ISKANDARIAN mendapati bahawa koleksi buku-buku tahunan/majalah sekolah yang disimpan di Pusat Sumber SMK Iskandar Shah adalah tidak lengkap. Oleh kerana buku tahunan adalah merupakan rekod sekolah dan menjadi sumber penting sejarah alma mater yang kita sayangi, maka Biro Keahlian & Publisiti, ISKANDARIAN sedang berusaha untuk mengumpulkan buku-buku tahunan daripada ahli-ahli dan bekas penuntut sekolah kita.
Dengan itu kami menyeru kepada semua bekas penuntut sekolah Iskandar Shah, daripada lepasan tahun 1949 hingga sekarang (iaitu dari zaman Government English School, Iskandar Shah School hingga kini) supaya dapat meminjamkan buku tahunan yang masih ada dalam simpanan untuk kami salin. Jika anda berhajat untuk mendermakan buku-buku tahunan yang ada dalam simpanan anda, kami akan berusaha untuk menempatkanya salinan asal di Pusat Sumber sekolah.
Apa yang anda perlu buat ialah memaklumkan kepada kami melalui "Hubungi Kami" atau menghantar sms kepada Mohar 012-3935917 [sila hantar (1) nama anda (2) tahun buku tahunan yang ada], atau e-mel kepada mailto:moharza@streamyx.com, atau menulis kepada Biro Keahlian & Publisiti, d/a 31, Jalan TR2/3, Tropicana Golf & Country Resort, 47410 Petaling Jaya dan beritahu kami buku-buku tahunan tahun mana yang ada dalam simpanan anda. Kami akan menghubungi anda kemudian sekiranya kami memerlukan buku tahunan yang ada pada anda.
Kami harap usaha ini dapat sokongan padu dari semua warga Iskandar Shah. Terima kasih.
Pengerusi, Biro Keahlian & Publisiti 2009-2011
No comments:
Post a Comment