Friday, November 27, 2009
Al-Fatihah - Zaleha Bt Shaari (Form 5Sc2, 1979)
Petang kelmarin, 26 November 2009, kami mendapat berita bahawa seorang bekas penuntut SMIS, Zaleha Bt Shaari (dikenali juga sebagai Intan), kelas 5Sc2, 1979 kembali kerahmatullah di Hospital Selayang, Kuala Lumpur. Jenazah beliau telah dikebumikan di Parit. Marilah kita bersama-sama sedekahkan fatihah kepada roh Allahyarhamah dan kepada keluarganya ucapan takziah diucapkan. Innalillah.
Wednesday, November 25, 2009
Khabar Dari Negeri Bawah Bayu
Bila ada kelapangan saya tidak jemu melayari internet mencari rakan-rakan sekolah lama termasuk hostelites dari Sabah dan Sarawak. Baru-baru ini beberapa orang menulis balik kepada saya yang saya paparkan di sini sedutannya:
"Salam sejahtera, Terima kasih di atas emel sdra. SMIS telah saya tinggalkan lebih kurang 27 tahun lalu. Rindu juga utk ke sana. Bersama-sama ini saya sertakan sekeping gambar nostalgia yg masih ada dalam simpanan saya sehingga sekarang.
Kalau tdk silap saya, dalam gmbr tersebut, sdra berada pada kedudukan barisan yg ke-3, iaitu ke-3 dari kiri.Saya pula di barisan hadapan (mencangkung) no. 2 dari kanan.
Kebanyakan nama rakan-rakan yg ada dalam gmbr tersebut telah saya lupa, sekadar mengingati beberapa nama sahaja. Sekian, terima kasih. - Joannes -SMIS Parit 1978 - 1982"
"Salam Mohar, Ok sdh lawat kemarin. Bagus juga ada blog Iskandarian boleh juga melepaskan rindu ngan SMIS. Nanti sa antar gambar bdk YS yang saya ada. Tolong courier roti ngan susu dari rest. Tawakal untuk saya heheeee -Rusdeh Arifin"
Mohar Zainal Abidin
Naib Presiden/Pengerusi Biro Keahlian & Publisiti 2009-2011
"Salam sejahtera, Terima kasih di atas emel sdra. SMIS telah saya tinggalkan lebih kurang 27 tahun lalu. Rindu juga utk ke sana. Bersama-sama ini saya sertakan sekeping gambar nostalgia yg masih ada dalam simpanan saya sehingga sekarang.
Kalau tdk silap saya, dalam gmbr tersebut, sdra berada pada kedudukan barisan yg ke-3, iaitu ke-3 dari kiri.Saya pula di barisan hadapan (mencangkung) no. 2 dari kanan.
Kebanyakan nama rakan-rakan yg ada dalam gmbr tersebut telah saya lupa, sekadar mengingati beberapa nama sahaja. Sekian, terima kasih. - Joannes -SMIS Parit 1978 - 1982"
"Salam Mohar, Ok sdh lawat kemarin. Bagus juga ada blog Iskandarian boleh juga melepaskan rindu ngan SMIS. Nanti sa antar gambar bdk YS yang saya ada. Tolong courier roti ngan susu dari rest. Tawakal untuk saya heheeee -Rusdeh Arifin"
Mohar Zainal Abidin
Naib Presiden/Pengerusi Biro Keahlian & Publisiti 2009-2011
Sunday, November 22, 2009
Tahukah Anda ISKANDARIAN Menyediakan Hadiah Bagi Pelajar Cemerlang
Sudah beberapa tahun ISKANDARIAN memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar SMK Iskandar Shah, Parit yang cemerlang di dalam peperiksaan utama seperti STPM, SPM dan PMR. ISKANDARIAN juga menyediakan satu hadiah utama bagi Tokoh Pelajar yang cemerlang dalam bidang akedemik dan kokurikulum. Nama-nama hadiah tersebut dan penerima terakhir (bagi tahun 2008) adalah seperti berikut:

- Anugerah Tun Hamdan bagi STPM bernilai RM350 - Lee Yin Peng.
- Anugerah Shaidali bagi SPM bernilai RM300 - Chong Ee Pin.
- Anugerah Presiden bagi PMR bernilai RM250 - Mohamad Shahir Azimuddi Bin Ibrahim, Nivetha A/P Kanappan dan Nurul Syazwani Bt Abdul Rahman.
