Friday, September 17, 2010
AL-FATIHAH: HALIMATUN SAADIAH BT SHAHARUDDIN (FORM 5SC1, 1979)
ISKANDARIAN mengucapkan tazkiah kepada keluarga Halimatun Saadiah Bt Shaharuddin, bekas penuntut SMIS, kelas Form 5Sc1, 1979 atas pemergian beliau 7.50 pagi, 18 September 2010 tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan semoga ahli keluarga beliau terutama suami dan anak-anak tabah menghadapi ketentuan Allah ini.
Tuesday, August 31, 2010
GAMBAR-GAMBAR TERBARU SMK ISKANDAR SHAH
Pada 22 Ogos lalu dalam perjalanan balek dari Bota Kanan ke Petaling Jaya, saya sempat singgah ke SMK Iskandar Shah, Parit untuk menunjukkan kepada anak lelaki tunggal saya, Faiz Imran (7 tahun) tempat di mana saya mendapat pendidikan menengah dan asrama tempat tinggal saya selama 4 tahun dari tahun 1975 hingga 1979. Banyak yang dah berubah, tapi banyak juga yang masih kekal seperti dulu.
Kenangan lama datang semula seolah-olah ia masih baru berlalu. Banyak jasa sekolah ini kepada saya terutama kemudahan Asrama Putera (semasa itu) yang menjadi tempat tinggal saya yang yatim paitu semasa itu. Bila lalu di hadapan rumah Warden Asrama (masa itu Arwah Cikgu Ahmad Yaakob) teringatkan beliau yang nampak garang tetapi lembut orangnya. Kalau bebudak curi tengok siaran bolasepak di tv, lepas habis game baru dia datang mengendap itu pun siap bagi isyarat dengan berdehem. Tapi selalunya bau asap rokok dia dibawa angin dahulu sebelum dia sampai ke blok asrama. Lagi satu, kalau budak asrama curi keluar malam, kalau dia ronda dan jumpa di Restoran Tawakal tengah makan dia buat selamba lalu dari depan ke belakang melintasi meja bawah tangga favorite kami di pintu koboi belakang restoran tanpa sepatah kata. Selalunya dia tak ambil tindakan kalau makan. Tapi kalau buat jahat hisap rokok ke siap le kena rotan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan juga semua guru-guru yang sudah kembali ke Rahmatullah. Kepada yang masih hidup, terima kasih tak terhingga atas jasa cikgu-cikgu mendidik kami tanpa jemu.
Sambil melawat tu sempat juga kami mengambil gambar untuk kenangan. Gambar-gambar tersebut ada saya poskan di laman FB Kumpulan Bekas Pelajar SMK Iskandar Shah Parit.. sila KLIK di sini untuk melihatnya.
Mohar Zainal Abidin
1969-1971, 1975-1979 (5Sc1)
Tuesday, August 24, 2010
MAJLIS RUMAH TERBUKA ISKANDARIAN (TERKINI)
Mohd Isa Mohd Jamil August 25 at 2:09pm
Satu Majlis Rumah Terbuka ISKANDARIAN sempena Hari Raya Eid il-Fitri 1431H akan diadakan pada Hair Raya Ke3 spt berikut:
Tarikh: Hari Raya ke3 (Jangkaan Ahad, 12/09/10)
Masa: 12.00 tengahari hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan MDPT Perak Tengah, Jalan Nordin, Parit
Hubungi AJK untuk maklumat lanjut:
Dato’ Zainal Karib 012-2987920
Pn. Wan Shamsul Kamar 016-2128187
En. Ruslan Zainal Abidin 019-2778688
Tuan Hj. Ishak Yahaya 019-5296449
En. Jamaaddin Kamaluddin 012-5161464
En. Mohar Zainal Abidin 012-2719566
Pn. Rohana Hamzah 019-3852538
Mohd Isa Jamil 019-3235252
Untuk menampung perbelanjaan majlis, kita berkongsi membiayainya dengan sumbangan RM 20.00 seorang dewasa dan RM 10.00 kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Bayaran boleh dibuat pada hari tersebut atau masukkan ke akaun Maybank 562393 003550 atas nama BENJAMIL SERVICES Jawatankuasa ISKANDARIAN memutuskan majlis ini diadakan PERCUMA untuk warga Iskandar Shah
Jawapan penyertaan melalui tel atau sms, sila nyatakan nama, bilangan orang yang akan hadir dan tahun Form/Tingkatan 5 atau bersamaan Tingkatan 5 supaya kita dapat daftar mengikut batch tahun begini. Anda boleh menjawap melalui Facebook ini tetapi mestilah menyatakan nama sebenar serta lain-lain butir yang diperlukan.
