Keahlian persatuan ini terbuka kepada bekas penuntut dan guru-guru sekolah (menengah & rendah) Iskandar Shah, Parit, Perak. Sertailah ISKANDARIAN sekarang.
Berikut disenaraikan ekstrak penting daripada Perlembagaan Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah (ISKANDARIAN):
1. To foster mutual goodwill, understanding and friendship by providing opportunities for members to share in social, sporting, charitable and recreational activities of all kinds;
2. To promote and hold either alone or jointly with any other association, club or persons sporting and athletic meetings, competitions and matches and to offer, give or contribute towards prizes, medals and awards and to promote, give or support dinners, balls, concert and other entertainment;
3. To subscribe, contribute, sponsor, aid, assist or in any way promote the education of needy and deserving students of the School (defined to mean ISKANDAR SHAH SCHOOL, PARIT or the GOVERNMENT ENGLISH SCHOOL, PARIT as it was earlier known) or of members and their families;
4. To subscribe or contribute to charitable, religious, patriotic and other deserving objects
PERLEMBAGAAN PERSATUAN
Sila klik "Lihat Perlembagaan" untuk memuat turun Versi Terjemahan Perlembagaan ISKANDARIAN dalam Bahasa Malaysia.
2. Menganjur aktiviti-aktiviti yang dapat memberi manfaat dan menarik minat penyertaan ahli-ahli.
3. Menyumbang kepada kecermerlangan akademik, kokurikulum dan riadah sekolah Iskandar Shah.
BAGAIMANA MENJADI AHLI ISKANDARIAN
Sesiapa yang berminat menjadi ahli perlu mengisi dan mengemukakan borang permohonan untuk kelulusan Jawatankuasa Pentadbir.Anda boleh membuat permohonan secara ONLINE atau MANUAL.Permohonan secara ONLINE boleh terus mengisi borang tersebut dengan muat turun Borang Online(klik di sini). Permohonan secara Manual Perlu Mengisi Borang yang dicetak terlebih dahulu. Sila muat turun borang(klik di sini). Sila hantar borang yang telah dilengkapi berserta yuran masuk dan yuran tahunan yang diperlukan kepada Biro Keahlian, d/a 5, Taman Seri Wangsa, Bota Kiri, 32600 Bota, Perak atau serahkan kepada mana-mana AJK Pentadbir yang tersenarai di blog ini. Anda akan dimaklumkan apabila permohonan anda diluluskan oleh Jawatankuasa Pentadbir kelak. Jika anda ada sebarang pertanyaan sila hantar pertanyaan di "Hubung Kami (klik di sini)" atau hubungi: Hj. Mohd Zalkornain b. Jaafar 019-2264240 zalkornain@yahoo.com
ISKANDARIAN telah melancarkan Tabung Pelajaran pada bulan Julai 2009. Tujuan tabung ini adalah untuk mengumpul dana bagi tujuan berikut:
1. Menampung pembiayaan hadiah-hadiah pelajar cemerlang Sekolah Iskandar Shah setiap tahun;
2. Menampung pembiayaan aktiviti-aktiviti yang berkaitan peningkatan kecemerlangan pelajar-pelajar Sekolah Iskandar Shah dan juga di kalangan keluarga ahli-ahli ISKANDARIAN;
3. Menyediakan bantuan kewangan bagi tujuan pembiayaan persekolahan dan peperiksaan kepada bagi pelajar-pelajar Iskandar Shah dan ahli keluarga ISKANDARIAN yang daif yang difikirkan layak oleh Jawatankuasa ISKANDARIAN
4. Pembiayaan lain-lain hal yang difikirkan sesuai dari masa ke masa mengikut keperluan.
Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN merayu jasabaik anda agar sudi menghulurkan sumbangan derma bagi maksud tersebut. Sumbangan atas nama "PERSATUAN BEKAS PENUNTUT SEKOLAH ISKANDAR SHAH, PARIT, PERAK" boleh dihantar kepada Presiden, Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit, d/a Pejabat Am, SMK Iskandar Shah, 32600 Parit, Perak Darul Ridzuan. Sumbangan juga boleh di masukkan terus ke dalam akaun Persatuan di CIMB no. akaun 8004852846. Sila hantar Salinan slip deposit ke alamat di atas atau e-mel kepada iskandarianparit@gmail.com . Terima kasih di atas keperihatinan anda.
No comments:
Post a Comment