- Anugerah ISKANDARIAN bagi Tokoh Pelajar bernilai RM500 - Nor Syuhadah Bt Saiddin

Hadiah-hadiah ini disediakan bagi memberi perangsang kepada para pelajar supaya sentiasa tekun belajar untuk menimba ilmu sebanyak mana yang boleh untuk mencapai kejayaan di dalam peperiksaan.. Oleh yang demikian,ISKANDARIAN berharap semua penuntut SMK Iskandar Shah berusaha kuat untuk merebut peluang ini. Selamat Maju Jaya!
Saturday, November 21, 2009
Selamat Menduduki Peperiksaan SPM & STPM
AJK dan ahli-ahli ISKANDARIAN mengucapkan selamat menduduki peperiksaan STPM dan SPM kepada penuntut-penuntut Tingkatan 6 Atas dan Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah. Semoga anda memduduki peperiksaan dengan tenang dan yakin dan beroleh keputusan yang cemerlang nanti. Sedikit nasihat..pastikan anda menjaga pemakanan dan dapatkan rehat (tidur) yang cukup sepanjang musim peperiksaan ini supaya badan sentiasa bertenaga dan cergas. Doa kami bersama anda semua..SEMOGA BERJAYA!
Tuesday, November 17, 2009
KONGSI GAMBAR KELAS ANDA DI SINI!
Anda boleh mengemukakan gambar kelas terakhir anda di Iskandar Shah, Parit untuk kami pamerkan di dalam blog ini. Sila scan dan emel gambar (JPEG) kepada kami iskandarianparit@gmail.com atau hantar melalui pos kepada Biro Keahlian, d/a 31, Jalan TR2/3, Tropicana Golf & Country Resort, 47410 Petaling Jaya. Sila catatkan nama penuh anda & gelaran (nickname) semasa di sekolah, tahun dan nama kelas anda (contoh: 5Sc1, 1979). Oh ya, jangan lupa memberikan kedudukan anda dalam gambar tersebut.
Form 1 1979 Sumbangan Hisham Abdullah (fomerly Bitis Ampangou, pelajar tajaan Yayasan Sabah)
Sunday, November 15, 2009
Majlis Malam ISKANDARIAN 2009, Heritage Hotel, Ipoh
Majlis Malam ISKANDARIAN telah diadakan pada 11 Julai 2009 di Ballroom, Heritage Hotel, Ipoh, Perak. Seramai hampir 200 orang ahli-ahli dan tetamu telah menghadiri majlis tersebut. Pada malam tersebut telah diadakan penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang kepada penuntut-penuntut SMK Iskandar Shah yang berjaya di dalam peperiksaan STPM, SPM & PMR. ISKANDARIAN juga telah melancar Tabung Pelajaran ISKANDARIAN pada malam itu dan hasil kutipan pada malam tersebut serta sumbangan penderma yang lain sebanyak RM15,000 telah diperuntukan untuk tabung tersebut. Sebagai menghargai jasa Mantan Presiden, Tuan Hj Ahmad Zahari yang memikul tanggungjawab menerajui ISKANDARIAN selama 23 tahun, beliau telah dihadiahkan dengan satu blazer ISKANDARIAN yang ditempah khas dan sebuah cenderahati. Selain itu hadirin telah disajikan dengan lagu dan muzik dan juga hadiah-hadiah cabutan bertuah.
AGM ISKANDARIAN 2009
Mesyuarat Agung Tahunan 2009 telah di adakan pada 11 Julai 2009 yang lalu di Heritage Hotel, Ipoh. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Penaung ISKANDARIAN, Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin. Pemilihan AJK Pentadbir dan Juruaudit Dalam bagi sessi 2009-2011 telah dijalankan. Tuan Hj Ahmad Zahari yang telah memikul tanggungjawab sebagai Presiden sejak penubuhan ISKANDARIAN pada tahun 1986 telah memilih untuk melepaskan teraju kepimpinan kepada Dato' Ir Hj Azizuddin Meor Hamzah. Pemilihan kali ini menyaksikan beberapa muka baru terutama wanita dilantik menjadi AJK. ISKANDARIAN mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato' Seri Aziz yang telah sudi merasmikan mesyuarat, jutaan terima kasih kepada Tuan Hj Ahmad Zahari atas jasa dan pengorbanan beliau selama menjadi Presiden dan tahniah kepada Dato' Ir Hj Azizuddin kerana sanggup memikul tanggungjawab untuk menerajui ISKANDARIAN.
Untuk melihat gambar-gambar lain semasa AGM sila klik di sini.
Untuk melihat gambar-gambar lain semasa AGM sila klik di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)













