Tuesday, August 31, 2010

GAMBAR-GAMBAR TERBARU SMK ISKANDAR SHAH

Pada 22 Ogos lalu dalam perjalanan balek dari Bota Kanan ke Petaling Jaya, saya sempat singgah ke SMK Iskandar Shah, Parit untuk menunjukkan kepada anak lelaki tunggal saya, Faiz Imran (7 tahun) tempat di mana saya mendapat pendidikan menengah dan asrama tempat tinggal saya selama 4 tahun dari tahun 1975 hingga 1979.  Banyak yang dah berubah, tapi banyak juga yang masih kekal seperti dulu. 

Kenangan lama datang semula seolah-olah ia masih baru berlalu.  Banyak jasa sekolah ini kepada saya terutama kemudahan Asrama Putera (semasa itu) yang menjadi tempat tinggal saya yang yatim paitu semasa itu.  Bila lalu di hadapan rumah Warden Asrama (masa itu Arwah Cikgu Ahmad Yaakob) teringatkan beliau yang nampak garang tetapi lembut orangnya.  Kalau bebudak curi tengok siaran bolasepak di tv, lepas habis game baru dia datang mengendap itu pun siap bagi isyarat dengan berdehem.  Tapi selalunya bau asap rokok dia dibawa angin dahulu sebelum dia sampai ke blok asrama. Lagi satu, kalau budak asrama curi keluar malam, kalau dia ronda dan jumpa di Restoran Tawakal tengah makan dia buat selamba lalu dari depan ke belakang melintasi meja bawah tangga favorite kami di pintu koboi belakang restoran tanpa sepatah kata. Selalunya dia tak ambil tindakan kalau makan. Tapi kalau buat jahat hisap rokok ke siap le kena rotan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan juga semua guru-guru yang sudah kembali ke Rahmatullah.  Kepada yang masih hidup, terima kasih tak terhingga atas jasa cikgu-cikgu mendidik kami tanpa jemu.

Sambil melawat tu sempat juga kami mengambil gambar untuk kenangan. Gambar-gambar tersebut ada saya poskan di laman FB Kumpulan Bekas Pelajar SMK Iskandar Shah Parit.. sila KLIK di sini untuk melihatnya.

Mohar Zainal Abidin
1969-1971, 1975-1979 (5Sc1)

Tuesday, August 24, 2010

MAJLIS RUMAH TERBUKA ISKANDARIAN (TERKINI)

Mohd Isa Mohd Jamil August 25 at 2:09pm

Satu Majlis Rumah Terbuka ISKANDARIAN sempena Hari Raya Eid il-Fitri 1431H akan diadakan pada Hair Raya Ke3 spt berikut:


Tarikh: Hari Raya ke3 (Jangkaan Ahad, 12/09/10)
Masa: 12.00 tengahari hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan MDPT Perak Tengah, Jalan Nordin, Parit

Hubungi AJK untuk maklumat lanjut:
Dato’ Zainal Karib 012-2987920
Pn. Wan Shamsul Kamar 016-2128187
En. Ruslan Zainal Abidin 019-2778688
Tuan Hj. Ishak Yahaya 019-5296449
En. Jamaaddin Kamaluddin 012-5161464
En. Mohar Zainal Abidin 012-2719566
Pn. Rohana Hamzah 019-3852538
Mohd Isa Jamil 019-3235252

Untuk menampung perbelanjaan majlis, kita berkongsi membiayainya dengan sumbangan RM 20.00 seorang dewasa dan RM 10.00 kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Bayaran boleh dibuat pada hari tersebut atau masukkan ke akaun Maybank 562393 003550 atas nama BENJAMIL SERVICES  Jawatankuasa ISKANDARIAN memutuskan majlis ini diadakan PERCUMA untuk warga Iskandar Shah

Jawapan penyertaan melalui tel atau sms, sila nyatakan nama, bilangan orang yang akan hadir dan tahun Form/Tingkatan 5 atau bersamaan Tingkatan 5 supaya kita dapat daftar mengikut batch tahun begini. Anda boleh menjawap melalui Facebook ini tetapi mestilah menyatakan nama sebenar serta lain-lain butir yang diperlukan.


Mohd Isa Mohd Jamil
S/U ISKANDARIAN

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Semua anggota Jawatankuasa Pentadbir ISKANDARIAN 2009-2011 mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua ahli-ahli dan warga Iskandar Shah Parit.  Semoga Ramadhan ini lebih berkat buat semua!

Sunday, August 1, 2010

Majlis Makan Malam ISKANDARIAN 2010

Gambar-gambar Majlis Makan Malam 2010.  Klik Di sini untuk lihat keseluruhan album gambar majlis ini.