Mohd Isa Mohd Jamil
S/U ISKANDARIAN
Satu Majlis Rumah Terbuka ISKANDARIAN sempena Hari Raya Eid il-Fitri 1431H akan diadakan pada Hair Raya Ke3 spt berikut:
Tarikh: Hari Raya ke3 (Jangkaan Ahad, 12/09/10)
Masa: 12.00 tengahari hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan MDPT Perak Tengah, Jalan Nordin, Parit
Hubungi AJK untuk maklumat lanjut:
Dato’ Zainal Karib 012-2987920
Pn. Wan Shamsul Kamar 016-2128187
En. Ruslan Zainal Abidin 019-2778688
Tuan Hj. Ishak Yahaya 019-5296449
En. Jamaaddin Kamaluddin 012-5161464
En. Mohar Zainal Abidin 012-2719566
Pn. Rohana Hamzah 019-3852538
Mohd Isa Jamil 019-3235252
Jawapan penyertaan melalui tel atau sms, sila nyatakan nama, bilangan orang yang akan hadir dan tahun Form/Tingkatan 5 atau bersamaan Tingkatan 5 supaya kita dapat daftar mengikut batch tahun begini. Anda boleh menjawap melalui Facebook ini tetapi mestilah menyatakan nama sebenar serta lain-lain butir yang diperlukan.
Mohd Isa Mohd Jamil
S/U ISKANDARIAN
Monday, August 9, 2010
Selamat Menyambut Ramadhan
Sunday, August 1, 2010
Majlis Makan Malam ISKANDARIAN 2010
Gambar-gambar Majlis Makan Malam 2010. Klik Di sini untuk lihat keseluruhan album gambar majlis ini.
Saturday, July 24, 2010
SEWA KERETA DAN SUMBANG KEPADA DANA PERSATUAN
Salam semua. Sebagai salah satu usaha menambah sumber dana Persatuan, kami telah mendaftar Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit dalam program affilate Hawk Rent A Car. Melalui program ini Persatuan akan mendapat komisyen bagi sewaan kereta yang dibuat secara online melalui link yang dipaparkan dipanel sebelah kiri laman blog kita. Oleh itu sekiranya anda hendak menyewa kereta untuk kegunaan rasmi atau persendirian terutamanya menjelang musim-musim perayaan nanti, silalah menyewa secara online melalui link di blog kita ini. Have A Fun Ride Knowing You Have Contributed To A Good Cause!
Salam hormat,
Mohar
Salam hormat,
Mohar
Friday, July 23, 2010
Sharing Life Experiences
Starting from today, we will be sharing with you articles, snippets, caricatures, photos etc, and even jokes, from various sources, that we think can deliver positive messages and values in enhancing our lives. If you have similar stuffs to share do send it via email to us. If we find it suitable to share will other readers, we will post it. Some editing may have to be done before we put it up. To kick off, here is one:
Pic from Mercola.com |
"It was a busy morning, about 8:30, when an elderly gentleman in his 80's arrived to have stitches removed from his thumb. He said he was in a hurry as he had an appointment at 9:00 am. I took his vital signs and had him take a seat, knowing it would be over an hour before someone would to able to see him.. I saw him looking at his watch and decided, since I was not busy with another patient, I would evaluate his wound. On exam, it was well healed, so I talked to one of the doctors, got the needed supplies to remove his sutures and redress his wound.While taking care of his wound, I asked him if he had another doctor's appointment this morning, as he was in such a hurry. The gentleman told me no, that he needed to go to the nursing home to eat breakfast with his wife. I inquired as to her health. He told me that she had been there for a while and that she was a victim of Alzheimer's Disease.
