Kami dengan sukacitanya mengumumkan terbitnya edisi sulung Berita ISKANDARIAN yang memuatkan maklumat-maklumat penting, berita dan pengumuman program-program Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit, Perak untuk pengetahuan ahli-ahli ISKANDARIAN serta warga Iskandar Shah yang lain. Jika anda ingin menerima Berita ISKANDARIAN melalui e-mel di masa hadapan sila hantar mesej pada kami di iskandarianparit@gmail.com . Untuk membaca Edisi 1, Sila klik tajuk atau di sini. Salam hormat, Sidang Pengarang, Berita ISKANDARIAN.
https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B2j9-1E2y8ycZTA1ZjQ2NGQtMWZlMC00YTljLWFlZjktMGUyYTk4OTk1MzNh&hl=en
Thursday, August 18, 2011
Tuesday, August 9, 2011
MAJLIS MESRA RAYA ISKANDARIAN SEMPENA AIDIL-FITRI 2011
Presiden & Ahli Jawatankuasa ISKANDARIAN menjemput semua ahli-ahli ISKANDARIAN dan bekas penuntut, guru-guru & kakitangan Iskandar Shah ke:
rate my photos
MAJLIS MESRA RAYA ISKANDARIAN
SEMPENA AIDIL-FITRI 2011
TEMPAT: DEWAN MDPT, PARIT
TARIKH: KHAMIS, 1 SEPTEMBER 2011
MASA: MULA 11.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
ATURCARA MAJLIS
11.00 pagi
|
Ketibaan dan Pendaftaran Tetamu
|
Kata-kata aluan oleh Jurumajlis
| |
Bacaan Doa
| |
Ucapan aluan Pengerusi Penganjur
| |
Ucapan Presiden
| |
Menjamu Selera
| |
Cabutan Bertuah
| |
Bergambar kumpulan
Hiburan
| |
5.00 petang
|
Bersurai
|
Ahli Jawatankuasa Penganjur
Dato’ Azhar Abu Bakar
|
Mohar Zainal Abidin
|
Hj Ishak Yahya
|
Wan Shamsul Kamar
|
Jamaaddin Kamaluddin
|
Nur Hurairah Taha
|
Ruslan Zainal Abidin
|
Mohd Isa Mohd Jamil
|
rate my photos
Sunday, July 24, 2011
SENARAI JAWATANKUASA PENTADBIR ISKANDARIAN 2011/2013
Berikut adalah senarai penuh barisan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN bagi sessi 2011/2013 yang dipilih semasa Mesyuarat Agung Tahunan ISKANDARIAN Kali Ke-20 yang diadakan pada 30 April 2011 di Rumah Rehat Cempakasari, Parit dan juga ahli-ahli telah dilantik semasa mesyuarat Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN yang bersidang pada 29 Mei 2011:
Penaung -Tan Sri Dato' Seri Hj Abdul Aziz Bin Shamsuddin
Penasihat/Mantan - Presiden Tuan Hj Ahmad Zahari Bin Basri
Penasihat/Pengetua SMK Iskandar Shah - Tuan Hj Hussain Bin Puteh
Penasihat/Guru Besar, SRK Iskandar Shah - Encik Hamdan Mohd Noh
Jawatankuasa
1. Presiden - Dato’ Ir. Hj. Azizuddin Bin Meor Hamzah
2. Timbalan Presiden/Pengerusi J/Kuasa Khas Rumah Kelab ISKANDARIAN - Dato’ Zainal Karib Bin Abd Rahim
3. Naib Presiden/Pengerusi, Biro Keahlian & Publisiti - Encik Mohar Bin Zainal Abidin
4. Naib Presiden/Pengerusi, Biro Pelajaran - Encik Mokhtar Bin Mat Dris
5. Bendahari - Tuan Hj Ishak Bin Yahya
6. Setiausaha - Encik Mohd Isa Bin Mohd Jamil
7. Penolong Setiausaha - Encik Muhamad Nor bin Kartor
8. Pengerusi, Biro Kebajikan & Sosial - Dato' Azhar bin Abu Bakar
9. Pengerusi, Biro Kewangan & Ekonomi - Encik Ismail Bin Kamaruddin
10. Pengerusi, Biro Sukan & Rekreasi - Kolonel Sofian Bin Kamaruddin
11. Pengerusi, Biro Wanita - Puan Wan Shamsul Kamar Bt Wan Mahmud
12. AJK - Cik Nor Hurairah Bt Taha
13. AJK - Encik Ruslan Bin Zainal Abidin
14. AJK - Encik Jamaadin Bin Kamaluddin
15. AJK - Puan Salmi Nazlina Mohd Salim
16. AJK - Encik Mior Hazrin Bin Mior Hamzah
17. AJK - Puan Ruslina Bt Ali Johor
18. Juruodit - Puan Noor Asma Bt Yusof
19. Juruodit - Tuan Hj Ahmad Bakri Bin Abdul Ghaffar
Sidang pengarang blog berharap dengan adanya gabungan orang lama dan yang baru dapat meneruskan usaha-usaha penambahbaikan kegiatan-kegiatan persatuan ke tahap yang lebih baik untuk manfaat khususnya bagi ahli-ahli persatuan dan warga Iskandar Shah amnya. Tahniah dan semoga berusaha dengan jaya!
