Damansara, Kuala Lumpur. (KLIK DI SINI UNTUK PETA)

Majlis ini bertujuan untuk mempertemukan bekas-bekas penuntut dan merapatkan silaturahim di antara kita. Disamping itu, ia juga membuka ruang untuk bekas penuntut mendapatkan maklumat tentang kegiatan Persatuan dan menyalurkan sumbangan dan bakti terhadap sekolah yang telah membentuk sahsiah diri kita.

Saya bagi pihak jawatankuasa penganjur dengan segala hormatnya memohon jasa baik Y Bhg. Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan sudi kiranya bersama-sama menjayakan majlis makan malam ini nanti.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat melalui:-

Dato’ Zainal Karib Abdul Rahim 012-2987920    Dato’ Azhar Abu Bakar 013-3374266
Puan Wan Shamsul Kamar 016-2128187                 En. Ruslan Zainal Abidin 019-2778688
Tuan Hj. Ishak Yahaya 019 5296449                        En. Jamaaddin Kamaluddin 012-5161464

Bersama-sama ini dilampirkan borang tempahan meja dan tempat duduk yang mesti dipulangkan kepada pihak penganjur selewat-lewatnya pada 26hb Julai 2010. (KLIK DI SINI UNTUK BORANG TEMPAHAN)

Kerjasama YBhg Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan menjayakan majlis makan malam ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Wasalam.

Yang benar
Mohd Isa bin Mohd Jamil
Setiausaha
ISKANDARIAN

Wednesday, March 24, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM TUN HAMDAN 2010

PERSATUAN BEKAS PENUNTUT SEKOLAH ISKANDAR SHAH, PARIT, PERAK D.R.
(ISKANDARIAN)
(NO. PENDAFTARAN : 772)
ALAMAT SURAT-MENYURAT : NO. 7A, JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH F9/F, SEKSYEN 9, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR.
TEL : 03-58910478/79/80 FAX : 03-58910481 E-MAIL : runding.dwi@gmail.com

Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

MAJLIS MAKAN MALAM YAYASAN TUN HAMDAN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tun Hamdan, dengan kerjasama persatuan-persatuan bekas penuntut Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Ipoh, Sekolah Menengah Iskandar Shah Parit dan Sekolah Menengah Clifford Kuala Kangsar, akan mengadakan satu Majlis Makan Malam bagi meraikan bekas-bekas guru yang pernah bertugas sebagai guru bersama dengan Allahyarham Tun Hamdan Sheikh Tahir, Penaung pertama ISKANDARIAN, sekitar tahun 50an dan awal 60an. Mereka ini telah banyak berkorban tenaga, masa dan wang ringgit demi pembangunan pendidikan di Negeri Perak di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Hamdan.

Majlis ini juga bertujuan untuk mengumpul dana Yayasan bagi menyokong kemajuan serta kecemerlangan pendidikan termasuk pemberian biasiswa dan anugerah kecemerlangan kepada pelajar-pelajar miskin selaras dengan objektif penubuhan Yayasan. Wang yang dikumpulkan kelak akan disalurkan kepada kegiatan yang boleh dimanfaatkan oleh tiga (3) buah sekolah yang tersebut di atas seperti yang diamanatkan oleh Allahyarham Tun Hamdan. Sekolah-sekolah ini adalah tempat di mana Allahyarham Tun pernah berkhidmat sebagai Guru Besar dan Guru.

Sayugia dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Shah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun telah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: Ahad, 25 April 2010
Waktu: 7.45 malam
Tempat: Dewan Jubilee, Kelab Golf DiRaja Perak, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh
Pakaian: Batik Lengan Panjang (Lelaki) & Pakaian Sopan (Perempuan)

Sukacita dimaklumkan juga pihak Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN 2009-2011 telah memilih Encik Kartar Singh dan Tuan Hj Abdullah Rais sebagai penerima anugerah tokoh guru Iskandar Shah di majlis itu nanti. Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN dengan berbesar hati menjemput Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan serta seluruh warga ISKANDARIAN untuk turut sama meraikan penerima-penerima anugerah kita dan menjayakan majlis ini dengan menempah meja atau penyertaan perseorangan. Harga meja dan penyertaan perseorangan adalah seperti berikut:

Harga Meja Untuk 10 Orang : RM500, RM1,000 & RM2,000
Harga Penyertaan Perseorangan: RM50


Nota:

1. Bilangan meja adalah terhad. Sila tempah awal.
2. Selain tempahan meja, sumbangan derma terus kepada Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit bagi menambah dana Tabung Pelajaran persatuan amat dialu-alukan.

Oleh kerana dijangkakan majlis ini akan mendapat sambutan hangat dari bekas penuntut ketiga-tiga sekolah tersebut, Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan disarankan membuat tempahan awal. Sila hubungi Ahli Jawatankuasa yang berikut untuk membuat tempahan:

1. Encik Mohar Zainal Abidin, 012-3935917, mohar@iktibarmewah.com
2. Puan Wan Shamsul Kamar, 016-2128817, dawinaz@tm.net.my
3. Encik Mohd Isa Jamil, 019-3235252, myisakl@yahoo.com

