Thursday, April 6, 2023

JEMPUTAN KE MAJLIS MESRA AIDILFITRI 2023

 

Assalamualaikum & salam sejahtera

Majlis Mesra Aidilfitri Iskandarian 2023

Dengan penuh takzimnya, Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah (Iskandarian) menjemput semua alumni untuk hadir ke Majlis Mesra Aidilfitri seperti ketetapan berikut:

Tarikh_           :           24 April 2023 (lsnin)

Masa               :           10 pagi hingga 2 petang

Tempat           :           Dewan Serbaguna, SMK Iskandar Shah, Parit

 

Pelbagai juadah hebat seperti kambing bakar, rendang, lemang, ketupat dan bihun sup menanti anda. Bagí yang berhajat untuk membawa juadah, Iskandarian sangat mengalu-alukannya.

Jangan lepaskan peluang untuk hadir dengan rakan-rakan sekolah dan ahli keluarga bagi memeríahkan majlis sambil mengeratkan ukhuwah antara kita.

 

MAJLIS DIRAI, UKHUWAH DIPATERI, KENANGAN DIABADI

Thursday, September 1, 2022




 

1 September 2022

 

JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM ISKANDARIAN 2022

Secebis Kenangan, Setulus Ingatan, Segenggam Harapan

 

YBhg. Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

 

Selama lebih 2 tahun seluruh negara dilanda pandemik Covid-19 dengan pelbagai kekangan dan cabaran yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita semua. Alhamdulillah kini situasi telah bertambah baik dimana kehidupan rakyat diteruskan dalam fasa endemik melalui proses pemulihan untuk kembali normal sepenuhnya bergerak seperti yang dirancangkan.  Kali terakhir Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah Parit (ISKANDARIAN) mengadakan Majlis Makan Malam di mana bekas penuntut SMK Iskandar Shah Parit dan SK Iskandar Shah Parit serta bekas tenaga pengajar dan kakitangan kedua-dua sekolah dapat berkumpul adalah pada tahun 2019.

 

Bertitik-tolak dari situasi yang kini membolehkan penganjuran majlis seperti sebelum ini, ISKANDARIAN dengan penuh sukacita menjemput YBhg. Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan ke majlis makan malam seperti ketetapan berikut:

 

Tajuk majlis:    majlis makan malam ISKANDARIAN 2022:

Secebis Kenangan, Setulus Ingatan, Segenggam Harapan


Tempat:              Casuarina Convention Centre, Meru, Ipoh, Perak

 Tarikh:                Sabtu, 17hb Disember 2022

 Waktu:                7.45 malam

 Bayaran

Penyertaan:       RM100 seorang/RM1,000 satu meja 10 orang

 Kod Pakaian:     Busana Tradisional/Batik

 

Selaras dengan tema majlis ini, Secebis Kenangan, Setulus Ingatan, Segenggam Harapan, diharapkan ramai alumni sekolah dapat meluangkan masa mengambil peluang untuk menghadiri Majlis ini berkumpul menemui rakan-rakan sepersekolahan sambil mengeratkan silaturrahim disamping turut mengimbau kembali kenangan serta nostalgia sewaktu di alam persekolahan di alma mater yang telah banyak berjasa kepada kita semua.

 

Majlis ini juga bertujuan untuk mengumpul dana membiayai aktiviti-aktiviti tahunan persatuan termasuk program pembangunan pembelajaran dan sahsiah kedua-dua sekolah seperti  pemberian hadiah motivasi tahunan Anugerah Pelajar Cemerlang, sumbangan kepada anak-anak yatim, majlis perayaan seperti jamuan Aidilfitri, Mesyuarat Agung Tahunan serta aktiviti-aktiviti lain bagi manfaat ahli-ahli ISKANDARIAN.  Oleh yang demikian adalah menjadi harapan besar ISKANDARIAN agar semangat sayangkan sekolah dan nilai kekitaan terhadap bekas rakan sekolah boleh diterjemahkan dengan seramai mungkin bekas pelajar, mantan tenaga pengajar dan kakitangan Sekolah Iskandar Shah dapat meluangkan masa dan membuat perancangan awal untuk hadir ke majlis ini nanti.

 

Saya bagi pihak Jawatankuasa Pengelola Majlis Makan Malam 2022 dengan segala hormatnya  memohon sokongan dan jasa baik YBhg. Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan sudi untuk menderma melalui penajaan meja, pembelian ruang iklan dalam buku program atau membuat sumbangan tunai.

 

Bersama-sama ini dilampirkan borang tempahan meja dan iklan untuk perhatian YBhg. Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat melalui Encik Rus Bakarurraini Shahfei (019-5705121), Tuan Hj. Zalkornain Jaafar (019-2264240), Encik Mohar Zainal Abidin (012-2719566), Encik Nurul Azman Abu Bakar (019-5903445) dan Encik Mohd Nizar Mat Saad (017-5331337).


Untuk perserta majlis ini yang memerlukan penginapan, Jawatankuasa Pengelola telah berjaya mendapatkan kadar khas bagi tempahan bilik penginapan di Hotel Casuarina @Meru seperti tertera di bawah:

  1. Bilik Standard RM180 satu malam
  2. Bilik Superior RM240 satu malam
  3. Bilik Studio RM 300 satu malam

YBhg. Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan perlu berurusan dengan pihak hotel secara langsung di nombor telefon 05-529 9999 untuk membuat tempahan. Oleh kerana bilangan bilik adalah terhad, tempahan adalah tertakluk kepada ketersediaan bilik dan siapa cepat didahulukan. 

 

Sokongan dan kerjasama YBhg. Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam menjayakan Majlis Makan Malam ISKANDARIAN 2022: Secebis Kenangan, Setulus Ingatan, Segenggam Harapan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

Saya yang menjalankan amanah,

RUS BAKARURRAINI BIN SHAHFEI

Pengerusi

Jawatankuasa Pengelola Majlis Makan Malam ISKANDARIAN 2022








Thursday, April 4, 2019

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 28 & JAMUAN HI-TEA SEMPENA ULANGTAHUN KE 70 PENUBUHAN ISKANDAR SHAH

Peta Lokasi



Semua Ahli-Ahli Iskandarian, Bekas Pelajar & Guru-Guru SMK Iskandar Shah & SRK Iskandar Shah, Parit, Perak dijemput hadir Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 28 & Jamuan Hi-Tea Sempena Ulangtahun Ke 70 Sekolah Iskandar Shah, Parit, Perak pada 1 Mei 2019, Jam 2.15 ptg di Mewah Hall, Flamingo Hotel By The Lake, Ampang, Kuala Lumpur.

Bekas pelajar yang belum mejadi Ahli boleh hadir sebagai pemerhati & mendaftar menjadi ahli di sana. Jamuan Hi-Tea selepas AGM adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut hubungi Hj Jamaaddin 012-5161464, Mohar 012-2719566 atau mana-mana AJK Iskandarian