Sila lihat "sidebar" kiri blog untuk maklumat perhubungan AJK.

Sunday, April 17, 2011
HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011 SMK ISKANDAR SHAH
Sabtu, 9 April 2011: Majlis Hari Anugerah Cemerlang kali ini yang diadakan di Rumah Rehat Cempaka Sari terasa lebih rasmi dari biasa dengan perbarisan hormat oleh anggota-anggota pasukan beruniform dari kalangan warga Iskandar Shah menyambut ketibaan tetamu khas Y. Bhg Dato' Dr Asariah Bt Mior Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain Pengetua, Tuan Hj Hussain bin Puteh, yang menjadi tuan rumah bersama-sama tenaga pengajar Iskandar Shah, turut hadir adalah Pegawai Pelajaran Daerah Perak Tengah, Encik Kamal Bin Mansor yang juga mewakili Pengarah Pelajaran Perak; Presiden Iskandarian, Y. Bhg Dato' Ir.Hj Azizuddin Meor Hamzah; YDP PIBG SMK Iskandar Shah, Y. Berusaha Hj Mohamed Idris Bin Ismail; Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt.Mohamad Fakri Bin Che Sulaiman; Pengerusi Biro Pelajaran ISKANDARIAN, Tuan Haji Ishak Bin Yahya dan ahli-ahli Jawatankuasa ISKANDARIAN yang lain.
Suasana Dewan Rumah Rehat pula terasa seperti dewan besar institusi pengajian tinggi yang sedang mengadakan majlis konvokesyen kerana para penerima-penerima hadiah cemerlang peperiksaan awam (PMR, SPM dan STPM) masing-masing segak dan ceria memakai jubah ala graduan. Keceriaan juga terpancar di muka para penerima hadiah-hadiah bagi peperiksaan dalaman dan hadiah motivasi setiap tingkatan. Bagi meneruskan usaha meningkatkan kecemerlangan akademik warga Iskandar Shah, tahun ini Jawatankuasa ISKANDARIAN telah dengan sukacitanya meluluskan pemberian hadiah wang kepada pelajar-pelajar yang berjaya. Yang istimewanya kali ini ialah, majlis ini telah dirasmikan dan hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Y. Bhg Dato' Dr Asariah yang merupakan salah seorang daripada ramai bekas pelajar Iskandar Shah yang berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing.
Berikut adalah senarai penuh penerima hadiah cemerlang bagi peperiksaan awam. Penerima hadiah ISKANDARIAN ditandai dengan tulisan kasar:
Penilaian Menengah Rendah - Penerima Anugerah Presiden
- Adiba Husna Binti Lokman Hakim (8A) - RM250
- Megat ahmad Haziiq Bin Megat Sa'dan (8A) - RM250
- Muhamad Zulfakhri Adli Bin Sharul Faizal (8A) - RM250
- Nazurah Binti Mustafa (8A) - RM 250
- Noor Hazwana Binti Noor Hazani (8A) - RM250
- Nor Atiqah Binti Fadzil Shah (8A) - RM250
- Shaikh Muhammad Mubin Bin Shaik Ahmad Fadzil (8A) -RM250
- Haravind Sharma A/L Morgan (7A) - RM150
- Saravin A/L Vadivelu (7A) - RM150
- Fatin Natazya Bt Suhaimi (7A, 1B) - RM150
- Muhammad Fadli B Mohd Sepian (7A, 1B) -RM150
- Norazlin Nafisah Bt Suhaimi (7A, 1B) - RM150
- Nur Illia Shuhadah Idza Bt Idris (7A, 1B) - RM 150
- Nur Shahirah Bt Emran Rusli (7A, 1B) - RM150
Sijil Pelajaran Malaysia- Anugerah Shaidali
- Chong Yi Xuan (9A, 1B) - RM300
- Nivetha A/P Kanappan (6A, 4B) - RM200
- Kavitha A/P See Raman (6A, 4B) - RM100
- Ng Jia Bao (5A, 4B. 1D)
- Syahrul Fahimi Bin Ashaari (5A, 1C, 2D, 1E)
- Barathy A/P Chandrasegaran (5A, 3B, 1C)
- Muhammad Firdaus bin Hamdan (4A, 5B)
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia-Anugerah Tun Hamdan
- Azzira Shakilla Bt Zubir (Kem.: 3.34; 5P) - RM350
- Nur Zafirah Bt Che Halim (Kem.: 3.25, 5P) - RM250
- Nurul Husna Nabila Bt Shamsudin (Kem.: 3.17, 5P) - RM150
- Fatin 'Aqilah Bt Anas (Kem.: 3.17, 5P)
- Noor Afiq B. Abd Majid (Kem.: 3.17, 5P)
- Norhidayah Bt Zainal Abidin (Kem.: 3.17, 4P)
- Fairus Fadhilah Bt M.Hamidi (Kem.: 3.09, 4P)
- Masatirah Bt Nazmi (Kem.; 3.0, 4P)
- Muhammad Tamliqa B Norazman (Sains: 2.5, 4P)
ISKANDARIAN mengucapkan SYABAS dan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini dapat menyemarakkan semangat anda dan juga warga Iskandar Shah lain untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih besar lagi di masa hadapan seperti yang disarankan oleh Y. Bhg Dato' Dr Asariah. Terima kasih Y. Bhg Dato' Asariah kerana sudi menerima jemputan kami untuk menjayakan program yang penuh bermakna ini. Kepada tenaga pengajar Iskandar Shah, terima kasih atas segala jasa dan bimbingan untuk memastikan anak bangsa kita sentiasa berusaha untuk menjayakan diri mereka. Kepada mereka yang menjayakan majlis tersebut, termasuk pelajar-pelajar yang telah membuat persembahan nyanyian dan tarian yang menyerikan lagi menghiburkan hati hadirin, syabas dan terima kasih!
