Thursday, September 13, 2018

BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN BOWLING ISKANDARIAN 2018


KEJOHANAN BOWLING ISKANDARIAN 10 NOVEMBER 2018 : SYARAT-SYARAT & PERATURAN






PROGRAM 3 DALAM 1 PADA 10 NOVEMBER 2018


PROGRAM TAHUNAN ISKANDARIAN 2018 
*****
Persatuan ISKANDARIAN spt tahun-tahun sebelum ini, akan mengadakan majlis seperti berikut:

JAMUAN MAKAN MALAM TAHUNAN 2018 
TARIKH: SABTU, 10 NOV 2018
TEMPAT: BALLROOM AMANJAYA CONVENTION CENTRE, HOTEL CASUARINA@MERU, IPOH 
MASA: 7.45mlm
TEMA: ISKANDARIAN GLAMOROUS NITE: TUE MUDE BERGAYE 
TEMPAHAN MEJA: RM1000 SEMEJA 10 ORANG 
INDIVIDU: RM100 SEORANG 
Contact Person :
1. En. Rus Bakarurraini b. Shahfei (HP: 019-5705121)
2. Hj. Zalkornain b. Jaafar (HP: 019-2264240)
3. Hj. Meor Othman b. Meor Lope (HP: 017-3333888)
Atau mana2 AJK Iskandarian.
Muat turun Borang Tempahan Meja/Iklan di pautan berikut: https://drive.google.com/…/1Y-gxIpdymyaFkb6UwsBfUGAgj…/view…
Utk maklumat lanjut, sila rujuk FB ISKANDARIAN PARIT dan Blog Iskandarian Parit di http://iskandarianparit.blogspot.com
Tarikh Akhir Pengesahan Penyertaan Jamuan: 14 Oktober 2018
🍱🍲🎳🎳📈🖋

Selain Jamuan Makan Malam 2018, ISKANDARIAN juga akan mengadakan:
1) KEJOHANAN BOWLING ISKANDARIAN 2018
Tarikh: Sabtu, 10 Nov 2018 
Tempat: Ole-Ole Super Bowl, Aras 2 Mydin Meru, Ipoh 
Masa: 10.00 pg 
Pertandingan dalam Kumpulan Berpasukan 4 org sepasukan (2 Lelaki & 2 Perempuan).
Penyertaan terhad kpd 28 pasukan sahaja, atas dasar siapa dahulu. Kumpulkan pasukan batch masing2 mulai sekarang. Lihat syarat-syarat terperinci di pautan berikut: 
https://drive.google.com/file/d/1vvwzLltGQXn5N-QoJx7yoCSfl8WTHU-e/view?usp=sharing

Contact Person : Utk penyertaan dan pertanyaan lanjut sila hubungi En. Nurul Azman b. Abu Bakar (HP: 019-5903445). Muat turun Borang Penyertaan di pautan berikut: https://docs.google.com/…/1cYRU2zrMWmT8EEvAjKYza75xFR…/edit…
🎳🥇🎳🏆📈📊🖋

2) MESUYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 27 
Tarikh: Sabtu, 10 Nov 2018
Tempat: Bilik Casuarina 1 & 2, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh 
Masa: 2.45 ptg
SEMUA AHLI BERDAFTAR DIJEMPUT HADIR. PENYERTAAN KEAHLIAN BARU AMAT DIALU2KAN.
Contact Person:
1. Tn. Hj. Jamaaddin b. Kamaluddin, SU Kehormat Iskandarian (HP: 0125161464)
2. Pn. Rokiah bt. Mat Nusi , Pen. SU Kehormat Iskandarian (HP: 0135292775)
3. En. Mohar b. Zainal Abidin, Naib Presiden Iskandarian/Biro Keahlian (HP: 012-2719566)
🏢🛋🛏🛌🏼🗝

PENGINAPAN :
Utk Tuan/Puan yg ingin menginap di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, pihak Hotel menawarkan pakej istimewa utk semua Iskandarian yg menyertai Jamuan Makan Malam.
Kadar adalah spt berikut utk sehari dgn Sarapan utk 2 org:
1. Bilik Superior - RM200 (Biasa RM260)
2. Bilik Deluxe - RM250
3. BilikStudio Suite - RM330
4. Family Suite - RM460 (sarapan pagi utk 4 org)
5. Premier Suite - RM550

Contact Person
Utk Tempahan Bilik: Tn. Syed Badrul Khair b. Syed Musa (HP: 0195924945)
Anda boleh juga menginap di mana2 Hotel lain sekitar lokasi jamuan pada kos yang kompetitif.
KEHADIRAN DAN SOKONGAN ANDA SANGAT KAMI HARGAI.
MOH KITE WEH...😊👍
PROUD TO BE AN ISKANDARIAN

Sunday, June 10, 2018

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI ISKANDARIAN 2018


YB Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Menjelang munculnya 1 Syawal 1439H, Saya & barisan Jawatankuasa Pentadbir Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit (ISKANDARIAN) sesi 2017/2019 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli-ahli ISKANDARIAN, bekas penuntut, guru-guru serta kakitangaan SMK dan SK Iskandar Shah, Parit yang beragama Islam dan selamat bercuti kepada yang lain.  Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadhan yang bakal berakhir diberkati Allah SWT.

Sukacita juga saya memaklumkan dan menjemput YB Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan ke Majlis Sambutan Aidilfitri 1439H/2018M di Dewan Serbaguna SMK Iskandar Shah, Parit yang akan diadakan pada 3 Syawal 1439H bersamaan hari Ahad, 17 Jun 2018 dari jam 10 pagi hingga 2 petang.


  
Majlis sambutan tahunan ini adalah salah satu usaha Persatuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara rakan-rakan sepersekolahan yang sebaya dan juga dari berbagai “batch” serta guru-guru dan kakitangan Iskandar Shah. Kehadiran YB Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan sekelian amat dialu-alukan dan pastinya menyerikan lagi majlis itu nanti.


Saya bagi pihak seluruh Jawatankuasa Pentadbir Iskandarian memohon ribuan ampun dan maaf jika ada salah dan silap serta apa-apa kekurangan di dalam pentadbiran urusan persatuan kita
 
Selamat Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
DATUK ISMAIL HJ KAMARUDDIN
Presiden ISKANDARIAN