As we talked, I asked if she would be upset if he was a bit late. He replied that she no longer knew who he was, that she had not recognized him in five years now. I was surprised, and asked him, 'And you still go every morning, even though she doesn't know who you are?' He smiled as he patted my hand and said, 'She doesn't know me, but I still know who she is'. I had to hold back tears as he left, I had goose bumps on my arm, and thought, 'That is the kind of love I want in my life.'
True love is neither physical, nor romantic. True love is an acceptance of all that is, has been, will be, and will not be.
With all the jokes and fun that are in e-mails, sometimes there is one that comes along that has an important message.. This one I thought I could share with you. The happiest people don't necessarily have the best of everything; they just make the best of everything they have. I hope you share this with someone you care about. I just did.
'Life isn't about how to survive the storm, But how to dance in the rain.'
We are all getting older. Tomorrow may be our turn. Enjoy life now-it has an expiration date! "
We are all getting older. Tomorrow may be our turn. Enjoy life now-it has an expiration date! "
Monday, July 12, 2010
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE19
SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR. BEKAS PELAJAR YANG BELUM AHLI DIALU-ALUKAN HADIR UNTUK MENGIKUTI PERKEMBANGAN PERSATUAN.
___________________________________________
PERSATUAN BEKAS PENUNTUT SEKOLAH
ISKANDAR SHAH, PARIT, PERAK D.R.
(ISKANDARIAN)
(NO. PENDAFTARAN : 772)
ALAMAT SURAT-MENYURAT : NO. 7A, JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH F9/F, SEKSYEN 9, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR D.E.
TEL : 03-58910478/79/80 FAX : 03-58910481 E-MAIL : runding.dwi@gmail.com
__________________________________________________________________
Rujukan: IS/MAT/09-11(01)__________________________________________________________________
Tarikh : 1hb. Jul 2010
YBhg Tan Sri/Dato' Seri/Dato’/Tuan/Puan
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE19
Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit (ISKANDARIAN) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2010 saperti berikut:-
Hari/Tarikh : 31 Julai 2010 (SABTU)
Masa : 3.30 petang
Tempat : Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, Off Jalan Damansara, Kuala Lumpur
AGENDA
1. Ucapan Alu-aluan oleh Dato’ Presiden
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2009
3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan 2009
4. Membentang, menerima dan meluluskan Laporan Kewangan bagi tahun berakhir pada Disember 2009
5. Melantik dua (2) orang Juru Odit
6. Membentang dan membahaskan Usul-usul (jika ada)
7. Hal-hal lain
Jika ada usul-usul yang hendak dikemukakan, sila majukan secara bertulis pada atau sebelum 24 Julai 2010 kepada Setiausaha di No 7A, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F9/F, Seksyen 9, 40100 Shah Alam.
Dengan yang demikian, YBhg Tan Sri/Dato' Seri/Dato'/Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke mesyuarat ini dengan harapan tidak diuzurkan. Terima kasih.
MOHD ISA MOHD JAMIL
Setiausaha
JEMPUTAN MAJLIS MAKAN MALAM ISKANDARIAN 2010
SEMUA WARGA ISKANDAR SHAH, PARIT
DIJEMPUT HADIR
PERSATUAN BEKAS PENUNTUT SEKOLAH
DIJEMPUT HADIR
__________________________________
PERSATUAN BEKAS PENUNTUT SEKOLAH
ISKANDAR SHAH, PARIT, PERAK D.R
(ISKANDARIAN)
(NO. PENDAFTARAN : 772)
ALAMAT SURAT-MENYURAT : NO. 7A, JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH F9/F, SEKSYEN 9, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR D.E.
