1
September 2022
JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM
ISKANDARIAN 2022
Secebis Kenangan, Setulus Ingatan, Segenggam Harapan
YBhg.
Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
Assalamualaikum
& salam sejahtera,
Selama
lebih 2 tahun seluruh negara dilanda pandemik Covid-19 dengan pelbagai kekangan
dan cabaran yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita semua.
Alhamdulillah kini situasi telah bertambah baik dimana kehidupan rakyat diteruskan
dalam fasa endemik melalui proses pemulihan untuk kembali normal sepenuhnya
bergerak seperti yang dirancangkan. Kali
terakhir Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah Parit (ISKANDARIAN)
mengadakan Majlis Makan Malam di mana bekas penuntut SMK Iskandar Shah Parit
dan SK Iskandar Shah Parit serta bekas tenaga pengajar dan kakitangan kedua-dua
sekolah dapat berkumpul adalah pada tahun 2019.
Bertitik-tolak
dari situasi yang kini membolehkan penganjuran majlis seperti sebelum ini,
ISKANDARIAN dengan penuh sukacita menjemput YBhg. Tan Sri/Dato’
Seri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan ke majlis makan malam seperti ketetapan berikut:
Tajuk majlis: majlis
makan malam ISKANDARIAN 2022:
Secebis Kenangan,
Setulus Ingatan, Segenggam Harapan
Tempat: Casuarina Convention Centre, Meru, Ipoh, Perak
Tarikh: Sabtu, 17hb Disember 2022
Bayaran
Penyertaan: RM100 seorang/RM1,000 satu meja 10 orang
Kod Pakaian: Busana Tradisional/Batik
Selaras
dengan tema majlis ini, Secebis Kenangan, Setulus Ingatan, Segenggam
Harapan, diharapkan ramai alumni sekolah dapat meluangkan masa
mengambil peluang untuk menghadiri Majlis ini berkumpul menemui rakan-rakan
sepersekolahan sambil mengeratkan silaturrahim disamping turut mengimbau
kembali kenangan serta nostalgia sewaktu di alam persekolahan di alma mater
yang telah banyak berjasa kepada kita semua.
Majlis
ini juga bertujuan untuk mengumpul dana membiayai aktiviti-aktiviti tahunan
persatuan termasuk program pembangunan pembelajaran dan sahsiah kedua-dua sekolah
seperti pemberian hadiah motivasi tahunan
Anugerah Pelajar Cemerlang, sumbangan kepada anak-anak yatim, majlis perayaan
seperti jamuan Aidilfitri, Mesyuarat Agung Tahunan serta aktiviti-aktiviti lain
bagi manfaat ahli-ahli ISKANDARIAN. Oleh
yang demikian adalah menjadi harapan besar ISKANDARIAN agar semangat sayangkan
sekolah dan nilai kekitaan terhadap bekas rakan sekolah boleh diterjemahkan
dengan seramai mungkin bekas pelajar, mantan tenaga pengajar dan kakitangan
Sekolah Iskandar Shah dapat meluangkan masa dan membuat perancangan awal untuk
hadir ke majlis ini nanti.
Saya
bagi pihak Jawatankuasa Pengelola Majlis Makan Malam 2022 dengan segala
hormatnya memohon sokongan dan jasa baik
YBhg. Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan sudi untuk menderma melalui
penajaan meja, pembelian ruang iklan dalam buku program atau membuat sumbangan
tunai.
Bersama-sama
ini dilampirkan borang tempahan meja dan iklan untuk perhatian YBhg. Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan.
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat melalui Encik Rus Bakarurraini
Shahfei (019-5705121), Tuan Hj. Zalkornain Jaafar (019-2264240), Encik Mohar
Zainal Abidin (012-2719566), Encik Nurul Azman Abu Bakar (019-5903445) dan
Encik Mohd Nizar Mat Saad (017-5331337).
Untuk perserta majlis ini yang memerlukan penginapan, Jawatankuasa Pengelola telah berjaya mendapatkan kadar khas bagi tempahan bilik penginapan di Hotel Casuarina @Meru seperti tertera di bawah:
- Bilik Standard
RM180 satu malam
- Bilik Superior
RM240 satu malam
- Bilik Studio RM
300 satu malam
YBhg. Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan perlu
berurusan dengan pihak hotel
secara langsung di nombor telefon 05-529 9999 untuk membuat tempahan. Oleh kerana bilangan bilik adalah terhad, tempahan
adalah tertakluk kepada ketersediaan bilik dan siapa cepat didahulukan.
Sokongan dan kerjasama YBhg. Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan
dalam menjayakan Majlis Makan Malam
ISKANDARIAN 2022: Secebis Kenangan, Setulus Ingatan, Segenggam Harapan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian.
Saya yang
menjalankan amanah,
RUS BAKARURRAINI BIN SHAHFEI
Pengerusi
Jawatankuasa
Pengelola Majlis Makan Malam ISKANDARIAN 2022
No comments:
Post a Comment