Showing posts with label Tabung Pelajaran ISKANDARIAN. Show all posts
Showing posts with label Tabung Pelajaran ISKANDARIAN. Show all posts

Saturday, July 24, 2010

SEWA KERETA DAN SUMBANG KEPADA DANA PERSATUAN

Salam semua. Sebagai salah satu usaha menambah sumber dana Persatuan, kami telah mendaftar Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit dalam program affilate Hawk Rent A Car.  Melalui program ini Persatuan akan mendapat komisyen  bagi sewaan kereta yang dibuat secara online melalui link yang dipaparkan dipanel sebelah kiri laman blog kita.  Oleh itu sekiranya anda hendak menyewa kereta untuk kegunaan rasmi atau persendirian terutamanya menjelang musim-musim perayaan nanti, silalah menyewa secara online melalui link di blog kita ini. Have A Fun Ride Knowing You Have Contributed To A Good Cause!

Salam hormat,
Mohar

Tuesday, February 23, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PMR & STPM, CERAMAH MOTIVASI DAN PERASMIAN PAPAN KENYATAAN ISKANDARIAN

Assalamulaikum dan Salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan ISKANDARIAN dengan kerjasama SMK Iskandar Shah, Parit akan mengadakan majlis seperti berikut:

Aturcara:
  1. Ceramah Motivasi oleh Profesor Dr. Mohd Khanif Yusof, Profesor Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (klik untuk profile) di Gelanggang Perhimpunan, SMKIS
  2. Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Pelajar PMR & STPM oleh Penaung ISKANDARIAN, Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin di Gelanggang Perhimpunan, SMKIS
  3. Perasmian Papan Kenyataan ISKANDARIAN di ruang legar Blok Utama SMKIS.
Tarikh: Isnin, 1 Mac 2010

Waktu: Bermula jam 8 pagi mengikut susunatur acara.

Warga Iskandar Shah dijemput bersama-sama AJK ISKANDARIAN untuk memeriahkan lagi majlis tersebut di atas bagi menyemarakkan lagi semangat anak-anak dan adik-adik kita di SMK Iskandar Shah.

Terima kasih.

Hormat dari saya,
Hj Ishak Yahya
Pengerusi, Biro Pelajaran ISKANDARIAN
019-5296449

Sunday, November 22, 2009

Tahukah Anda ISKANDARIAN Menyediakan Hadiah Bagi Pelajar Cemerlang

Sudah beberapa tahun ISKANDARIAN memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar SMK Iskandar Shah, Parit yang cemerlang di dalam peperiksaan utama seperti STPM, SPM dan PMR.  ISKANDARIAN juga menyediakan satu hadiah utama bagi Tokoh Pelajar yang cemerlang dalam bidang akedemik dan kokurikulum.  Nama-nama hadiah tersebut dan penerima terakhir (bagi tahun 2008) adalah seperti berikut:

  1. Anugerah Tun Hamdan bagi STPM bernilai RM350 - Lee Yin Peng.
  2. Anugerah Shaidali bagi SPM bernilai RM300 - Chong Ee Pin.
  3. Anugerah Presiden bagi PMR bernilai RM250 - Mohamad Shahir Azimuddi Bin Ibrahim, Nivetha A/P Kanappan dan Nurul Syazwani Bt Abdul Rahman.
  4. Anugerah ISKANDARIAN bagi Tokoh Pelajar bernilai RM500 - Nor Syuhadah Bt Saiddin
Hadiah-hadiah bagi tahun 2008 telah disampaikan oleh Dato' Ir Hj Azizuddin Meor Hamzah, Presiden ISKANDARIAN di Majlis Malam ISKANDARIAN bertempat di Heritage Hotel, Ipoh pada 11 Julai 2009 lalu.

Hadiah-hadiah ini disediakan bagi memberi perangsang kepada para pelajar supaya sentiasa tekun belajar untuk menimba ilmu sebanyak mana yang boleh untuk mencapai kejayaan di dalam peperiksaan..  Oleh yang demikian,ISKANDARIAN berharap semua penuntut SMK Iskandar Shah berusaha kuat untuk merebut peluang ini.  Selamat Maju Jaya!

Sunday, November 15, 2009

Majlis Malam ISKANDARIAN 2009, Heritage Hotel, Ipoh

Majlis Malam ISKANDARIAN telah diadakan pada 11 Julai 2009 di Ballroom, Heritage Hotel, Ipoh, Perak. Seramai hampir 200 orang ahli-ahli dan tetamu telah menghadiri majlis tersebut.  Pada malam tersebut telah diadakan penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang kepada penuntut-penuntut SMK Iskandar Shah yang berjaya di dalam peperiksaan STPM, SPM & PMR.  ISKANDARIAN juga telah melancar Tabung Pelajaran ISKANDARIAN pada malam itu dan hasil kutipan pada malam tersebut serta sumbangan penderma yang lain sebanyak RM15,000 telah diperuntukan untuk tabung tersebut.  Sebagai menghargai jasa Mantan Presiden, Tuan Hj Ahmad Zahari yang memikul tanggungjawab menerajui ISKANDARIAN selama 23 tahun, beliau telah dihadiahkan dengan satu blazer ISKANDARIAN yang ditempah khas dan sebuah cenderahati. Selain itu hadirin telah disajikan dengan lagu dan muzik dan juga hadiah-hadiah cabutan bertuah.




Untuk melihat gambar-gambar lain malam tersebut sila klik di sini.