TEL : 03-58910478/79/80 FAX : 03-58910481 E-MAIL : runding.dwi@gmail.com
TEL : 03-58910478/79/80 FAX : 03-58910481 E-MAIL : runding.dwi@gmail.com
__________________________________________________________________
Rujukan : IS/BKS/09-11(01)Tarikh : 7hb. Julai 2010
Y Bhg.Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan
MAJLIS MAKAN MALAM ISKANDARIAN 2010
Dengan segala hormat dan takzimnya sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bekas Penuntut Iskandar Shah, Parit (ISKANDARIAN) sekali lagi akan menganjurkan majlis makan malam saperti berikut:
Tarikh: Sabtu, 31hb Julai 2010
Masa: jam 8.00 malam
Tempat: Dewan Seroja
Kelab Golf Perkhidmatan Awam
Bukit Kiara, Off Jalan Damansara, Kuala Lumpur. (KLIK DI SINI UNTUK PETA)
Majlis ini bertujuan untuk mempertemukan bekas-bekas penuntut dan merapatkan silaturahim di antara kita. Disamping itu, ia juga membuka ruang untuk bekas penuntut mendapatkan maklumat tentang kegiatan Persatuan dan menyalurkan sumbangan dan bakti terhadap sekolah yang telah membentuk sahsiah diri kita.
Saya bagi pihak jawatankuasa penganjur dengan segala hormatnya memohon jasa baik Y Bhg. Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan sudi kiranya bersama-sama menjayakan majlis makan malam ini nanti.
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat melalui:-
Dato’ Zainal Karib Abdul Rahim 012-2987920 Dato’ Azhar Abu Bakar 013-3374266
Puan Wan Shamsul Kamar 016-2128187 En. Ruslan Zainal Abidin 019-2778688
Tuan Hj. Ishak Yahaya 019 5296449 En. Jamaaddin Kamaluddin 012-5161464
Bersama-sama ini dilampirkan borang tempahan meja dan tempat duduk yang mesti dipulangkan kepada pihak penganjur selewat-lewatnya pada 26hb Julai 2010. (KLIK DI SINI UNTUK BORANG TEMPAHAN)
Kerjasama YBhg Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan menjayakan majlis makan malam ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, Wasalam.
Yang benar
Mohd Isa bin Mohd Jamil
Setiausaha
ISKANDARIAN
Tuesday, June 29, 2010
Senarai Ahli Berdaftar ISKANDARIAN (Kemaskini 28 Jun 2010)
Hendak melihat siapa ahli-ahli berdaftar ISKANDARIAN? Sila Klik Di Sini atau lihat "side bar" untuk pautan ke senarai ahli.
Saturday, June 19, 2010
CLASS REUNION : CLASS OF '73-'78 (Primary)
8 May 2010, Heritage Hotel, Ipoh, Perak - The reunion of Class '73-78 was a much awaited event for many of us. It was initiated in late 2009 by Nur Junaidah Mohamad, who traced us through the Facebook website. Soon after, a voluntary organizing committee was set up to see to the reunion. Additionally , a group was formed known as Ex SR Iskandarian '73-78 on Facebook with 36 members to date. It became the platform for getting to know each other again after 34 years hiatus. We were on Facebook for a few months discussing common interests prior to the reunion proper.
Hence, came reunion time, it felt like a homecoming. In fact, I felt that I had finally come home. Back to my roots and in touch with whom I once was and many of us shared the same feelings. We didn't realize how much we had missed each other all these years. There were twenty eight of us that day and although the number was rather small, it was still a wonderful gathering.
We are the product of our beloved alma mater, Iskandar Shah School, a school that has stood the test of time. As former pupils, we have come a long way and many of us have become successful people in various fields. Proudly, we can say that because of the dedication and commitment of our former teachers we have become what we are today-lecturers, doctors, bankers, and corporate figures in various sectors. Looking back, there were neither tuition classes nor the internet to support our learning in those days. We only had our teachers, parents and friends during our learning process. Thank you Cikgu Ishak, Cikgu Hassan, Ustazah Rokiah and Cikgu Fatimah for gracing our reunion. May Allah bestow on you good health and prosperity.
