Biro Ekonomi ISKANDARIAN dengan kerjasama KPDNKK dan SMK Iskandar Shah akan mengadakan program kepenggunaan yang dijangka akan disertai oleh 300 pelajar & guru-guru SMK Iskandar Shah. Program bertajuk Hak & Tanggungjawab Kita Sebagai Pengguna akan diadakan pada jam 10pagi-1ptg, Selasa, 22 November 2016 di Dewan Serbaguna, SMK Iskandar Shah, Parit.
Friday, November 18, 2016
MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL & DOA SELAMAT SEMPENA 30 TAHUN ISKANDARIAN
ISKANDARIAN akan mengadakan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat sempena 30 tahun penubuhan Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit (ISKANDARIAN). Semua ahli-ahli, bekas pelajar, warga Iskandar Shah dan Parit dijemput hadir bersama-sama di majlis tersebut yang akan diadakan pada Khamis, 24 November 2016 selepas Maghrib di Masjid Radiathul Mardiah, Pekan Parit, Perak.
Sunday, November 6, 2016
PERINGATAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 25
Assalamualaikum,
Ahli-ahli Iskandarian diperingatkan supaya dapat meluangkan masa untuk hadir menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 25, Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit yang akan diadakan seperti berikut:
Ahli-ahli Iskandarian diperingatkan supaya dapat meluangkan masa untuk hadir menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 25, Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit yang akan diadakan seperti berikut:
- Tarikh: Sabtu, 12 November 2016
- Waktu: 10 pagi
- Tempat: Bilik Mesyuarat Bangunan Baru SMK Iskandar Shah, Parit
YB Dato Nasarudin Hashim, ADUN Bota dijadualkan merasmikan mesyuarat ini.
Mesyuarat akan membentangkan laporan aktiviti-aktiviti dan laporan kewangan persatuan untuk tahun berakhir 31 Disember 2015.
Semua ahli-ahli diseru hadir. Bekas penuntut yang belum menjadi ahli boleh hadir sebagai pemerhati untuk mengetahui perkembangan persatuan. Kaunter keahlian akan dibuka untuk pendaftaran ahli baru.
Thursday, August 4, 2016
JEMPUTAN KE MAJLIS HI-TEA SEMPENA 30 TAHUN ISKANDARIAN PADA SABTU, 3 SEPTEMBER 2016
Hi-Tea ini diadakan untuk memperingati penubuhan Iskandarian, sekitar tahun 1986, kira2 30 tahun lalu. Majlis santai ini akan cuba mengumpulkan semula kumpulan pengasas Iskandarian yang kebanyakannya tinggal di sekitar Lembah Kelang. Oleh itu semua bekas murid ISS/SMIS/SMKIS, sama ada ahli atau bukan ahli Iskandarian dijemput hadir.
Untuk menempah kerusi hubungi: Hj Mohd Zalkornain 019-2264240, En Mohar 012-2719566 atau mana-mana AJK Iskandarian
Bayaran penyertaan: RM30 (sila masukkan ke akaun bank Iskandarian dan whatsapp resit kepada Hj Mohd Zalkornain atau En Mohar, atau email iskandarianparit@gmail.com )
Akaun Bank: CIMB 08090002572056 (Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit)
Saturday, July 2, 2016
LOGO BARU ISKANDARIAN
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Eksekutif ISKANDARIAN baru-baru ini telah meluluskan satu logo baru untuk digunapakai oleh Persatuan. Berikut adalah logo tersebut dan juga syit penerangan konsep dan maksud logo untuk makluman semua ahli-ahli dan bekas pelajar dan kakitangan Iskandar Shah.
Sunday, June 26, 2016
Warkah Daripada Dato' Presiden Sempena Aidilfitri 1437H/2016M
25 Jun 2016
YB Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan,
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera,
Menjelang
munculnya 1 Syawal 1437H, Jawatankuasa Pentadbir Persatuan Bekas Penuntut
Sekolah Iskandar Shah, Parit (ISKANDARIAN) sessi 2015/2017 mengucapkan Selamat
Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli-ahli ISKANDARIAN, bekas pelajar &
guru-guru yang beragama Islam dan selamat bercuti kepada yang lain.
Semoga segala amalan sepanjang Ramadhan yang bakal berakhir diberkati Allah
SWT.
Saya
dengan rasa syukur Alhamdulillah ingin memaklumkan bahawa baru-baru ini
ISKANDARIAN telah menganjurkan secara sendiri atau dengan kerjasama pihak lain
berberapa majlis serta menyumbang kepada aktiviti-aktiviti seperti
berikut:
- Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Iskandar Shah yang diadakan pada 21 April 2016 di Dewan Serbaguna SMK
Iskandar Shah.
- Majlis Berbuka Puasa dengan Pelajar Maahad Tahfiz Kg Chopin Kanan pada 11 Jun 2016.
- Majlis Penyampaian Biasiswa & Zakat Yayasan Tun Hamdan
kepada Pelajar-Pelajar dan Anak-Anak Yatim yang diadakan di SM Tuanku
Abdul Rahman, Ipoh pada 15 Jun 2016.
- Program Wakaf Telekung bagi kegunaan pelajar & penghuni
asrama SMK Iskandar Shah dari 26 Mei 2016 hingga 20 Jun 2016.
- Majlis Berbuka Puasa serta
penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada Penghuni Bait Al-Amin,
Parit pada malam 25 Jun 2016.
- Kempen Ahli Seumur Hidup ISKANDARIAN daripada 1 Jun 2016 hingga 30 November
2016 sedang berjalan. Maklumat dilampirkan di sini.
Sebagai
mengakhiri, saya bagi pihak seluruh Jawatankuasa Pentadbir Iskandarian memohon
ribuan ampun dan maaf jika ada salah dan silap serta apa-apa kekurangan di
dalam pentadbiran urusan persatuan kita. Kepada yang memandu pulang
berhari raya, pastikan kenderaan berada di dalam keadaan baik dan selamat dan
sentiasalah berhati-hati di jalanraya.
Selamat Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin
DATO IR HJ AZIZUDDIN BIN MEOR HAMZAH
Presiden
ISKANDARIANSunday, June 19, 2016
JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI ISKANDARIAN
Assalamualaikum. Dato Presiden dan AJK ISKANDARIAN dengan segala rendah hati menjemput semua ahli-ahli, bekas pelajar & guru-guru sekolah rendah dan menengah Iskandar Shah, Parit ke majlis sambutan sempena Aidlfitri 1437H. Semoga dengan kehadiran seramai mungkin warga Iskandar Shah akan dapat kita berjumpa dan mengeratkan silaturrahim sesama kita keluaran sekolah ibu kandung Iskandar Shah, Parit.
Penyertaan majlis ini adalah PERCUMA.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Tuan Hj Mohammad Zalkoranin Hj Jaafar (Pengerusi, Biro Kebajikan & Sosial) di 019-226 4240, Sdr Mohar Zainal Abidin 012-2719566, Tuan Hj Ishak Yahya 019-529 6449, Sdri Nur Izzah Ismail 019-472 4260, Sdr Mior Hazrin Mior Hamzah 012-547 1163 atau mana-mana AJK Iskandarian yang lain.
Semua ahli-ahli, bekas pelajar & guru-guru sekolah menengah & rendah Iskandar Shah, Parit dijemput hadir. Sila kongsi maklumat dengan kawan-kawan yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)