Sokongan dan sumbangan Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

Salam Hormat,
PERSATUAN BEKAS PENUNTUT SEKOLAH ISKANDAR SHAH PARIT

Ditandatangani
Dato’ Ir. Hj. Azizuddin Meor Hamzah
Presiden

S.k.:
1. Penaung – Y.Bhg Dato’ Seri Hj Abdul Aziz Shamsuddin
2. Penasihat-Penasihat:
        Tuan Hj Ahmad Zahari Bin Basri, Mantan Presiden ISKANDARIAN 1986-2009
        Encik Hussain Bin Puteh, Guru Besar SMK Iskandar Shah, Parit
        Encik Hamdan Mohd Noh, Guru Besar, SK Iskandar Shah, Parit
3. Ahli-Ahli Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN

Tuesday, February 23, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PMR & STPM, CERAMAH MOTIVASI DAN PERASMIAN PAPAN KENYATAAN ISKANDARIAN

Assalamulaikum dan Salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan ISKANDARIAN dengan kerjasama SMK Iskandar Shah, Parit akan mengadakan majlis seperti berikut:

Aturcara:
  1. Ceramah Motivasi oleh Profesor Dr. Mohd Khanif Yusof, Profesor Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (klik untuk profile) di Gelanggang Perhimpunan, SMKIS
  2. Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Pelajar PMR & STPM oleh Penaung ISKANDARIAN, Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin di Gelanggang Perhimpunan, SMKIS
  3. Perasmian Papan Kenyataan ISKANDARIAN di ruang legar Blok Utama SMKIS.
Tarikh: Isnin, 1 Mac 2010

Waktu: Bermula jam 8 pagi mengikut susunatur acara.

Warga Iskandar Shah dijemput bersama-sama AJK ISKANDARIAN untuk memeriahkan lagi majlis tersebut di atas bagi menyemarakkan lagi semangat anak-anak dan adik-adik kita di SMK Iskandar Shah.

Terima kasih.

Hormat dari saya,
Hj Ishak Yahya
Pengerusi, Biro Pelajaran ISKANDARIAN
019-5296449

Sunday, November 15, 2009

Majlis Malam ISKANDARIAN 2009, Heritage Hotel, Ipoh

Majlis Malam ISKANDARIAN telah diadakan pada 11 Julai 2009 di Ballroom, Heritage Hotel, Ipoh, Perak. Seramai hampir 200 orang ahli-ahli dan tetamu telah menghadiri majlis tersebut.  Pada malam tersebut telah diadakan penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang kepada penuntut-penuntut SMK Iskandar Shah yang berjaya di dalam peperiksaan STPM, SPM & PMR.  ISKANDARIAN juga telah melancar Tabung Pelajaran ISKANDARIAN pada malam itu dan hasil kutipan pada malam tersebut serta sumbangan penderma yang lain sebanyak RM15,000 telah diperuntukan untuk tabung tersebut.  Sebagai menghargai jasa Mantan Presiden, Tuan Hj Ahmad Zahari yang memikul tanggungjawab menerajui ISKANDARIAN selama 23 tahun, beliau telah dihadiahkan dengan satu blazer ISKANDARIAN yang ditempah khas dan sebuah cenderahati. Selain itu hadirin telah disajikan dengan lagu dan muzik dan juga hadiah-hadiah cabutan bertuah.




Untuk melihat gambar-gambar lain malam tersebut sila klik di sini.

AGM ISKANDARIAN 2009

Mesyuarat Agung Tahunan 2009 telah di adakan pada 11 Julai 2009 yang lalu di Heritage Hotel, Ipoh. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Penaung ISKANDARIAN, Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin. Pemilihan AJK Pentadbir dan Juruaudit Dalam bagi sessi 2009-2011 telah dijalankan. Tuan Hj Ahmad Zahari yang telah memikul tanggungjawab sebagai Presiden sejak penubuhan ISKANDARIAN pada tahun 1986 telah memilih untuk melepaskan teraju kepimpinan kepada Dato' Ir Hj Azizuddin Meor Hamzah. Pemilihan kali ini menyaksikan beberapa muka baru terutama wanita dilantik menjadi AJK. ISKANDARIAN mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato' Seri Aziz yang telah sudi merasmikan mesyuarat, jutaan terima kasih kepada Tuan Hj Ahmad Zahari atas jasa dan pengorbanan beliau selama menjadi Presiden dan tahniah kepada Dato' Ir Hj Azizuddin kerana sanggup memikul tanggungjawab untuk menerajui ISKANDARIAN.



Untuk melihat gambar-gambar lain semasa AGM sila klik di sini.

Iftar @ Bait Al-Amin, Kampung Tengah, Parit

Pada bulan Ramadhan yang lalu, ISKANDARIAN telah mengambil kesempatan menganjurkan majllis berbuka puasa dengan penghuni-penghuni rumah anak-anak yatim Bait Al-Amin di Kampung Tengah, Parit.  Di majlis tersebut selain dari berbuka puasa, berjemaah menunaikan solat maghrib, Dato Ir. Hj Azizuddin Meor Hamzah, Presiden ISKANDARIAN telah menyampaikan sumbangan sepasang baju raya dan duit raya kepada para penghuni Bait Al-Amin. Sumbangan yang diberi adalah merupakan derma ikhlas daripada beberapa warga ISKANDARIAN.  Turut hadir bersama-sama dengan AJK ISKANDARIAN adalah Tuan Hj Hussain Puteh, Pengetua SMKIS dan Tuan Hj Mohamed Idris Ismail, YDP PIBG SMKIS.  Seperti tahun 2008, acara ini adalah salah satu program amal ISKANDARIAN.