Finally, thank you to the organizing committee for their effort in gathering all the former Iskandarians. We hope there will be more reunions in the future and perhaps an even a greater number of Iskandarians could turn up. The time that we spent that evening, although just a fleeting moment, had brought us together again. As the saying goes, "make new friends, but keep the old, for one is silver and the other is gold"
Written by:
Akmar Bt Aminuddin (Iskandarian Class of '73-'78),
English Language Department, IPG Kampus Pendidikan Islam.
(Note from Editor: There is no such thing as former Iskandarian. Once an ISKANDARIAN always an ISKANDARIAN. Further, we encourage ex-students to meet up and share with us your news.)
Saturday, June 5, 2010
Friday, June 4, 2010
Gambar-Gambar Majlis Makan Malam Yayasan Tun Hamdan 2010
Wednesday, April 7, 2010
AL-FATIHAH: TAKZIAH KEPADA DATO PRESIDEN ATAS PEMERGIAN KEKANDA BELIAU
Ahli Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN mengucapkan takziah kepada Dato Ir Hj Azizuddin Meor Hamzah, Presiden ISKANDARIAN seisi keluarga kerana pemergian kekanda beliau ke pangkuan Illahi awal malam tadi (Rabu, 7 April 2010). Tuan Hj Anwar Meor Hamzah K.M.N., A.M.P., P.P.N., P.J.K., JP. , merupakan bekas Ketua Kampung Manjoi, Ipoh dan bergiat cergas dalam pertubuhan kebajikan seperti BAKIP dan rumah-rumah anak yatim. Jenazah beliau akan dikebumikan esok di Kampung Manjoi. Marilah kita mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihah
Wednesday, March 24, 2010
JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM TUN HAMDAN 2010
PERSATUAN BEKAS PENUNTUT SEKOLAH ISKANDAR SHAH, PARIT, PERAK D.R.
(ISKANDARIAN)
(NO. PENDAFTARAN : 772)
ALAMAT SURAT-MENYURAT : NO. 7A, JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH F9/F, SEKSYEN 9, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR.
TEL : 03-58910478/79/80 FAX : 03-58910481 E-MAIL : runding.dwi@gmail.com
Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan,
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
MAJLIS MAKAN MALAM YAYASAN TUN HAMDAN 2010
Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tun Hamdan, dengan kerjasama persatuan-persatuan bekas penuntut Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Ipoh, Sekolah Menengah Iskandar Shah Parit dan Sekolah Menengah Clifford Kuala Kangsar, akan mengadakan satu Majlis Makan Malam bagi meraikan bekas-bekas guru yang pernah bertugas sebagai guru bersama dengan Allahyarham Tun Hamdan Sheikh Tahir, Penaung pertama ISKANDARIAN, sekitar tahun 50an dan awal 60an. Mereka ini telah banyak berkorban tenaga, masa dan wang ringgit demi pembangunan pendidikan di Negeri Perak di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Hamdan.
Majlis ini juga bertujuan untuk mengumpul dana Yayasan bagi menyokong kemajuan serta kecemerlangan pendidikan termasuk pemberian biasiswa dan anugerah kecemerlangan kepada pelajar-pelajar miskin selaras dengan objektif penubuhan Yayasan. Wang yang dikumpulkan kelak akan disalurkan kepada kegiatan yang boleh dimanfaatkan oleh tiga (3) buah sekolah yang tersebut di atas seperti yang diamanatkan oleh Allahyarham Tun Hamdan. Sekolah-sekolah ini adalah tempat di mana Allahyarham Tun pernah berkhidmat sebagai Guru Besar dan Guru.