Salam Hormat,
Tuan Hj Ishak Yahya
Pengerusi, Biro Pelajaran ISKANDARIAN
Monday, April 11, 2011
SHARE NEWS ABOUT YOUR CLASS GATHERING HERE
Hi Everyone. One of the reasons why this blog was created is to encourage interactions between all ISKANDARIANs irregardless of whether you are a registered member of the association or not. We encourage young and old to intermingle and explore opportunities to re-connect, be it for social networking, economic activities or academic enhancement.
We know that they are many of you out there organizing your own class re-union. We are proud to know that the spirit of togetherness brought about by our common experience schooling at Iskandar Shah, Parit is still very strong. Your are welcome to post your photos or write up about your gathering in this blog so that other ISKANDARIANs can see them. If you wish to post here just a link to your website or FB pages you can do that too. Just drop us a line.
For many of us, old memories can rekindle all kinds of feelings. And if it is the feeling of gratitude towards our beloved Alma mater, Iskandar Shah and her staff, that you have, please join us, the Committee, in our effort to ensure the that our school continues to churn out excellent well rounded scholars years after years. Take the opportunity to contribute to improve the welfare of our members and their families through ISKANDARIAN's activities. Take part and come chip in..be a member, be a Committee Member, and lets roll up our sleeves to make Iskandar Shah a school the we can always be proud of and ISKANDARIAN an alumni that is totally ours.
Warmest regards,
Mohar Zainal Abidin, 1979
Blog Admin

Sunday, April 10, 2011
JEJAK KASIH KAWAN LAMA. PERIKSA SENARAI AHLI ISKANDARIAN TERBARU!
Betapa seronoknya dapat berjumpa kawan-kawan setelah sekian lama berpisah. Kami ingin membantu anda menyambung persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim. Kini senarai ahli berdaftar ISKANDARIAN telah dikemaskinikan sehingga 11 April 2011. Anda boleh menyemak nama anda atau cari kawan lama melalui pautan yang dipaparkan di panel kiri blog ini. Untuk menjaga privasi maklumat ahli, kami tidak dapat mempaparkan alamat atau nombor telefon ahli-ahli secara langsung tetapi kami boleh menghubungkan anda dengan ahli-ahli dengan izin mereka. Oleh itu maklumkan kepada kami hajat anda, InsyaAllah, kami usahakan.
BERITA BAIK TENTANG KEAHLIAN ISKANDARIAN-YURAN AHLI SEUMUR HIDUP DI TURUNKAN DARI RM200 KEPADA RM100!!
TERBARU: Lanjutan daripada usul yang dikemukakan di dalam Mesyuarat Agong Kali Ke 19 yang di adakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 31 Julai 2010 yang lalu, Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan untuk meminda Fasal 6 Perlembagaan ISKANDARIAN berkenaan YURAN MASUK & YURAN TAHUNAN berkuatkuasa 11 Januari 2011 seperti berikut:
- Yuran masuk Ahli Biasa ialah RM5.00 dan yuran tahunan ialah RM10.00
- Yuran masuk Ahli Bersekutu ialah RM5.00 dan yuran tahunan ialah RM15.00
- Yuran masuk Ahli Seumur hidup ialah RM5.00 dan yuran sekaligus ialah RM100.00
- Ahli Biasa yang ingin menaiktaraf keahlian mereka hendaklah membuat pembayaran RM100.00 sekaligus sebelum mereka boleh diterima sebagai Ahli Seumur Hidup
Nota: Di atas adalah terjemahan daripada Bahasa Inggeris, jika ada perchanggahan sila rujuk salinan asal Perlembagaan ISKANDARIAN Pindaan 31 Julai 2010.
Subscribe to:
Posts (Atom)