Sayugia dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Shah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun telah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:
Tarikh: Ahad, 25 April 2010
Waktu: 7.45 malam
Tempat: Dewan Jubilee, Kelab Golf DiRaja Perak, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh
Pakaian: Batik Lengan Panjang (Lelaki) & Pakaian Sopan (Perempuan)
Sukacita dimaklumkan juga pihak Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN 2009-2011 telah memilih Encik Kartar Singh dan Tuan Hj Abdullah Rais sebagai penerima anugerah tokoh guru Iskandar Shah di majlis itu nanti. Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN dengan berbesar hati menjemput Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan serta seluruh warga ISKANDARIAN untuk turut sama meraikan penerima-penerima anugerah kita dan menjayakan majlis ini dengan menempah meja atau penyertaan perseorangan. Harga meja dan penyertaan perseorangan adalah seperti berikut:
Harga Meja Untuk 10 Orang : RM500, RM1,000 & RM2,000
Harga Penyertaan Perseorangan: RM50
Nota:
1. Bilangan meja adalah terhad. Sila tempah awal.
2. Selain tempahan meja, sumbangan derma terus kepada Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit bagi menambah dana Tabung Pelajaran persatuan amat dialu-alukan.
Oleh kerana dijangkakan majlis ini akan mendapat sambutan hangat dari bekas penuntut ketiga-tiga sekolah tersebut, Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan disarankan membuat tempahan awal. Sila hubungi Ahli Jawatankuasa yang berikut untuk membuat tempahan:
1. Encik Mohar Zainal Abidin, 012-3935917, mohar@iktibarmewah.com
2. Puan Wan Shamsul Kamar, 016-2128817, dawinaz@tm.net.my
3. Encik Mohd Isa Jamil, 019-3235252, myisakl@yahoo.com
3. Encik Mohd Isa Jamil, 019-3235252, myisakl@yahoo.com
Sokongan dan sumbangan Y. Bhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Salam Hormat,
PERSATUAN BEKAS PENUNTUT SEKOLAH ISKANDAR SHAH PARIT
Ditandatangani
Dato’ Ir. Hj. Azizuddin Meor Hamzah
Presiden
S.k.:
1. Penaung – Y.Bhg Dato’ Seri Hj Abdul Aziz Shamsuddin
2. Penasihat-Penasihat:
Tuan Hj Ahmad Zahari Bin Basri, Mantan Presiden ISKANDARIAN 1986-2009
Encik Hussain Bin Puteh, Guru Besar SMK Iskandar Shah, Parit
Encik Hamdan Mohd Noh, Guru Besar, SK Iskandar Shah, Parit
3. Ahli-Ahli Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN
Monday, March 8, 2010
FACEBOOK Kumpulan Bekas Pelajar SMK Iskandar Shah, Parit,Perak
We are now 674 in Facebook! Can we hit 1000 by end February?! Jemput kawan join!
Saturday, February 27, 2010
AL-FATIHAH: PUAN ZAIDAH BT ISMAIL (AHLI No. 273) KEMBALI 17/11/2009
Jawatankuasa ISKANDARIAN baru dimaklumkan bahawa Puan Zaidah bt Ismail, bekas penuntut tahun 1973 yang merupakan ahli no. 273 telah kembali keRahmatullah pada tanggal 17 November 2009. Kami merakamkan takziah kepada keluarga beliau dan mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah SWT. (Gambar: Zaidah & anak lelaki beliau)
TEMASYA SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK ISKANDAR SHAH, PARIT KALI KE59
Sukacita dimaklumkan bahawa Temasya Sukan Olahraga Tahunan SMK Iskandar Shah, Parit akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 6 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Padang MDPT Parit
Perasmi: YB.Dato' Haji Zaim b. Abu Hassan (ADUN Blanja)
Penutupan Rasmi: YB Drs Nizar bin Zakaria (Ahli Parlimen Parit)
Pihak pentadbiran sekolah menjemput semua ISKANDARIAN hadir untuk memeriahkan lagi temasya tersebut
ISKANDARIAN mengucapkan semoga temasya ini berlangsung dengan jayanya dengan semangat juang dan kesukanan yang tinggi.
Tarikh: 6 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Padang MDPT Parit
Perasmi: YB.Dato' Haji Zaim b. Abu Hassan (ADUN Blanja)
Penutupan Rasmi: YB Drs Nizar bin Zakaria (Ahli Parlimen Parit)
Pihak pentadbiran sekolah menjemput semua ISKANDARIAN hadir untuk memeriahkan lagi temasya tersebut
ISKANDARIAN mengucapkan semoga temasya ini berlangsung dengan jayanya dengan semangat juang dan kesukanan yang tinggi.
Thursday, February 25, 2010
Tuesday, February 23, 2010
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PMR & STPM, CERAMAH MOTIVASI DAN PERASMIAN PAPAN KENYATAAN ISKANDARIAN
Assalamulaikum dan Salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan ISKANDARIAN dengan kerjasama SMK Iskandar Shah, Parit akan mengadakan majlis seperti berikut:
Aturcara:
Waktu: Bermula jam 8 pagi mengikut susunatur acara.
Warga Iskandar Shah dijemput bersama-sama AJK ISKANDARIAN untuk memeriahkan lagi majlis tersebut di atas bagi menyemarakkan lagi semangat anak-anak dan adik-adik kita di SMK Iskandar Shah.
Terima kasih.
Hormat dari saya,
Hj Ishak Yahya
Pengerusi, Biro Pelajaran ISKANDARIAN
019-5296449
Sukacita dimaklumkan ISKANDARIAN dengan kerjasama SMK Iskandar Shah, Parit akan mengadakan majlis seperti berikut:
Aturcara:
- Ceramah Motivasi oleh Profesor Dr. Mohd Khanif Yusof, Profesor Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (klik untuk profile) di Gelanggang Perhimpunan, SMKIS
- Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Pelajar PMR & STPM oleh Penaung ISKANDARIAN, Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin di Gelanggang Perhimpunan, SMKIS
- Perasmian Papan Kenyataan ISKANDARIAN di ruang legar Blok Utama SMKIS.
Waktu: Bermula jam 8 pagi mengikut susunatur acara.
Warga Iskandar Shah dijemput bersama-sama AJK ISKANDARIAN untuk memeriahkan lagi majlis tersebut di atas bagi menyemarakkan lagi semangat anak-anak dan adik-adik kita di SMK Iskandar Shah.
Terima kasih.
Hormat dari saya,
Hj Ishak Yahya
Pengerusi, Biro Pelajaran ISKANDARIAN
019-5296449
Wednesday, January 6, 2010
GAMBAR HOSTELITES 1979 & PELAJAR-PELAJAR TAJAAN YAYASAN SABAH
Bekas pelajar tajaan Yayasan Sabah, Shim Kee Tsung menulis:
"dear webmaster,
saya bekas pelajar SMIS tahun 1979-1983 dari Sabah. budak asrama jugak. inilah sumbangan dr saya utk tatapan semua. gambar ni semua dari tahun 1979 semasa saya tingkatan satu dan juga group photo budak hostel dr tahun yg sama. tq
shimkt"
"dear webmaster,
saya bekas pelajar SMIS tahun 1979-1983 dari Sabah. budak asrama jugak. inilah sumbangan dr saya utk tatapan semua. gambar ni semua dari tahun 1979 semasa saya tingkatan satu dan juga group photo budak hostel dr tahun yg sama. tq
shimkt"
Di sini juga kami paparkan gambar pelajar-pelajar Yayasan Sabah bersama-sama Cikgu Ahmad Yaakob (Allahyarham) dan Cikgu Kamaruzaman (kalau tak silap) dari koleksi Facebook Rusdeh Ariffin:
Tuesday, January 5, 2010
FACEBOOK KUMPULAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH ISKANDAR SHAH, PARIT
Sila mampir ke Facebook Kumpulan Bekas Pelajar Sekolah Iskandar Shah Parit di mana ramai bekas pelajar terutama generasi muda berkumpul menyambung silaturahim. Mungkin rakan sedarjah anda ada di sana! Klik Di Sini